Klinik Mata Hospital Keningau

Klinik Mata Hospital Keningau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Mata Hospital Keningau, Optometrist, P. S 1189007 Keningau, Keningau.

Klinik Pakar Oftalmologi, Hospital Keningau adalah salah satu daripada pusat perkhidmatan dan perawatan penjagaan mata yang berkualiti untuk Bahagian Pedalaman, Sabah.

GOOGLE REVIEW!Terima kasih kepada Encik Ewol Kunduyoi atas maklum balas yang sangat bermakna! Beliau kini semakin pulih ...
17/11/2025

GOOGLE REVIEW!

Terima kasih kepada Encik Ewol Kunduyoi atas maklum balas yang sangat bermakna! Beliau kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan katarak di Jabatan Oftalmologi Hospital Keningau — tanpa rasa sakit semasa prosedur, penglihatan semakin jelas, dan pengalaman keseluruhan yang meyakinkan.

Maklum balas seperti inilah yang menguatkan semangat kami untuk terus memberikan rawatan terbaik kepada semua pesakit.

📝 Jika anda pernah menerima rawatan mata bersama kami, kami amat menghargai jika anda dapat berkongsi pengalaman di Google Review.
Sokongan anda membantu kami memperbaiki perkhidmatan dan memberi keyakinan kepada pesakit lain.

👉 Tinggalkan review anda di Google:
“Klinik Oftalmologi Hospital Keningau”

Terima kasih kerana mempercayai kami sebagai penjaga kesihatan mata anda.

WORLD DIABETES DAY — 14 NOVEMBERHari Diabetes Sedunia mengingatkan kita tentang kepentingan pengesanan awal, pencegahan,...
14/11/2025

WORLD DIABETES DAY — 14 NOVEMBER

Hari Diabetes Sedunia mengingatkan kita tentang kepentingan pengesanan awal, pencegahan, serta kawalan diabetes melalui rawatan dan pemantauan yang betul.

Diabetes bukan sahaja menjejaskan kesihatan umum, tetapi juga boleh memberi kesan besar terhadap penglihatan seperti retinopati diabetik, katarak dan glaukoma. Pemeriksaan mata secara berkala amatlah penting bagi pesakit diabetes bagi mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.

Mari bersama meningkatkan kesedaran dan menyokong pengurusan diabetes yang lebih baik demi kesihatan jangka panjang. 🌍💙

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN "MATA SIHAT, SISWA HEBAT"Program ceramah kesihatan bertemakan “Mata Sihat, Siswa Hebat” anjura...
12/11/2025

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN "MATA SIHAT, SISWA HEBAT"

Program ceramah kesihatan bertemakan “Mata Sihat, Siswa Hebat” anjuran Siswa Institut Perguruan Guru (IPG) Keningau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ceramah bertemakan Kurang Upaya Penglihatan (Visual Impairments) telah berjaya disampaikan oleh Dr Mohd Fariz b Mohd Ali & Puan Nur Hayati bt Mohamed Shabery, bertujuan untuk berkongsi ilmu dan kesedaran mengenai kurang upaya penglihatan kepada siswa-siswi pendidikan sebelum mereka ke lapangan untuk bertemu pelajar yang mempunyai masalah penglihatan yang sebenar.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, pihak urus setia dan semua siswa-siswi yang hadir memeriahkan program ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua! 🙏



Pemeriksaan Penglihatan Mata Perdana Kanak-Kanak 2025📍 Hospital Tuaran📅 25 Oktober 2025Jauh dari Hospital Keningau, seku...
11/11/2025

Pemeriksaan Penglihatan Mata Perdana Kanak-Kanak 2025

📍 Hospital Tuaran
📅 25 Oktober 2025

Jauh dari Hospital Keningau, sekumpulan pegawai optometri kami bergerak ke Hospital Tuaran — membawa semangat dan kepakaran dalam menjayakan Program Pemeriksaan Penglihatan Mata Perdana Kanak-Kanak 2025.

Seawal pagi, dewan pemeriksaan sudah dipenuhi dengan gelak tawa dan keterujaan adik-adik sekolah yang hadir untuk pemeriksaan mata. Setiap saringan dijalankan dengan penuh teliti oleh pasukan optometri dari pelbagai hospital, termasuk wakil Hospital Keningau yang turut serta “beraksi” di lapangan.

Lebih menggembirakan, semua pelajar menerima cermin mata tajaan penuh daripada Hospital Tun Hussein Onn (THONEH) — memastikan tiada anak yang tercicir dalam pembelajaran kerana masalah penglihatan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat atas usaha murni ini — satu lagi langkah kecil tetapi bermakna demi masa depan penglihatan anak-anak Sabah!

Tahniah kepada peserta dengan markah tertinggi bagi ujian post-test!1. Dr Kiirthern2. Dr Poorani3. Dr Mohd Farid Farhan4...
09/11/2025

Tahniah kepada peserta dengan markah tertinggi bagi ujian post-test!

1. Dr Kiirthern
2. Dr Poorani
3. Dr Mohd Farid Farhan
4. Fazilah Binti Julaili
5. Dr Hawila

dan kepada semua peserta.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kefahaman tinggi terhadap ilmu yang dikongsikan sepanjang Primary Eyecare Workshop 2025 (PEC2025) di Klinik Mata, Hospital Keningau.

Teruskan kecemerlangan dalam memperkukuh penjagaan kesihatan mata primer di lapangan!

📍 Sesi Praktikal PEC2025 | Klinik Mata, Hospital KeningauSesi praktikal Primary Eyecare Workshop 2025 (PEC2025) di Klini...
08/11/2025

📍 Sesi Praktikal PEC2025 | Klinik Mata, Hospital Keningau

Sesi praktikal Primary Eyecare Workshop 2025 (PEC2025) di Klinik Mata, Hospital Keningau — peluang menimba ilmu, mengasah kemahiran dan memperkukuh semangat pasukan!

| PRIMARY EYECARE WORKSHOP 2025 lPada 31 Oktober 2025 (Jumaat), Jabatan Oftalmologi, Hospital Keningau telah berjaya men...
08/11/2025

| PRIMARY EYECARE WORKSHOP 2025 l

Pada 31 Oktober 2025 (Jumaat), Jabatan Oftalmologi, Hospital Keningau telah berjaya menganjurkan Primary Eyecare Workshop 2025 bertempat di Dewan Bingkor, Hospital Keningau.

Program ini diadakan bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam aspek penjagaan kesihatan mata di peringkat primer, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di lapangan. Pelbagai sesi pembelajaran, perbincangan interaktif dan perkongsian pengalaman telah dijalankan sepanjang bengkel ini.

Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh jaringan kerjasama dan kefahaman dalam kalangan petugas kesihatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta serta individu yang terlibat dalam menjayakan program ini.

HOSPITAL VISITING TENOMKami datang lagi di Hospital Tenom hari ini. Hari ini kami bawa 1 pakar mata, 2 pegawai perubatan...
06/11/2025

HOSPITAL VISITING TENOM

Kami datang lagi di Hospital Tenom hari ini. Hari ini kami bawa 1 pakar mata, 2 pegawai perubatan, 1 pegawai optometris dan 1 paramedik.

Kami dengar ramai temujanji hari ini. Semoga dipermudah urusan kita. Amin






Ikuti kami di :-
IG: .mata_keningau
Facebook: Klinik Mata Hospital Keningau

Kursus Primary Eyecare Workshop berlangsung hari ini 31 Oktober 2025!Program ini bertujuan memperkasa pengetahuan penjag...
30/10/2025

Kursus Primary Eyecare Workshop berlangsung hari ini 31 Oktober 2025!

Program ini bertujuan memperkasa pengetahuan penjagaan mata di peringkat primer serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan mata awal.

💪 Bersama kita tingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan mata untuk komuniti!

📌 PENINGKATAN KES DIABETES MENJELANG 2030Menjelang tahun 2030, dianggarkan 2.48 juta rakyat Malaysia akan menghidap peny...
30/10/2025

📌 PENINGKATAN KES DIABETES MENJELANG 2030

Menjelang tahun 2030, dianggarkan 2.48 juta rakyat Malaysia akan menghidap penyakit Diabetes Mellitus.

Penyakit ini boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan mata dan menyebabkan komplikasi seperti kebutaan akibat retinopati diabetes.

👁️‍🗨️ Lakukan pemeriksaan mata secara berkala — cegah sebelum parah.

Clinical Medical Audit Day 2025, Hospital KeningauWakil Jabatan Oftalmologi, Dr. Aimi Liyana Binti Dasrilsyah, telah mem...
28/10/2025

Clinical Medical Audit Day 2025, Hospital Keningau

Wakil Jabatan Oftalmologi, Dr. Aimi Liyana Binti Dasrilsyah, telah membentangkan audit bertajuk “Impact of Daycare Service in Ophthalmology Department, Hospital Keningau.”

Pembentangan ini menyoroti keberkesanan dan impak positif perkhidmatan daycare dalam meningkatkan mutu rawatan pesakit serta kecekapan perkhidmatan di Jabatan Oftalmologi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Aimi Liyana atas pembentangan yang berinformasi dan memberi inspirasi kepada semua warga hospital.

10% kes buta di Malaysia berpunca daripada Diabetik RetinopatiDan kebanyakannya… boleh dicegah jika dikesan lebih awal. ...
28/10/2025

10% kes buta di Malaysia berpunca daripada Diabetik Retinopati

Dan kebanyakannya… boleh dicegah jika dikesan lebih awal. Masalahnya — ramai pesakit tidak sedar mereka sudah ada tanda awal kerana penglihatan masih nampak “ok”. Bila mula kabur, kadang-kadang sudah terlambat untuk diselamatkan.

💡 Kalau anda ada kencing manis, periksa mata sekurang-kurangnya setahun sekali.

Penglihatan tak boleh diganti — tapi boleh dijaga.

Address

P. S 1189007 Keningau
Keningau
89007

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Mata Hospital Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Mata Hospital Keningau:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram