Patek Relief - Melegakan sakit sendi, belakang, leher, lutut dan bahu

  • Home
  • Malaysia
  • Klang
  • Patek Relief - Melegakan sakit sendi, belakang, leher, lutut dan bahu

Patek Relief - Melegakan sakit sendi, belakang, leher, lutut dan bahu Formulasi Herba Nusantara terpilih 100% Natural

AKIBAT MALAS....Pada mulanya, NURUL seorang yang rajin dan aktif. Dia s**a keluar bersenam, kayuh basikal, dan tubuhnya ...
24/08/2025

AKIBAT MALAS....

Pada mulanya, NURUL seorang yang rajin dan aktif. Dia s**a keluar bersenam, kayuh basikal, dan tubuhnya cergas. Tapi sejak dia mula sibuk dengan kerja pejabat, sikap malas perlahan-lahan datang.

Setiap kali p**ang kerja, dia fikir:
“Alah, rehatlah dulu... esoklah aku bersenam.”

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. NURUL makin banyak duduk. Kalau hujung minggu, dia lebih s**a baring depan televisyen berjam-jam.

Mula-mula, dia rasa tak ada apa-apa. Tapi lama-lama, dia mula perasan:

Bangun pagi, belakang pinggang terasa mencucuk.

Naik tangga dua tingkat pun semput.

Lutut rasa longgar, macam tak kuat nak menampung berat badan.

Doktor memberitahu, bukan penyakit pelik yang menyerangnya, tetapi kerana gaya hidup malas bergerak. Otot-otot NURUL semakin lemah, peredaran darah tidak lancar, berat badan meningkat, lalu tubuhnya mula sakit di sana sini.

NURUL tersentak. Rupanya sifat malas itu bukan sekadar membuat dia menangguh kerja, tetapi perlahan-lahan mencuri kesihatan tubuhnya.

Sejak hari itu, NURUL bertekad untuk lawan rasa malas. Dia mula berjalan setiap pagi, regangkan badan, dan kurangkan duduk terlalu lama. Perlahan-lahan, sakit di tubuhnya reda.

NURUL faham:
Malas itu bukan hanya musuh produktiviti, tetapi racun halus yang melemahkan tubuh tanpa kita sedar.

HANYA PERUBAHAN KECIL Pak Rahman seorang guru berusia 42 tahun. Dulu masa umur 20-an dan 30-an, dia kuat bekerja – boleh...
23/08/2025

HANYA PERUBAHAN KECIL

Pak Rahman seorang guru berusia 42 tahun. Dulu masa umur 20-an dan 30-an, dia kuat bekerja – boleh mengajar pagi sampai petang, malam p**a masih sempat main badminton dengan kawan-kawan. Badannya segar, jarang rasa sakit.

Tapi bila masuk umur 40-an, dia mula perasan sesuatu.
Naik tangga dua tingkat pun sudah tercungap. Bila berdiri lama di kelas, lututnya sakit. Malam p**a susah tidur lena, esok pagi bangun badan terasa berat.

Dia mula tertanya-tanya, “Kenapa aku cepat letih sekarang? Bukankah aku dulu kuat bekerja?”

Sebenarnya, tubuhnya sedang memberi isyarat.
Metabolismenya semakin perlahan, otot-ototnya mula menyusut, hormon juga tidak seperti dulu. Tambahan p**a, kerana sibuk dengan kerjaya dan keluarga, dia jarang bersenam, makan pun lebih kepada makanan segera.

Namun, Pak Rahman tidak berputus asa. Dia mula membuat perubahan kecil:

Setiap pagi berjalan 20 minit sebelum ke sekolah.

Kurangkan minuman manis, lebihkan sayur dan buah.

Tidur lebih awal, tinggalkan telefon sebelum masuk bilik.

Luangkan masa berzikir dan tenangkan fikiran.

Beberapa bulan kemudian, Pak Rahman mula rasa perbezaannya. Badannya kembali bertenaga, minda lebih fokus, malah murid-murid pun perasan dia lebih ceria mengajar.

Dia tersenyum sendiri, “Rupanya usia 40 bukan titik kelemahan… tapi tanda untuk kita lebih menghargai tubuh yang Allah pinjamkan.”
..

#

𝘼𝙋𝘼𝙆𝘼𝙃 𝙁𝘼𝙆𝙏𝙊𝙍 𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆𝙊 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙋𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼𝙉𝙂?1. PenuaanApabila semakin berusia, tubuh kita akan kehilangan kekuatan tulang, keteg...
23/08/2025

𝘼𝙋𝘼𝙆𝘼𝙃 𝙁𝘼𝙆𝙏𝙊𝙍 𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆𝙊 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙋𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼𝙉𝙂?

1. Penuaan
Apabila semakin berusia, tubuh kita akan kehilangan kekuatan tulang, ketegangan otot dan keanjalan. Selain itu, cakera tulang belakang tidak cukup memberikan kelembutan pada vertebra (tulang pada tulang belakang yang melindungi tulang belakang dan saraf, fungsinya untuk menyokong tubuh badan).

2. Berat badan berlebihan
Berat badan seseorang yang berlebihan atau mudah bertambah akan meningkatkan beban tambahan pada belakang badan.

3. Kecergasan fizikal yang lemah
Sakit belakang biasanya berlaku pada orang yang tidak cergas. Bahagian belakang mereka lemah dan otot perut tidak menyokong tulang belakang dengan baik.

4. Melakukan tugas yang berat dari segi fizikal
Pekerjaan seseorang yang memerlukan tindakan menolak, menarik atau mengangkat sesuatu dengan kuat akan berisiko untuk mengalami kecederaan dan kesakitan.

5. Bertugas di meja
Duduk di meja sepanjang hari boleh menyebabkan sakit belakang, terutamanya pada orang yang lemah posturnya atau kerusi yang tidak memberikan cukup sokongan.

6. Kehamilan
Ramai wanita hamil menghidap sakit belakang pinggang. Ini berlaku akibat perubahan dalam pelvis dan pengagihan berat badan. Jenis sakit belakang pinggang ini biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

PETUA JAGA BADAN SUPAYA KEKAL SIHAT🥦 Pemakanan SihatAmalkan makanan seimbang: cukup protein, serat, sayur-sayuran, buah-...
22/08/2025

PETUA JAGA BADAN SUPAYA KEKAL SIHAT

🥦 Pemakanan Sihat

Amalkan makanan seimbang: cukup protein, serat, sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong.

Kurangkan makanan bergoreng, bergula tinggi dan segera kerana boleh menyebabkan radang sendi.

Minum air suam secukupnya (8 gelas sehari) untuk elak dehidrasi yang boleh sebabkan lenguh otot.

🏃‍♂️ Aktiviti Fizikal

Bersenam ringan sekurang-kurangnya 20–30 minit setiap hari (jalan kaki, regangan, yoga).

Elakkan duduk terlalu lama – bangun dan regangkan badan setiap 1 jam.

Jaga postur semasa duduk, berdiri atau mengangkat barang.

😴 Rehat & Tidur Cukup

Tidur 6–8 jam sehari untuk memberi masa badan pulih.

Pastikan tilam dan bantal sesuai supaya tidak menyebabkan sakit pinggang atau leher.

🧘‍♀️ Pengurusan Stress

Amalkan teknik pernafasan, zikir atau meditasi untuk kurangkan ketegangan otot.

Elakkan kerja berlebihan tanpa rehat.

SETIAP PAGI BANGUN DENGAN SAKIT PINGGANG YANG MENIKAM, LANGKAH KE DAPUR PUN TERASA BERAT… TENGAH KERJA, TIBA-TIBA BAHU M...
22/08/2025

SETIAP PAGI BANGUN DENGAN SAKIT PINGGANG YANG MENIKAM,

LANGKAH KE DAPUR PUN TERASA BERAT…

TENGAH KERJA, TIBA-TIBA BAHU MULA LENGUH, KEPALA BERDENYUT MACAM NAK PECAH.

SAYA DULU PUN RASA BEGITU – SAMPAI SUSAH NAK FOKUS DAN MUDAH HILANG MOOD.

TAPI SEJAK JUMPA PATEK , HIDUP RASA BERBEZA.

ROLL ON KECIL NI JADI PENEMAN SETIA – SAPU SAJA DI TEMPAT SAKIT, SEKEJAP JE RASA LEGA. NATURAL, MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA, DAN YANG PENTING, BANTU SAYA KEMBALI AKTIF TANPA GANGGUAN SAKIT SENDI, SENGGUGUT ATAU MIGRAIN.

KADANG, KITA TAK PERLUKAN BANYAK… CUKUP SATU SOLUSI YANG RINGKAS TAPI BERKESAN. DAN UNTUK SAYA, ITU IALAH PATEK .

Tekan link di komen untuk dapatkan👇
---

Terima kasih Cikpuan kerana memilih produk   Patek untuk melegakan sakit-sakit badan. Harus kita tahu, apabila semakin b...
27/12/2022

Terima kasih Cikpuan kerana memilih produk Patek untuk melegakan sakit-sakit badan.

Harus kita tahu, apabila semakin berusia, tubuh kita akan kehilangan kekuatan tulang, ketegangan otot dan keanjalan.

Duduk di meja sepanjang hari boleh menyebabkan sakit belakang, terutamanya pada orang yang lemah posturnya atau kerusi yang tidak memberikan cukup sokongan.

Insyallah! Jika ada rasa lenguh-lenguh badan cuba sapu relief patek ijie yerrr....Ia mampu melegakan dan menenangkan tubuh badan😊

Jika anda mengalami sakit2 belakang, jom cuba patek relief. Tekan link di bawah untuk dapatkan:
www.wasap.my/60133772397/nakreliefpatek

atau dapatkan di shopee. Tekan link di bawah:
https://shope.ee/8pCrUUgRto

𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝-𝙡𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙖𝙜𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙡𝙪𝙩𝙪𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙚𝙙𝙚𝙧𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠:1. RehatBerehat dari aktiviti biasa anda untuk mengurang...
06/12/2022

𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝-𝙡𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙖𝙜𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙡𝙪𝙩𝙪𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙚𝙙𝙚𝙧𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠:

1. Rehat

Berehat dari aktiviti biasa anda untuk mengurangkan ketegangan berulang pada lutut anda, memberi masa kecederaan untuk sembuh dan membantu mencegah kerosakan selanjutnya.

Satu atau dua hari berehat mungkin semua yang anda perlukan untuk kecederaan ringan. Kerosakan yang lebih teruk mungkin memerlukan masa pemulihan yang lebih lama.

2. Ais

Ais mengurangkan kesakitan dan keradangan. Satu beg kacang pea beku berfungsi dengan baik kerana ia menutupi seluruh lutut anda. Anda juga boleh menggunakan pek ais yang dibalut dengan tuala nip*s untuk melindungi kulit anda.

Walaupun terapi ais secara amnya selamat dan berkesan, jangan gunakan ais selama lebih daripada 20 minit pada satu masa kerana risiko kerosakan pada saraf dan kulit anda.

3. Haba

Anda mungkin mengalami kelegaan sakit sementara dengan menggunakan pek haba atau botol air panas ke kawasan yang menyakitkan pada lutut anda.

4. Bandage (Pembalut)

Ini membantu mengelakkan pengump**an cecair dalam tisu yang rosak dan mengekalkan penjajaran (aligntment) dan kestabilan lutut.

Cari pembalut mampatan (bandage) yang ringan, selesa dan ada pelekat tersendiri. Ia sepatutnya cukup ketat untuk menyokong lutut anda tanpa mengganggu peredaran.

5. Ketinggian

Untuk membantu mengurangkan bengkak, cuba sandarkan kaki anda yang cedera pada bantal atau duduk di kerusi malas.

𝙇𝙀𝙏𝙄𝙃 𝘿𝘼𝙉 𝙇𝙀𝙉𝙂𝙐𝙃 𝙎𝘼𝙏𝙐 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉 𝙎𝙀𝘽𝘼𝘽 𝙅𝘼𝘿𝙐𝘼𝙇 𝙃𝘼𝙍𝙄𝘼𝙉 𝙋𝘼𝘿𝘼𝙏Dari semalam hati berdetik bila la dapat bertemu dengan Puan Shahha...
05/12/2022

𝙇𝙀𝙏𝙄𝙃 𝘿𝘼𝙉 𝙇𝙀𝙉𝙂𝙐𝙃 𝙎𝘼𝙏𝙐 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉 𝙎𝙀𝘽𝘼𝘽 𝙅𝘼𝘿𝙐𝘼𝙇 𝙃𝘼𝙍𝙄𝘼𝙉 𝙋𝘼𝘿𝘼𝙏

Dari semalam hati berdetik bila la dapat bertemu dengan Puan Shahhaiza Md Khir yang ceria dan baik hati ni.

Beliau seorang yang aktif, membantu yang memerlukan, hingga ke kawasan perkampungan orang asli. Tidak kira bangsa dan agama, mana boleh bantu sama diberi.

Sesungguhnya aturan Allah diketemukan dengan beliau pagi ni, tidak jauh dari rumah rupanya 🙂

Beliau mengadu rasa letih, lenguh, kerana jadual yang padat disamping menjaga ibu mertua yang tinggal bersama. Moga Allah beri kekuatan dan keberkatan kesihatan untuk memberi yang terbaik buat semua 🙂

Diberi cuba sapu dibahagian bahu. Kata kepada beliau, biar sekejap, insyaAllah rasa sejuk lepas tu.

Beliau ada terbaca di WhatsApp Group mengenai Patek Relief ni dan dalam hati berkata, ini bagus nak cuba sebab kini rasa lenguh, letih. Tapi tak dan nak tanya lebih lanjut. Rupa rupanya ini dia yang promote ni 😀

Tanpa berlengah beliau berkata "bak mai satu nak cuba", bagus ada satu untuk beliau bila bergerak ke sana ke mari lepas ni 🙂

Terima kasih dari diri ini, moga sama warwarkan kebaikan ini kepada yang memerlukan.

Nak cuba Relief. Tekan link dibawah:
www.wasap.my/60133772397/nakreliefpatek

credit: Puan rahimah








𝙈𝙀𝙇𝙀𝙂𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙐𝙍𝘼𝙏, 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙎 𝘿𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙉𝙂𝘼𝙇 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉Ramai beranggapan sakit-sakit sendi yang dialami akan hilang dengan sendirin...
23/11/2022

𝙈𝙀𝙇𝙀𝙂𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙐𝙍𝘼𝙏, 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙎 𝘿𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙉𝙂𝘼𝙇 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉

Ramai beranggapan sakit-sakit sendi yang dialami akan hilang dengan sendirinya. Sebenarnya tidak....

Masalah ini jika tidak dirawat akan menjejaskan kualiti hidup kerana berlaku kerosakan pada otot dan struktur tulang. Ia bukan sahaja melibatkan fizikal malah emosi...Mood kita dan rasa keyakinan dan kecergasan diri mula terjejas...🥴

PATEK RELIEF dengan formulasi alami yang menjadikan herba tradisi perubatan melayu sebagai bahan utama akan memberikan kelegaan cepat dan Nyaman minda pada pengguna.

Rasa panas berangin yang tahan lama apabila disapu pada badan bahgian yang sakit dan sengal. Lama-kelamaan rasa sakit itu mula pudar dan hilang bersama rasa panas roll-on PATEK -RELIEF...

Mudah bukan?

Inilah keajaiban herba tradisi perubatan Melayu terpilih

Nak dapatkan Patek Relief. Tekan link di ruangan komen👇


𝘿𝙪𝙙𝙪𝙠 𝙇𝙖𝙢𝙖 𝙎𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝘽𝙪𝙖𝙩 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙎𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙋𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙜?  4 𝙏𝙞𝙥 𝙄𝙣𝙞 𝘽𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙘𝙚𝙜𝙖𝙝, 𝙋𝙖𝙨𝙩𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙚𝙨𝙖𝙣!Berikut antara beberapa cara anda...
22/11/2022

𝘿𝙪𝙙𝙪𝙠 𝙇𝙖𝙢𝙖 𝙎𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝘽𝙪𝙖𝙩 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙎𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙋𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙜?

4 𝙏𝙞𝙥 𝙄𝙣𝙞 𝘽𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙘𝙚𝙜𝙖𝙝, 𝙋𝙖𝙨𝙩𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙚𝙨𝙖𝙣!

Berikut antara beberapa cara anda boleh mengatasi masalah sakit belakang, leher, mahupun bahu yang kerap terjadi akibat bekerja di rumah, seperti yang disarankan oleh Versus Arthritis:

1. 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙖𝙢

Berada dalam keadaan aktif adalah cara penting untuk membantu diri mengatasi masalah sakit belakang. Pergerakan yang banyak dapat membantu bahagian punggung untuk mengekalkan jarak pergerakan semula jadi.

Individu yang kurang bergerak berisiko mengalami kenaikan berat badan dan penurunan otot. Dalam masa sama, ia penyebab atau memburukkan lagi sakit otot dan sendi yang ada. Bersenam secara berkala akan mengurangkan kekerapan anda daripada mengalami sakit belakang.

Antara jenis senaman yang boleh dilakukan adalah seperti:
✅️Berenang
✅️Berjalan
✅️Yoga
✅️Pilate

2.𝙇𝙚𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙖𝙙 𝙥𝙖𝙣𝙖𝙨 / 𝙖𝙞𝙨

Meletakkan pad panas ke bahagian terjejas dapat meredakan kesakitan dan kekebasan. Anda boleh menggunakan pad panas yang boleh digunakan semula, beg gandum gelombang mikro atau botol berisi air panas.

Mandian dan pancuran air panas juga turut boleh memberikan kesan kelegaan yang sama. Selain itu, anda juga boleh pilih untuk menggunakan pek ais atau sebungkus pek kacang p*s beku untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

3.𝙋𝙤𝙨𝙩𝙪𝙧 𝙙𝙪𝙙𝙪𝙠

Duduk terlalu lama merupakan antara faktor biasa penyebab sakit belakang. Jadi untuk mengatasi kesakitan itu, anda disarankan untuk menjaga postur tubuh ketika duduk, tidak kira sama ada ketika bekerja di rumah, di tempat kerja ataupun semasa di dalam kereta.
Posisi duduk yang tidak selesa atau canggung boleh menjejaskan tisu lembut pada pinggul yang berfungsi menyokong tulang belakang dan sudah tentu keadaan tersebut akan meningkatkan rasa sakit pinggang atau belakang.

Bekerja di rumah pastinya memberikan beberapa kelebihan; Namun, dalam masa yang sama, pastikan anda turut melakukan senaman ringan.

Kesakitan tulang belakang mahupun sakit pinggang dapat diatasi dengan menggerakkan otot yang sakit.
Apapun, dapatkan rawatan dan nasihat pakar jika sakit belakang, pinggang, bahu dan leher yang dialami anda tidak hilang walaupun selepas mengamalkan beberapa tip berikut.

Jangan menderita dalam diam!

4.𝙂𝙪𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙂𝙚𝙡 𝙍𝙚𝙡𝙞𝙚𝙛 𝙋𝙖𝙩𝙚𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙚𝙜𝙪𝙣𝙖𝙖𝙣 𝙡𝙪𝙖𝙧

Untuk sakit2 ringan, anda boleh gunakan Relief Patek Natural yang diperbuat daripada herba semulajadi. Kelebihan utama menggunakan Gel Relief Patek ini ia tidak memberi kesan langsung kepada buah pinggang anda.

Kandungan Minyak Kayu Putih, Capsicum, Mint, Minyak Kelapa Dara dan banyak lagi membuatkan badan anda rasa dingin, segar dan melegakan.

Namun, jika sakit anda begitu ktitikal seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor yang berkenaan

.

𝘼𝙋𝘼𝙆𝘼𝙃 𝙁𝘼𝙆𝙏𝙊𝙍 𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆𝙊 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙋𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼𝙉𝙂?1. PenuaanApabila semakin berusia, tubuh kita akan kehilangan kekuatan tulang, keteg...
17/11/2022

𝘼𝙋𝘼𝙆𝘼𝙃 𝙁𝘼𝙆𝙏𝙊𝙍 𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆𝙊 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙋𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼𝙉𝙂?

1. Penuaan
Apabila semakin berusia, tubuh kita akan kehilangan kekuatan tulang, ketegangan otot dan keanjalan. Selain itu, cakera tulang belakang tidak cukup memberikan kelembutan pada vertebra (tulang pada tulang belakang yang melindungi tulang belakang dan saraf, fungsinya untuk menyokong tubuh badan).

2. Berat badan berlebihan
Berat badan seseorang yang berlebihan atau mudah bertambah akan meningkatkan beban tambahan pada belakang badan.

3. Kecergasan fizikal yang lemah
Sakit belakang biasanya berlaku pada orang yang tidak cergas. Bahagian belakang mereka lemah dan otot perut tidak menyokong tulang belakang dengan baik.

4. Melakukan tugas yang berat dari segi fizikal
Pekerjaan seseorang yang memerlukan tindakan menolak, menarik atau mengangkat sesuatu dengan kuat akan berisiko untuk mengalami kecederaan dan kesakitan.

5. Bertugas di meja
Duduk di meja sepanjang hari boleh menyebabkan sakit belakang, terutamanya pada orang yang lemah posturnya atau kerusi yang tidak memberikan cukup sokongan.

6. Kehamilan
Ramai wanita hamil menghidap sakit belakang pinggang. Ini berlaku akibat perubahan dalam pelvis dan pengagihan berat badan. Jenis sakit belakang pinggang ini biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

𝙆𝙃𝘼𝙎𝙄𝘼𝙏 𝙇𝘼𝘿𝘼 𝘽𝙀𝙉𝙂𝙂𝘼𝙇𝘼/𝘾𝘼𝙋𝙎𝙄𝘾𝙐𝙈1. Membantu untuk merawat kesakitan otot belakang, terseliuh, lebam, artritis & penyakit s...
16/11/2022

𝙆𝙃𝘼𝙎𝙄𝘼𝙏 𝙇𝘼𝘿𝘼 𝘽𝙀𝙉𝙂𝙂𝘼𝙇𝘼/𝘾𝘼𝙋𝙎𝙄𝘾𝙐𝙈

1. Membantu untuk merawat kesakitan otot belakang, terseliuh, lebam, artritis & penyakit sendi.

2. Bertindak sebagai agen penyembuhan badan. Membantu masalah ‘gastrousus’ seperti ulser perut, cirit birit, ‘dispepsia’ dan juga kembung perut.

3. Terkandung Vitamin A & C yang tinggi, bertindak sebagai antioksida yang sangat bagus. Antioksida membantu untuk menghalang kerosakan radikal bebas dalam sel-sel saraf dan saluran darah.

4. Kandungan Vitamin C p**a merangsang sel darah putih untuk melawan jangkitan. Juga dikenali untuk pelbagai ciri-ciri anti radang.

Cuba teka salah satu produk PATEK NATURAL yang terdapat ramuan Capsicum ? 🤔🤔

hehe...

Sudah semestinya PATEK RELIEF...

PATEK RELIEF adalah satu produk bagi melegakan sakit dan lenguh2 badan. Korang wajib try tau...BEST sangat..🥰🥰🥰🥰🥰.

Address

Bandar Botanik
Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Patek Relief - Melegakan sakit sendi, belakang, leher, lutut dan bahu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Patek Relief - Melegakan sakit sendi, belakang, leher, lutut dan bahu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram