12/10/2018
Hair Torniquet Syndrome
==================
Baru tadi, seorang bayi 5 bulan dibawa ke hospital atas sebab jarinya sudah pun mati (necrosis)
Dijemput ibubapa dari pengasuh setelah tamat kerja. Ketika itu, bayi sudah pun disiapkan oleh pengasuh untuk tidur. Lengkap berpakaian tidur, beserta sarung tangan dikedua belah tangan.
Keesokan paginya, ingin dimandikan dan disiapkan sebelum dihantar ke pengasuh.
Sarung tangan kiri dibuka. Kelihatan jarinya yang sudah pun HITAM! 😱
Segalanya disebabkan oleh benang sarung tangan secara tidak sengaja terlilit di jari tengah bayi tersebut. 😰
Ibubapa terkejut, lalu dibawa bayi ke hospital. Namun, segalanya sudahpun terlambat. 😰😰😰
Jarinya sudahpun mati dan tak boleh dikembalikan. Bayi tersebut dijangka menjalani pembedahan membuang jarinya yang telahpun mati itu.
Pesanan untuk Ibubapa : Sila periksa jari anak-anak anda yang dipakaikan sarung tangan / sarung kaki. Jangan biarkan tangan dan kaki tertutup lama.
Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman
Pegawai Perubatan
Klinik Perubatan Ikram, Gong Badak
"Towards Healthier Ummah, With Rahmah"
Kearah Ummah Sihat, Dengan Rahmah"
FB Page kami : https://www.facebook.com/kpikramhq
Twitter kami : https://twitter.com/KlinikIkram?s=08
Instagram kami : https://www.instagram.com/kpikram2018/
*Gambar berkenaan dipetik daripada sumber internet*