23/06/2021
Dulu masa umur 7 tahun pernah sekali masuk ambulan. Sebab makan tembikai sebiji tak ingat orang. Semput terus 😂
Lepas tu terus takut nak makan tembikai. Lepas dah besar sikit, baru makan balik. Antara buah yang banyak jual dan senang dapat sepanjang tahun. Jom kenal-kenal dengan tembikai.
1 cawan tembikai potong ada 46 kalori sahaja. Banding dengan buah lain, ia antara yang rendah kalori. Boleh amal selalu.
Isi tembikai ada 92% air. Memang sangat bagus untuk hidrasi badan. Cukup air buat metabolisme dan organ badan sihat.
Kandungan elektrolit seperti potassium dan magnesium p**a kurangkan kekejangan otot dan strok haba.
Tembikai kaya dengan lycopene. Lycopene ni antara antioksida yang kuat. Kuat sampai kajian kaitkan dengan pengurangan risiko kanser.
Berdasarkan kajian di Purdue University, lycopene bantu kurangkan tekanan darah dan risiko sakit jantung.
Tembikai juga tinggi dengan vitamin C dan Vitamin A. Vitamin yang bantu tingkatkan imun sistem badan. Bantu hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.
Vitamin C juga baik untuk penghasilan kolagen yang baru. Awet muda gitu.
Yang menarik tentang tembikai lagi ialah ia ada citrulline. Ia bantu pengaliran darah badan. Untuk lelaki, boleh tingkatkan kesihatan batin.
Bila pengaliran darah tak bagus p**a boleh sebabkan jari tangan dan kaki selalu kebas.
Tak lupa juga, kandungan serat dalam tembikai juga tinggi. Yang ada masalah sembelit memang bagus. Amalkan hari-hari boleh bantu lancarkan penghadaman.
Serat dan air yang banyak, kombinasi untuk kenyang lama.
Cari sebiji letak kat rumah. Boleh potong dan makan terus, boleh buat jus dan sedap juga buat aiskrim.
Kita usahakan 2 hidangan buah sehari ya. Ada peminat tembikai tak?
Rafsanjani Zainal