05/09/2023
KUNCI HIDUP SIHAT PART 1
*Jaga Makan*
Pertama kena tahu portion/bahagian yang betul, cara mudah ialah DSSS(Diet Suku Suku Separuh). Ambil nasi saiz segenggam/sesenduk sahaja, segenggam sayur-sayuran dan protein saiz 1 tapak tangan.
Protein membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama. Sayur-sayuran kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan kita.
Ada banyak lagi jenis diet yg kita boleh ikut, seperti Diet Eat Clean, Diet IF(Intermittent Fasting) dan lain2 lagi.
Kita boleh makan apa sahaja selagi ia tidak terlebih minyak, terlebih gula/garam atau terlebih portion dalam sehari seperti sarapan donut bergula 3 biji bersama teh tarik, makan tengahari dengan teh boba, minum petang set Large McD dengan kek coklat triple, dinner nasi kandar kuah banjir, dan makan lewat malam roti canai mamak dgn kopi kaw.
Kedua, makan ikut jangka masa yang betul, contohnya makan malam diantara jam 6 petang hingga 8 malam.
Ketiga, minum air kena cukup 8 gelas sehari. Sebenarnya kena ikut ratio berat badan juga, setiap 25 kg berat badan = 1 liter air. Kalau boleh follow cara ni adalah sangat bagus untuk kesihatan diri anda.
Kalau anda dah follow cara 1-3, inshaAllah badan anda akan rasa lebih sihat untuk tempoh yang lebih lama.
Ada lagi cara lain, keempat amalkan adab makan dan minum cara Nabi Muhammad SAW, seperti membaca Bismillah, makan dengan tangan kanan, tidak makan sambil berdiri atau berjalan dan lain-lain lagi. Sihat dapat, pahala pun dapat!
Kelima, makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan berat( tengahari dan makan malam). Mengikut pembacaan saya, makan buah terlebih dahulu, dapat membantu penghadaman dan mengelakkan gula dalam darah terlalu tinggi.
Keenam, kurangkan snacking/kudapan tak sihat seperti makanan bergoreng, jajan/gula-gula..sebaiknya gantikan dengan snacking sihat iaitu sepotong/sebiji buah-buahan, kekacang dan lain-lain. Jika waktu malam rasa lapar, boleh juga snacking dgn cara ini.
Pilihan di tangan anda.