Derma Organ - HTAR KLANG

  • Home
  • Derma Organ - HTAR KLANG

Derma Organ - HTAR KLANG 'Page' rasmi bagi Derma Organ HTAR KLANG. Maklumat dan aktiviti mengenai pendermaan organ. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan. Kami sedia membantu.

Kami di Karnival Kebudayaan Dun Pelabuhan Klang selama 2 hari ini ya!Jemput datang beramai- ramai ke Kompleks Pandamaran...
27/04/2024

Kami di Karnival Kebudayaan Dun Pelabuhan Klang selama 2 hari ini ya!

Jemput datang beramai- ramai ke Kompleks Pandamaran, Klang untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran pengikrar Derma Organ..

SELAMAT HARI RAYA semua!!

Tarikh 19 Mei 2023 merupakan tarikh bersejarah buat warga kerja Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH)😘😘😘Terima kasih buat...
20/05/2023

Tarikh 19 Mei 2023 merupakan tarikh bersejarah buat warga kerja Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH)😘😘😘

Terima kasih buat keluarga penderma kerana bersetuju memberikan kebenaran untuk memastikan pendermaan organ dapat dilakukan dengan jayanya.


Apablia kita memahami makna pendermaan organ itu sendiri, tanpa kad ikrar pun kita masih boleh menjadi penderma organ.
05/04/2023

Apablia kita memahami makna pendermaan organ itu sendiri, tanpa kad ikrar pun kita masih boleh menjadi penderma organ.

PETALING JAYA: A family fulfilled their youngest son’s wish by donating his organs after he was pronounced brain dead following an accident.

dah berikrar? rasa macam nak jadi pengikrar derma organ tapi tak tahu macam mana? Kemaskini akaun MySejahtera anda dan c...
01/02/2023

dah berikrar? rasa macam nak jadi pengikrar derma organ tapi tak tahu macam mana? Kemaskini akaun MySejahtera anda dan cari ikon Derma Organ untuk pengikrar baru dah sedia ada.

Mudah kan?

πŸ”Š π€ππšπ€πšπ‘ 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐞π₯𝐚𝐑 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 π¬πžπ›πšπ πšπ’ 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐒𝐀𝐫𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧?

Jika belum...jom daftar sekarang dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera.

Hanya 1 MINIT sahaja masa diperlukan untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Anda akan terus menerima kad ikrar digital di ruangan profil MySejahtera.

Tiada sebarang bayaran dan pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk pendaftaran.

πŸ”ΉCEPAT
πŸ”ΉMUDAH
πŸ”ΉSELAMAT

Satu Ikrar, Sejuta Harapan




Anda tahu tak kita dah boleh berikrar sebagai penderma organ di aplikasi Mysejahtera tauu..so update aplikasi Mysejahter...
14/09/2022

Anda tahu tak kita dah boleh berikrar sebagai penderma organ di aplikasi Mysejahtera tauu..so update aplikasi Mysejahtera anda dan berikrar sebagai penderma organ selepas kematian..

Dah ikrar pun tak semestinya jadi penderma..banyak lagi prosedur yang perlu dibuat sebelum pendermaan organ tersebut boleh dijalankan.

Sokonglah Pendermaan Organ di Malaysia bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan!

Ciri baharu Ikrar Derma Organ telah dilancarkan pada 6 September 2022 dalam kemas kini MySejahtera baharu (versi 2.0.5) yang membolehkan sesiapa sahaja untuk mengikrarkan atau menarik balik ikrar mereka pada bila-bila masa masa. Apabila berikrar, waris terdekat juga akan dimaklumkan.

Sambutan rakyat Malaysia adalah sangat menggalakkan. Setakat jam 3 petang, 12 September 2022, terdapat lebih daripada 4,500 ikrar dibuat pada MySejahtera. Secara purata, terdapat kira-kira 700 pengikrar penderma organ baharu sehari sejak ciri baharu ini diperkenalkan. Ia disumbangkan oleh kemudahan untuk proses ikrar dalam inisiatif baharu ini.

Maklumkan jua kepada keluarga anda berkenaan ikrar yang telah dilakukan.


Adakah anda tahu berkenaan Pendermaan Organ?
04/08/2022

Adakah anda tahu berkenaan Pendermaan Organ?

πŸŸ’πŸ— π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆπŸŸ’
πŒπˆππ†π†π” πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝟐𝟎𝟐𝟐

Kematian jantung terhenti adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit.

Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Pendermaan tisu dari individu yang meninggal dunia kerana jantung terhenti perlu diperolehi dalam tempoh 24 jam selepas disahkan kematian.

Pendermaan tisu selepas kematian mampu meningkatkan kualiti kehidupan kepada pesakit yang memerlukannya.

π˜Ώπ™šπ™§π™’π™– π™Šπ™§π™œπ™–π™£: π˜Ύπ™–π™ π™£π™– π˜Ώπ™šπ™’π™ž π™†π™šπ™π™žπ™™π™ͺπ™₯𝙖𝙣






Jom Ikrar!Kami berada di KPJ Klang 6-7 Julai 2022  untuk memberikan kesedaran pendermaan organ.Jom Ikrar sebagai pengikr...
06/07/2022

Jom Ikrar!

Kami berada di KPJ Klang 6-7 Julai 2022 untuk memberikan kesedaran pendermaan organ.

Jom Ikrar sebagai pengikrar derma organ. Anda mampu menyelamatkan lebih 10,000 pesakit yang menanti organ baru bagi kelangsungan kehidupan mereka.




KPJ KLANG Specialist Hospital
Derma Organ

Nak ikrar Derma Organ dengan lebih mudah?
29/06/2022

Nak ikrar Derma Organ dengan lebih mudah?

πŽπ‘π†π€π ππŽπ‹π„π‡ πƒπˆπƒπ„π‘πŒπ€πŠπ€π

Terdapat dua jenis pendermaan organ di Malaysia iaitu pendermaan organ selepas kematian dan pendermaan organ semasa hidup.

Organ yang boleh didermakan selepas kematian adalah:
πŸ”ΉJantung
πŸ”ΉParu-paru
πŸ”ΉHati
πŸ”ΉBuah pinggang

Organ yang boleh didermakan semasa hidup adalah
πŸ”ΈSebahagian hati
πŸ”ΈSalah satu buah pinggang

Lebih banyak organ boleh didermakan selepas kematian berbanding pendermaan organ semasa hidup.

Pendermaan organ selepas kematian dapat menyelamatkan nyawa sehingga 8 orang.

Walau bagaimanapun, berikutan kekurangan penderma organ selepas kematian menyebabkan pendermaan organ semasa hidup perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan nyawa.

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan









Pendermaan OrganSatu Ikrar Sejuta Harapan
09/05/2022

Pendermaan Organ

Satu Ikrar Sejuta Harapan

ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 πŠπ„πŒπ€π“πˆπ€π

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
🧠Kematian Otak
❀️Kematian Jantung Terhenti

Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti p**a adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Ayuh bersama-sama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan









𝐀𝐏𝐀 πŠπ€π„πƒπ€π‡ ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π?Terdapat 2 kaedah pendermaan organ iaitu:πŸ’šPendermaan  Organ Semasa HidupπŸ’šPendermaan Organ Se...
19/03/2022

𝐀𝐏𝐀 πŠπ€π„πƒπ€π‡ ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π?

Terdapat 2 kaedah pendermaan organ iaitu:
πŸ’šPendermaan Organ Semasa Hidup
πŸ’šPendermaan Organ Selepas Kematian

Seseorang boleh mendermakan lebih banyak organ dan tisu selepas kematian jika dibandingkan dengan pendermaan organ semasa hidup.

Terdapat 4 jenis organ dan 4 jenis tisu yang boleh didermakan selepas kematian.

Hanya salah satu buah pinggang dan sebahagian hati boleh didermakan semasa hidup.

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

Sumber: Derma Organ

πŸ™πŸΌTersusun rapi sepuluh jari,🌸Bunga melur si bunga melati;πŸ“Ucapan dihantar pengganti diri,πŸ’Mohon maaf setulus hati.Selam...
12/05/2021

πŸ™πŸΌTersusun rapi sepuluh jari,
🌸Bunga melur si bunga melati;
πŸ“Ucapan dihantar pengganti diri,
πŸ’Mohon maaf setulus hati.

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari kami, Unit Perolehan Organ dan Tisu HTAR KLANG.

Bersama kita amalkan norma baharu sepanjang musim perayaan ini bagi terus mengekang jangkitan COVID-19.

======
Jom Daftar sebagai Pengikrar Derma Organ dengan taipkan πŸ“©emel 'SAYA NAK IKRAR' dan hantar ke ntrc@moh.gov.my







Selamat Hari Pekerja 2021😘😘
01/05/2021

Selamat Hari Pekerja 2021😘😘

Address

Jalan Langat

41200

Telephone

+60333756041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Organ - HTAR KLANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Derma Organ - HTAR KLANG:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram