Pejabat Kesihatan Daerah Besut

Pejabat Kesihatan Daerah Besut Page ini diwujudkan bagi menghebahkan aktiviti yang dijalankan oleh PKD Besut dan info kesihatan.

SAMBUTAN HARI KUSTA SEDUNIA PERINGKAT KLINIK KESIHATAN PASIR AKAR 2026Tema : "Kusta boleh disembuhkan dan cabaran utama ...
11/02/2026

SAMBUTAN HARI KUSTA SEDUNIA PERINGKAT KLINIK KESIHATAN PASIR AKAR 2026

Tema : "Kusta boleh disembuhkan dan cabaran utama adalah stigma!"

Tarikh : 11 Februari 2026 (Rabu)
Masa : 8.15-8.40 pagi
Tempat : Ruang menunggu UPL KK PASIR AKAR

Penganjur : Unit TB & Kusta KK PASIR AKAR

Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kusta termasuk tanda awal, cara penularan, serta kepentingan mendapatkan rawatan awal.
2. Mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit kusta melalui pendidikan kesihatan.
3. Menggalakkan pengesanan awal kes kusta bagi memastikan pesakit mendapat rawatan segera dan berkesan.
4. Memperkukuhkan peranan komuniti dan petugas kesihatan dalam usaha pencegahan serta kawalan penyakit kusta.

Aktiviti:
1. Ceramah kesedaran mengenai penyakit kusta oleh Dr Nor Ayuni binti zakaria.
2. Pameran pendidikan kesihatan berkaitan kusta.
3. Edaran risalah/pamflet.
3. Sesi soal jawab bersama peserta.

SAMBUTAN HARI KUSTA SEDUNIA PERINGKAT KLINIK KESIHATAN JERTEH 2026Tema : "Kusta boleh disembuhkan dan cabaran utama adal...
11/02/2026

SAMBUTAN HARI KUSTA SEDUNIA PERINGKAT KLINIK KESIHATAN JERTEH 2026

Tema : "Kusta boleh disembuhkan dan cabaran utama adalah stigma!"

Tarikh : 9 Februari 2026 (Isnin)
Masa : 9.00-9.30 pagi
Tempat : Ruang menunggu UPL KK Jerteh

Penganjur : Unit TB & Kusta KK Jerteh

Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kusta termasuk tanda awal, cara penularan, serta kepentingan mendapatkan rawatan awal.
2. Mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit kusta melalui pendidikan kesihatan.
3. Menggalakkan pengesanan awal kes kusta bagi memastikan pesakit mendapat rawatan segera dan berkesan.
4. Memperkukuhkan peranan komuniti dan petugas kesihatan dalam usaha pencegahan serta kawalan penyakit kusta.

Aktiviti:
1. Ceramah kesedaran mengenai penyakit kusta oleh Dr Norliza binti Rusli.
2. Pameran pendidikan kesihatan berkaitan kusta.
3. Edaran risalah/pamflet.
3. Sesi soal jawab bersama peserta.

SAMBUTAN HARI KUSTA SEDUNIA PERINGKAT KLINIK KESIHATAN JABI 2026Tema : "Kusta boleh disembuhkan dan cabaran utama adalah...
11/02/2026

SAMBUTAN HARI KUSTA SEDUNIA PERINGKAT KLINIK KESIHATAN JABI 2026

Tema : "Kusta boleh disembuhkan dan cabaran utama adalah stigma!"

Tarikh : 8 Februari 2026 (Ahad)
Masa : 3.00-4.00 petang
Tempat : Ruang menunggu UPL KK Jabi

Penganjur : Unit TB & Kusta KK Jabi

Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kusta termasuk tanda awal, cara penularan, serta kepentingan mendapatkan rawatan awal.
2. Mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit kusta melalui pendidikan kesihatan.
3. Menggalakkan pengesanan awal kes kusta bagi memastikan pesakit mendapat rawatan segera dan berkesan.
4. Memperkukuhkan peranan komuniti dan petugas kesihatan dalam usaha pencegahan serta kawalan penyakit kusta.

Aktiviti:
1. Ceramah kesedaran mengenai penyakit kusta oleh Dr Nur Ain Baizura Hikma Binti Mohamad Zainuddin.
2. Pameran pendidikan kesihatan berkaitan kusta.
3. Edaran risalah/pamflet.
3. Sesi soal jawab bersama peserta.

PENGHARGAAN GRED A DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983, PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 198510hb Februari 2026 - Pihak Pejabat Kesiha...
11/02/2026

PENGHARGAAN GRED A DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983, PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

10hb Februari 2026 - Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Besut melalui Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan berangkai iaitu Ai-Cha Kg Raja dan KFC Kg Raja.

Pejabat Kesihatan Daerah Besut mengucapkan sekalung tahniah kepada kesemua premis yang terlibat atas kejayaan mendapat gred A bagi premis makanan di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 & Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Diharapkan semua pengusaha premis makanan di daerah Besut dan negeri Terengganu amnya dapat mengamalkan dan mengekalkan tahap kebersihan yang optima di premis masing-masing demi menjaga kesihatan

OPS SELAMAT PARU-PARU (OPS PaPa) SIRI 2/2026Bertemakan: Pendaftaran dan Pembungkusan📅 Tarikh: 8 – 10 Februari 2026📍 Loka...
10/02/2026

OPS SELAMAT PARU-PARU (OPS PaPa) SIRI 2/2026
Bertemakan: Pendaftaran dan Pembungkusan
📅 Tarikh: 8 – 10 Februari 2026
📍 Lokasi: Sekitar Besut
Unit Inspektorat & Perundangan, PKD Besut telah melaksanakan Ops Selamat Paru-Paru (Ops PaPa) Siri 2/2026 yang memberi tumpuan kepada aspek pendaftaran dan pembungkusan produk, khususnya berkaitan pematuhan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
🔍 Objektif Operasi:
Memastikan pematuhan keperluan pendaftaran produk merokok dan v**e.
Mengawal selia pembungkusan produk agar mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Meningkatkan kesedaran pengusaha dan peniaga terhadap keperluan perundangan semasa.
Melindungi kesihatan awam melalui penguatkuasaan berterusan.
Sepanjang operasi, pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis terlibat dan tindakan sewajarnya diambil ke atas sebarang ketidakpatuhan yang dikesan.
👉 Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan operasi ini. 💪

SARINGAN KESIHATAN TAHUNAN ANGGOTA INSPEKTORAT PKD BESUT 2026Tarikh: 9/02/2026 - 10/02/2026Tempat: Bilik Mesyuarat Satel...
10/02/2026

SARINGAN KESIHATAN TAHUNAN ANGGOTA INSPEKTORAT PKD BESUT 2026

Tarikh: 9/02/2026 - 10/02/2026
Tempat: Bilik Mesyuarat Satelit, Pkd Besut
Masa: 7.45 am -9.30am

Anggota Terlibat: 100

OBJEKTIF

🍀Memastikan kesihatan anggota sentiasa dalam keadaan sihat.
🍀Memantau status kesihatan anggota secara tahunan.
🍀Mengesan faktor risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan anggota.
🍀Menggalakkan cara hidup sihat dalam kalangan anggota.
🍀Menggalakkan staff melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit pada peringkat awal.

Sekian, Terima Kasih
Unit KPAS PKD Besut

Jemputan ke CME Peringkat Daerah Bil 8/2026Tarikh : 12.2.2026 ( Khamis )Masa : 2.30 petang hingga 3.30 petangTempat : Bi...
10/02/2026

Jemputan ke CME Peringkat Daerah Bil 8/2026

Tarikh : 12.2.2026 ( Khamis )
Masa : 2.30 petang hingga 3.30 petang
Tempat : Bilik Aktiviti, Pusat Kecemerlangan Kualiti PKD Besut.
Tajuk : UBAT DAN PUASA. APA YG KITA PERLU TAHU?.

Penceramah :
CIK NURIN NASUHA BINTI ADNAN
PEGAWAI FARMASI
KLINIK KESIHATAN KUALA BESUT

Link penyertaan secara online
https://meet.google.com/xtv-uxvp-vrc

Link pendaftaran kehadiran:
https://forms.gle/RGxrvF6PUMAPwgZPA
Akan dibuka diakhir sesi.

Sehubungan itu, mohon disebarkan kepada semua. Sebarang masalah berkaitan e-sijil mohon emailkan ke pkdbesut.jkcpg@moh.gov.my.
Terima kasih.





Kempen Nafas Baru sempena Ramadhan sesi 2026 Di KK PASIR AKARAktiviti : Ceramah dan PameranTarikh : 9 FEBRUARI 2026 (Isn...
09/02/2026

Kempen Nafas Baru sempena Ramadhan sesi 2026 Di KK PASIR AKAR

Aktiviti : Ceramah dan Pameran
Tarikh : 9 FEBRUARI 2026 (Isnin)

Penceramah : Dr Nor Atikah
Tempat : Ruang legar Unit Pesakit Luar
kehadiran : 50 pesakit

Objektif sambutan :
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya merokok dan isu semasa
- Mengadakan promosi klinik berhenti merokok

AKTIVITI SEMPENA AMBANG BULAN RAMADHAN KK JERTEH 2025Tarikh : 8 Feb 2026 (Ahad)Aktiviti : Ceramah Nafas Baru Ramadhan ol...
09/02/2026

AKTIVITI SEMPENA AMBANG BULAN RAMADHAN KK JERTEH 2025

Tarikh : 8 Feb 2026 (Ahad)

Aktiviti : Ceramah Nafas Baru Ramadhan oleh DR AHMAD TAZIFI B AB GHAPAR
Tempat : Ruang menunggu pesakit UPL KK JERTEH

Seramai 50 klien wanita dan lelaki hadir dan terlibat di dalam program ini.

- Objektif :
1. Memberi kesedaran kepada pesakit mengenai bahaya merokok
2. Mengajak pesakit mengambil kesempatan di bulan ramadhan untuk berhenti merokok
3. memberi maklumat kepada pesakit mengenai klinik berhenti merokok dan program yang ditawarkan

OPERASI KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA TAHUN BARU CINADAERAH BESUT Bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan sentiasa...
09/02/2026

OPERASI KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA TAHUN BARU CINA
DAERAH BESUT

Bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan sentiasa terpelihara menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut telah melaksanakan satu operasi pemeriksaan premis makanan pada 9hb Februari 2025.

Seramai 8 orang anggota Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKD Besut terlibat dalam operasi ini dengan tumpuan pemeriksaan terhadap produk makanan yang dijual serta pematuhan terhadap aspek pelabelan makanan di pasaraya/pemborong/pengilang/kedai runcit sempena promosi perayaan Tahun Baru Cina.
📊 Hasil pemeriksaan mendapati:
✅ 3 premis makanan telah diperiksa
📄 2 notis kesalahan dikeluarkan iaitu Peraturan 9(a) Peraturan-Peraturan Makanan 1985-menyedia atau mengiklankan untuk jualan atau menjual apa-apa makanan yang tidak mempunyai semua butir dikehendaki pada label

⚠️ Teguran turut diberikan bagi penambahbaikan terhadap pematuhan Akta Makanan 1983, peraturan-Peraturan Makanan 1985
💬Nasihat serta bimbingan berterusan telah disampaikan sewaktu operasi tersebut.

📌 Peringatan kepada semua pengusaha makanan:
Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Semua pihak yang terlibat dalam rantaian pengeluaran makanan — termasuk pengeluar, pemborong dan peruncit — digalakkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan keperluan perundangan melalui laman sesawang rasmi BKKM:
🔗 https://hq.moh.gov.my/fsq/

Langkah pematuhan ini amat penting bagi memastikan bekalan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti dapat disediakan kepada pengguna, khususnya di daerah Besut, lebih-lebih lagi semasa musim perayaan.


MESYUARAT DAN TAKLIMAT INDIKATOR TAMBAHAN PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN NEGERI TERENGGANU PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN...
09/02/2026

MESYUARAT DAN TAKLIMAT INDIKATOR TAMBAHAN PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN NEGERI TERENGGANU PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT

9 Februari 2026 - Program tersebut telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PKD Besut pada jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Left Kol Bersekutu (PA) Dr Hafizuddin bin Awang, Pegawai Kesihatan Daerah Besut. Seramai 5 orang pengerusi panel penasihat klinik telah menghadirkan diri iaitu :
1. Tuan Haji Zahari bin Mohd Din, Pengerusi Panel Daerah Besut (merangkap Pengerusi Panel KK Jerteh)
2. Tuan Haji Shaikh Muhamad bin Shaikh Keramat, Pengerusi Panel KK Pasir Akar
3. En Zakaria bin Awang Noh, Pengerusi Panel Penasihat KK Kuala Besut
4. En Malek bin Mat, Pengerusi Panel Penasihat KK Jabi
5. Tuan Haji Salleh bin Ab Latif, Pengerusi Panel Penasihat KK Padang Luas

Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Pegawai Kesihatan Daerah
2. Ucapan Pengerusi Panel Penasihat Daerah
3. Pembentangan aktiviti panel sepanjang 2025 oleh KPPP Ahmad Adham bin Zulkifli
4. Taklimat Manual Pelaksanaan Indikator Tambahan PPKK Negeri Terengganu oleh Dr Normahizan binti Ahmad, Pegawai Kesihatan Keluarga
5. Taklimat Mychampion oleh PPKP Mohd Safwan bin Rosli
6. Hal-hal lain
7. Penyampaian kad ahli panel penasihat

Mesyuarat dan taklimat ini diadakan bagi memberi makluman awal berkaitan Konvensyen Panel Penasihat Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada Oktober 2026. Diharap agar semua panel penasihat klinik di daerah Besut dapat membuat persediaan awal bagi menyertai konvensyen tersebut.

Taklimat MyChampion p**a disampaikan bagi memperkenalkan konsep Mychampion sebagai wakil komuniti dalam menyampaikan info kesihatan kepada masyarakat. Tatacara mendapatkan peruntukan bagi menjalankan aktiviti MyChampion juga telah diperincikan. MyChampion terdiri dari 5 komponen berikut :
1. Panel Penasihat
2. Ikon Gigi
3. Duta Kenali Ubat
4. Kospen
5. Combi

CERAMAH UBAT DAN PUASA PERINGKAT KK PASIR AKARTarikh: 9 Februari 2026Masa: 8.45 - 9.30 pagiTempat: Ruang Menunggu UPLKeh...
09/02/2026

CERAMAH UBAT DAN PUASA PERINGKAT KK PASIR AKAR

Tarikh: 9 Februari 2026
Masa: 8.45 - 9.30 pagi
Tempat: Ruang Menunggu UPL
Kehadiran: 40 orang

Penceramah: PF Siti Aishah

Objektif:
1. Meningkatkan pengetahuan tentang ubat yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan ketika berpuasa
2. Menerangkan tentang tips pengambilan ubat biji dan ubat minum ketika berpuasa
3.Menerangkan tentang tips penggunaan inhaler sewaktu berpuasa
4. Menerangkan tentang simptom - simptom hipoglisemia & hiperglicemia dan cara menanganinya
5. Berkongsi cara menentukan dos insulin serta ubat diabetes ketika berpuasa
6. Menerangkan penggunaan link qr iCelik Ubat kepada pesakit muda

Aktiviti:
1. Ceramah mengenai ubat dan puasa
2. Edaran risalah “Ubat dan Puasa”
3. Pengenalan link i-Celik Ubat

Address

Jalan Keluang
Kampung Raja
22200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096958700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram