Terapi Islam Ibnu Katsir - TIIBKA

Terapi Islam Ibnu Katsir - TIIBKA Menyediakan rawatan komplimentari dengan menggunakan ayat ruqyah dan bahan semulajadi. Rawatan peny

DOA KETIKA KESUSAHAN/KESEDIHAN/UJIAN YANG BERATوَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَل...
11/11/2025

DOA KETIKA KESUSAHAN/KESEDIHAN/UJIAN YANG BERAT

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ يَقُوْلُ عِنْدَ الكَرْبِ : (( لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيمُ الحَليمُ ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمِ ، لاَ إلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ، وَرَبُّ الأَرْضِ، وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ ))
مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah S.A.W ketika mengalami kesulitan, beliau mengucapkan:

[Artinya: Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung dan Maha Santun. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, Rabb yang menguasai ‘arsy, yang Maha Agung. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah – (Dia) Rabb yang menguasai langit, (Dia) Rabb yang menguasai bumi, dan (Dia) Rabb yang menguasai ‘arsy, lagi Mahamulia]. (HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 6346 dan Muslim, no. 2730]

Jom amalkan..

Anda perlukan konsultansi Ruqyah Syari'yyah?"TERSALAH MEMBAWA PADAH"Alhamdulillah Perawatan Ruqyah kini diiktiraf oleh k...
07/05/2024

Anda perlukan konsultansi Ruqyah Syari'yyah?

"TERSALAH MEMBAWA PADAH"

Alhamdulillah Perawatan Ruqyah kini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui

✅SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

✅ TAULIAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

✅TCM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jom ke TIIBKA...JANGAN PUTUS ASA.. TERUSKAN IKHTIAR...

Assalamualaikum wbt PENDAFTARAN PESAKIT/PELAWAT TERAPI ISLAM IBNU KATSIR HANYA RM1.00 ( SATU RINGGIT SAHAJA)Bermula Dise...
03/12/2023

Assalamualaikum wbt

PENDAFTARAN PESAKIT/PELAWAT TERAPI ISLAM IBNU KATSIR HANYA RM1.00 ( SATU RINGGIT SAHAJA)

Bermula Disember 2023, pesakit/pelawat Terapi Islam Ibnu Katsir perlu mengisi KAD RAWATAN PESAKIT setiap kali hadir sesi rawatan di pusat rawatan dengan hanya bayaran pendaftaran RM1.00 sahaja.

Tiada bayaran bagi khidmat rawatan, hanya sumbangan ikhlas di tabung rawatan yang disediakan.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diatas sokongan yang diberikan.

Jazakumullahu Khairan.

Muhammed NorHezri Baharudin
Terapi Islam Ibnu Katsir

KURSUS RAWATAN PENGUBATAN RUQYAH SYAR'IYYAH............................................................................M...
15/10/2023

KURSUS RAWATAN PENGUBATAN RUQYAH SYAR'IYYAH
............................................................................
MODUL
✅ KAEDAH MERAWAT PENYAKIT FIZIKAL
-DEMAM PANAS
-PENYAKIT KULIT
-BATUK
-PENYAKIT DI DALAM PERUT

✅KAEDAH MERAWAT GANGGUAN MAKHLUK HALUS/JIN
- SIHIR
- SAKA
- ASYIK
- AIN & HASAD

✅AMALAN AMPUH BENTENG PERTAHANAN DIRI BERDASAR SUNNAH YANG SHAHIH

✅ MENYINGKAP RAHSIA KELEMAHAN JIN DAN PELEBUR SIHIR

✅ PENGENALAN PENYAKIT FIZIKAL DAN RAWATAN ALOPATI DARI DOKTOR PERUBATAN BERTAULIAH
.....................................................................
KELEBIHAN KURSUS

❇️12 KALI PERTEMUAN
❇️ RUANG KELAS YANG KONDUSIF DAN SELESA
❇️ PENYAMPAI BERTAULIAH DARI MAJLIS AGAMA ISLAM ( PERUBATAN ISLAM)
❇️ PRAKTIKAL RAWATAN INTENSIF DI PUSAT RAWATAN
❇️SIJIL FIZIKAL TAMAT KURSUS

KELAS BERMULA JANUARI 2024

WHATSAPP
017-360 3013 UNTUK PENDAFTARAN

‼️‼️TERHAD HANYA KEPADA 30 ORANG PESERTA SAHAJA, DAFTAR SEGERA!

Alhamdulillah...Kuliah Dhuha bersama muslimat Masjid Nurul Jannah Jalan Jabar Meru..Kuliah berkisar Mengapa Muslimat ser...
09/07/2023

Alhamdulillah...

Kuliah Dhuha bersama muslimat Masjid Nurul Jannah Jalan Jabar Meru..

Kuliah berkisar Mengapa Muslimat sering di ganggu makhluk halus.. Bagaimana membina perisai dari gangguannya...

Bonus.. Teknik dah kaedah rawatan untuk diri sendiri serta keluarga..

Pengijazahan 7 Rangkaian Ayat Ruqyah yang sangat ampuh dan bermanfaat sebagai ikhtiar rawatan Bi Iznillah..

Anda berminat untuk program seperti ini...
Boleh hubungi
0173603013
Muhammed NorHezri Baharudin
Founder Terapi Islam Ibnu Katsir

09/06/2023

Assalamualaikum wbt

*TAJAAN SEWA BULANAN PUSAT RAWATAN TERAPI ISLAM IBNU KATSIR ( TIIBKA)*

Dengan rasa rendah hati, saya membuka peluang dan ruang kepada sesiapa yang berhajat dan berminat untuk menaja bayaran sewa bulanan pusat rawatan Terapi Islam Ibnu Katsir.

Untuk makluman, perkhidmatan yang diberi oleh pusat rawatan ini adalah secara PERCUMA sejak ditubuhkan pada tahun 2017 sehingga kini. Pusat rawatan ini dikendalikan oleh peruqyah Muhammed NorHezri Baharudin pemegang Tauliah MAIS Perubatan Islam.

Jumlah bayaran sewa bulanan pusat rawatan ini adalah sebanyak *RM600.00* sahaja.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kepada penyumbang semua.

Bagi yang berminat untuk menaja boleh hubungi
☎️ 017 3603013 ( ustaz Hezri)

Jazakumullahu Khairan

Muhammed NorHezri Baharudin
Terapi Islam Ibnu Katsir

Mengambil semangat Perkampungan Sunnah 8 2023 "MEMBENTERAS SYIRIK, MENGHAPUSKAN KHURAFAT"...Hati- hati dan jauhi Jika ad...
02/06/2023

Mengambil semangat Perkampungan Sunnah 8 2023 "MEMBENTERAS SYIRIK, MENGHAPUSKAN KHURAFAT"...

Hati- hati dan jauhi Jika ada yang mendakwa...

⚠️Ni kaedah perubatan Islam..boleh takpe..
⚠️Ni ilmu turun temurun..mana sama dengan menuntut..
⚠️Ni ilmu Kashaf dan laduni..Sya insan terpilih..
⚠️Tak payah bagitau..saya tahu masalah dan sakit awak..
⚠️Ada Syeikh ajar aku dari mimpi..ilmu ni aku dapat dari Syeikh tu..

Cukup cukuplah dengan perkara yang karut.. Hilangkan kekeliruan! Pastikan Solid Ruqyah Syariyyah!

TARIKH KEMATIANYa.. ada apa-apa boleh saya bantu..Ustaz...betul ke saya akan mati pada tarikh sekian..waktu sekian..( mu...
28/08/2022

TARIKH KEMATIAN

Ya.. ada apa-apa boleh saya bantu..

Ustaz...betul ke saya akan mati pada tarikh sekian..waktu sekian..( muka ketakutan dan menangis tersedu-sedan)

Ha! Astaghfirullah.... Siapa cakap macam tu...

Ada ustaz bagitau saya.. saya jumpa dia untuk rawatan gangguan...dah 3 kali saya jumpa dia.. apa yang dia bagitau semua betul dan tepat.. masalah saya.. latar belakang saya..semua dia tahu...

Ye ke?

Betul ustaz.. Alhamdulillah..gangguan pon dah kurang..cuma saya takut..saya dah nak mati.. tarikh mati saya dah dekat...

Boleh saya tengok muka ustaz tu..

Ni orangnya..

Berserban..jubah... Berjanggut...putih..bersih.. persis orang warak...

Ok..camni makcik.. ikut saya Istighfar.. lepas tu syahadah...tarik nafas dalam-dalam..lepaskan perlahan-lahan ..
Itu bukan ustaz.. Tu Bomoh...apa yang dia cakap semua tipu belaka... Bohong...mengarut!

Bomoh tu tak tau perkara ghaib makcik...

Allah berfirman di dalam AL Quran

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun" ( AL Jin : 26)

Makcik.. Ajal maut itu rahsia Allah..Allah je yang tahu bila kita akan mati..

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda

" kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, *ajalnya*, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia

(H.R Bukhari no. 3208 & Muslim no. 2643)

Macam mana dia tau semua masalah makcik..makcik tak cerita ..dia tau...

Makcik.....

Nabi s.a.w bersabda..

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ يَحْيَى بْنِ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَاسٌ عَنْ الْكُهَّانِ فَقَالَ لَيْسَ بِشَيْءٍ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُمْ يُحَدِّثُونَا أَحْيَانًا بِشَيْءٍ فَيَكُونُ حَقًّا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ مِنْ الْحَقِّ يَخْطَفُهَا مِنْ الْجِنِّيِّ فَيَقُرُّهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ فَيَخْلِطُونَ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَة

Aisyah r.ha berkata, “Beberapa orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang para dukun. Baginda menjawab, ‘Mereka itu tidak ada apa-apa! Para Sahabat berkata lagi, “Wahai Rasulullah, adakalanya mereka meramalkan sesuatu dan kemudian ternyata benar! Rasulullah s.a.w. menjawab: “Itu adalah sesuatu yang benar yang didengar oleh jin kemudian dibisikkannya kepada para walinya dan mereka mencampurnya dengan seratus kedustaan.”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5762,6213), Muslim (2228), Ahmad (6/87) dan Abdur Razzaq (20347)

Makcik jangan takut ..apa yang bomoh tu kata hanya dusta.. dia tak tahu pon bila tarikh kematian makcik.. makcik teruskan kehidupan seperti biasa.. jaga amalan dan ibadah.. inshaAllah..takde apa-apa tu..

Alhamdulillah..lega makcik dengar.. kalau camtu.. makcik balik dulu.. terima kasih ustaz..

Ok..selesai rawatan...

Next patient...

Masih ada lagi yang mempercayai Dukun dan Bomoh yang terang terang melakukan syirik kepada Allah ( Menentukan tarikh kematian seseorang)

Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan pengajaran..

Muhammed NorHezri Baharudin
21/8/2022

Hukum Menggunakan Khidmat Jin.Isu: Umum mengetahui ada kalangan kita yang menggunakan khidmat jin dengan beberapa tujuan...
31/05/2022

Hukum Menggunakan Khidmat Jin.

Isu: Umum mengetahui ada kalangan kita yang menggunakan khidmat jin dengan beberapa tujuan seperti menjaga keselamatan dan perawatan. Adakah ia dibenarkan?

Jawapan ringkas:
Sebenarnya penggunaan jin tidak sunyi daripada 3 bentuk iaitu:-

1- Penggunaan jin melibatkan ahli-ahli sihir, tukang-tukang tilik, bomoh dan sesetengah pengamal tariqat sufi. Penggunaan jin dalam bentuk ini, tidak diragui lagi, adalah haram.

Sesiapa yang menggunakan jin dalam bentuk yang dinyatakan di atas, bukan sahaja berdosa, bahkan juga dosa besar dan terjerumus ke dalam pintu-pintu syirik.

2- Penggunaan jin dalam bentuk yang dilakukan oleh Nabiyullah Sulaiman a.s. Penggunaan jin yang berbentuk mukjizat, yang melibatkan kuasa yang mampu menyuruhnya melakukan apa sahaja.

Penggunaan jin dalam bentuk ini, hanyalah khusus untuk Nabiyullah Sulaiman a.s. sahaja. Malah Nabi s.a.w. juga mengiktiraf kemampuan khusus Nabi Sulaiman a.s. ini seperti dirakamkam dalam hadith berikut,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ البَارِحَةَ - أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا - لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلاَةَ ، فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي المَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ ، فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ : رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لاَ يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }
“Sesungguhnya jin ifrit menjelma untuk mengganggu solat saya, tetapi Allah Taala memberikan upaya kepada saya untuk menguasainya. Saya dapat menangkapnya dan ingin mengikatnya di tiang masjid sehingga anda semua dapat melihatnya, tetapi saya teringatkan doa saudara saya Nabi Sulaiman a.s.: Tuhan, kurniakan saya kerajaan yang tidak patut ada kepada seorang pun selepas saya.” (Sahih al-Bukhari, kitab al-Solah, no. 451)

3- Penggunaan jin berdasarkan yang dikehendaki oleh Tuhan al-Rahman; untuk merealisasikan kepentingan syarak. Misalannya,

🔖 Menyuruh mereka mentaati Allah Taala.
🔖 Meminta mereka menjadi pendakwah kalangan mereka.
🔖 Jika jin yang merasuk memeluk Islam dan menunjukkan tanda taubat nasuha, tidak menjadi kesalahan kepada penjampi untuk menyatakan, “Antara perkara yang menyempurkan taubat anda ialah menunjukkan tempat sihir.”

Sekiranya jin berupa manusia yang datang membantu kita dalam keadaan kita tidak mengenalinya, ia dibenarkan. Situasi itu bukanlah bermakna kita menggunakan khidmat jin.

Wallah a‘lam, barakallahu fikum.

Basri Ibrahim, 31/5/2022.

Address

LOT 2455B, Jalan TELUK KAPAS, KAMPUNG RANTAU PANJANG
Klang
42100

Telephone

0173603013

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapi Islam Ibnu Katsir - TIIBKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram