09/06/2025
𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐔𝐏𝐒𝐈
Farmasi Rohma Tunjung merakamkan rasa dukacita atas tragedi yang menimpa warga UPSI. Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa.
Semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.
𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐑𝐇𝐀𝐈𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐏𝐒𝐈
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan penuh rasa dukacita dan simpati, kami warga Poliklinik Al-Farhain 24 Jam ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa serta seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas pemergian 15 orang penuntut UPSI dalam satu kemalangan tragis di Gerik, Perak pada 9 Jun 2025.
Kehilangan besar ini pastinya memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa, malah kepada seluruh warga institusi pendidikan tinggi negara.
Kami mendoakan agar roh semua mangsa dikurniakan husnul khatimah, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga keluarga dan sahabat yang ditinggalkan diberi kekuatan, ketabahan dan reda menghadapi ujian yang amat berat ini.
Salam takziah dari kami semua di Poliklinik Al-Farhain.