Klinik Harmoni HQ

  • Home
  • Klinik Harmoni HQ

Klinik Harmoni HQ HARMONI SHIFA SDN. BHD. (1220436-V)

KLINIK HARMONI 24 JAM
- POKOK SENA, PENANG (012-5779110)
- PADANG SERAI, KEDAH (017-3957553)
- KAMUNTING, PERAK (011-72438641)

KLINIK HARMONI
- BERTAM, PENANG (018-2294720)
- BALING, KEDAH (013-7428154)
- SELAYANG, SELANGOR (011-72320986)
- SIMPANG, PERAK (011-58852125)

15/04/2026

KENAPA BADAN SELALU RASA LEMAH & TAK BERMAYA? 🏃‍♂️💨
Ramai yang ingat penat tu biasa sebab faktor usia atau kerja kuat. Tapi tahu tak hampa, kalau kerap sangat rasa sesak nafas, itu mungkin tanda Anemia atau masalah Jantung.

Dr. Najhan kongsikan cara nak bezakan sama ada kita sakit atau sekadar tak fit:
✅ Masalah Kesihatan: Gejala berlaku kerap (hampir setiap hari).
✅ Tak Fit: Gejala hanya berlaku sekali-sekala bila buat aktiviti berat.

Sayangi jantung hampa. Kalau rasa ada simptom yang merisaukan, jangan tunggu sampai melarat. Mai singgah Klinik Harmoni, kami bantu periksa!

Rasa penat kan bila waktu tidur asyik terganggu? Jangan ambil mudah tau, sebab "Kerap Kencing Malam" atau Nocturia ini a...
14/04/2026

Rasa penat kan bila waktu tidur asyik terganggu? Jangan ambil mudah tau, sebab "Kerap Kencing Malam" atau Nocturia ini ada puncanya!

Antara sebab kenapa perkara ini berlaku:
✅ Gaya Hidup: Minum air berlebihan sebelum tidur atau kesan kafein/alkohol.
✅ Faktor Umur: Pundi kencing menjadi lebih sensitif atau perubahan hormon ADH.
✅ Tanda Penyakit: Mungkin signal awal untuk Diabetes, masalah Prostat (lelaki), UTI, atau masalah Buah Pinggang.

Jangan biarkan kualiti tidur anda terjejas. Kalau dah terlalu kerap, jom buat pemeriksaan di Klinik Harmoni!

Klinik Harmoni: We Care, We Serve.

13/04/2026

Sering Terjaga Malam Sebab Tangan Kebas? 🌙🧤

Pernah tak tengah sedap tidur, tiba-tiba rasa tangan "mati" atau semut-semut sampai kena bangun dan goncang tangan? 😰

Sebenarnya, posisi tidur kita mungkin puncanya! Tapi kalau dah buat senaman ringkas pun masih tak hilang, mungkin ada kaitan dengan:
✅ Median Nerve Compression (Saraf tengah terhimpit)
✅ Ulnar Nerve Compression (Saraf di bahagian siku)
✅ Cervical Spondylosis (Masalah saraf leher)

Jom dengar penjelasan Dr. Rafiq dari Klinik Harmoni tentang tanda-tanda kebas mengikut jari anda. Jangan biarkan sampai melarat, saraf ni kalau dah rosak lama, susah nak pulih tau! 🩺✨

“BADAN KURUS TAPI GULA TINGGI?” 🤔Jangan terpedaya dengan saiz badan! Walaupun nampak 'fit' di luar, paras gula dalam dar...
09/04/2026

“BADAN KURUS TAPI GULA TINGGI?” 🤔
Jangan terpedaya dengan saiz badan! Walaupun nampak 'fit' di luar, paras gula dalam darah mungkin sedang 'menjerit' di dalam. 😱

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

🧬 Genetik: Faktor keturunan memainkan peranan besar.

🍩 Diet Tinggi Gula: Walaupun makan banyak, badan tak nampak gemuk tapi organ dalaman terbeban.

🛋️ Kurang Bergerak: Gula tak ditukar kepada tenaga (sedentari).

🔑 Rintangan Insulin: Hormon tak lagi efektif memproses gula.

😴 Stress & Kurang Tidur: Gangguan hormon utama yang kawal gula.

Kenal pasti Tanda Awal ini sebelum terlambat:

Cepat penat & lesu.

Kerap rasa haus.

Kerap buang air kecil (terutama waktu malam).

Luka lambat sembuh.

Jangan tunggu sampai melarat! Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk tahu tahap gula anda yang sebenar. 🩺✨

08/04/2026

Luka basah vs luka kering — apa bezanya? 🤔

Ramai tak tahu, jenis luka mempengaruhi cara ia sembuh.
Dan salah satu faktor paling penting ialah aliran darah.

Bila aliran darah tak cukup,
luka boleh lambat sembuh atau jadi lebih teruk.

Nak tahu kenapa?
Dr. Rafiq terangkan dengan lebih jelas.

🏥 Jaga luka dengan cara yang betul.




JAWATAN KOSONG ‼️ JAWATAN KOSONG ‼️ JAWATAN KOSONG ‼️Kami di Klinik Harmoni menawarkan peluang pekerjaan sebagai PEMBANT...
08/04/2026

JAWATAN KOSONG ‼️ JAWATAN KOSONG ‼️ JAWATAN KOSONG ‼️
Kami di Klinik Harmoni menawarkan peluang pekerjaan sebagai PEMBANTU KLINIK di:
📌 KLINIK HARMON SUNGAI PETANI, KEDAH
Sekiranya anda mempunyai kelayakan seperti berikut, sila tampilkan diri untuk menyertai sebahagian daripada Keluarga Harmoni 🥰
Syarat Kelayakan
✍️ Warganegara berumur 18 tahun keatas
✍️ Tahap pelajaran minimum SPM
✍️ Tiada pengalaman diperlukan
✍️ Ingin bekerja sepenuh masa (fulltime) sahaja
✍️ Jujur & komited
✍️ Perempuan
Kelebihan yang ditawarkan :
📍Gaji bulanan
📍Caruman EPF & Socso
📍Kenaikan tahunan
📍Cuti tahunan ( cuti rehat / cuti sakit / cuti kecemasan )
📍Diskaun rawatan perubatan
KAMI MEMERLUKAN ANDA DENGAN KADAR SEGERA ‼️
Sila lampirkan bersama resume anda di alamat emel yang berikut :
jawatankosongklinikharmoni@gmail.com

Tak minum alkohol…tapi kena fatty liver? 🤔Sekarang makin ramai orang muda ada lemak dalam hati— bukan sebab alkohol, tap...
07/04/2026

Tak minum alkohol…
tapi kena fatty liver? 🤔

Sekarang makin ramai orang muda ada lemak dalam hati
— bukan sebab alkohol, tapi gaya hidup.

Punca biasa:
• Air manis & gula berlebihan
• Kurang bergerak
• Makan processed food
• Insulin resistance

Masalahnya…
fatty liver selalunya tak ada simptom awal.

Bila dah detect, kadang dah tahap serius.

Jangan tunggu.
Check awal, sebelum hati terjejas.

06/04/2026

Ingat, tak semua sakit hulu hati itu gastrik! 🚫 Selain pedih ulu hati, tanda-tanda anxiety termasuklah:
Susah nak bernafas 🫁
Sukar tidur malam 🌙
Tangan menggigil & berpeluh 🙌💦
Overthinking melampau 🧠
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika anda ada simptom-simptom ni!

Air kencing warna kuning pekat… normal ke? 🤔Kadang normal.Tapi kalau kerap, itu mungkin tanda badan tak seimbang.Boleh j...
02/04/2026

Air kencing warna kuning pekat… normal ke? 🤔

Kadang normal.
Tapi kalau kerap, itu mungkin tanda badan tak seimbang.

Boleh jadi sebab:
* Kurang minum air
* Kesan vitamin
* Jangkitan salur kencing
* Masalah dalaman (hati / buah pinggang)

Kalau warna makin gelap, bau kuat, atau sakit masa kencing —
jangan abaikan.

Badan selalu bagi signal awal.
Soalan dia… kita dengar atau tak?

01/04/2026

Kenapa kes kencing manis makin meningkat sekarang? 🤔Bukan sebab satu faktor saja👇
1️⃣ Teknologi makin canggih → kes lebih mudah dikesan
2️⃣ Gaya hidup bandar → kurang bergerak
3️⃣ Pemakanan manis & tinggi kaloriMasalahnya… ramai tak sedar sampai dah ada simptom.Dah check kesihatan anda hari ini?
Singgah Klinik Harmoni
🏥



Dah minum air banyak…tapi masih rasa haus? ☀️💧Bukan semua masalah haus sebab kurang minum.Kadang puncanya:• Elektrolit t...
31/03/2026

Dah minum air banyak…
tapi masih rasa haus? ☀️💧

Bukan semua masalah haus sebab kurang minum.

Kadang puncanya:
• Elektrolit tak seimbang
• Peluh berlebihan cuaca panas
• Paras gula tinggi
• Mulut kering / kesan ubat

Kalau haus berterusan walaupun minum banyak,
itu mungkin tanda badan tak seimbang.

Jangan abaikan.

30/03/2026

Kenapa Makin Ramai Pengidap K3ncing Manis ?
Kalau dulu jarang kita dengar orang muda kena kencing manis, tapi sekarang seawal umur 20-an pun dah ada yang menghidapnya. Mengapa ini terjadi?

Gaya Hidup Tidak Sihat: Kesibukan bekerja membuatkan kita kurang masa untuk bersenam secara berkala.

Corak Pemakanan: Pengambilan makanan proses, karbohidrat yang ditapis, serta makanan tinggi gula menjadi rutin harian.

Kekurangan Nutrisi: Diet kita sering kali kurang kandungan protein dan fiber yang mencukupi untuk badan.

Faktor Utama: Teknologi & Pergerakan
Zaman sekarang, teknologi memudahkan segalanya tetapi ia juga mengehadkan pergerakan fizikal kita:

Kurang Berjalan: Dulu kita lebih banyak berjalan atau berbasikal, kini jarak dekat pun kita lebih selesa memandu kereta.

Kurang Pembakaran: Kurangnya aktiviti fizikal menyebabkan glukos yang berlebihan dalam badan tidak digunakan, lantas mengakibatkan rintangan insulin.

Adakah anda tahu? Obesiti yang meningkat secara mendadak di seluruh dunia berkait rapat dengan faktor pemakanan dan kurangnya pergerakan fizikal kita hari ini.

Jom Bertindak Sekarang!
Jangan tunggu sehingga kesihatan terjejas. Mulakan langkah kecil untuk gaya hidup yang lebih aktif dan jaga pemakanan anda hari ini.

Klinik Harmoni - Sentiasa Di Sisi Anda 24 Jam
Kami mempunyai pelbagai cawangan untuk memudahkan anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan:

KH Pokok Sena (HQ): 012-577 9110

KH Bertam: 018-2294720

KH Kuala Ketil: 013-469 5031

KH Alor Setar: 013-306 2800
..dan banyak lagi cawangan di sekitar anda!

Address

No. 17 Pusat Persiaran Pokok Sena, Pusat Perniagaan Pokok Sena

13220

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Harmoni HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Harmoni HQ:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share