10/10/2024
๐๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐ฆ๐๐ ๐ก๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ข๐ฆ๐?
Tahukah anda semua, bahawasanya kita di lahirkan dengan 3 sifat otak yang mana di guna pakai mengikut situasi dan keadaan yang sedang kita alaminya.
Untuk perkongsian pagi ni sempena Hari Sambutan Kesihatan Mental Sedunia, jadi saya tertarik untuk berkongsi satu ilmu yang saya rasa sangat unik dan mampu memberi kefahaman pada kita kenapa diri kita bertindak sedemikian rupa.
Bacalah sampai habis dan cuba fahami supaya kita dapat mengenal sedikit sebanyak tentang SIAPA KITA ketika tindakan itu diambil.
Kita semua ada 3 jenis otak yang berfungsi bersama โ otak reptilia untuk naluri, otak mamalia untuk emosi, dan intelligence brain untuk pemikiran logik. Setiap hari, kita bergantung pada ketiga-tiganya! ๐ก
Contohnya, bila kita rasa takut secara tiba-tiba, itu otak reptilia kita bertindak untuk lindungi kita. Bila kita rasa sayang kat keluarga, itu otak mamalia kita bekerja. Bila buat keputusan bijak, intelligence brain kita yang tolong fikir.
Jom kita pergi lebih details untuk kita lebih faham..
Tiga jenis otak manusia iaitu otak reptilia, otak mamalia, dan intelligence brain yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak, dan membuat keputusan dalam kehidupan harian.
1. Otak Reptilia (Reptilian Brain)
Ini adalah bahagian otak yang paling asas dan primitif. Ia mengawal fungsi asas seperti kelangsungan hidup, naluri, dan reaksi automatik. Contohnya, apabila kita terkejut atau takut, kita mungkin bertindak balas secara spontan tanpa berfikir panjang, seperti melompat atau berlari apabila nampak ular. Otak reptilia ini bertindak untuk memastikan kita selamat.
2. Otak Mamalia (Mammalian Brain)
Otak ini berkaitan dengan emosi dan ikatan sosial. Ia mempengaruhi bagaimana kita merasakan perasaan seperti kasih sayang, kemarahan, atau kegembiraan. Sebagai contoh, apabila kita berada bersama keluarga atau kawan baik, kita rasa selesa dan tenang. Inilah otak mamalia yang mengawal perasaan kita dan hubungan sosial dengan orang lain.
3. Intelligence Brain (Neocortex)
Bahagian ini lebih moden dan bertanggungjawab untuk pemikiran rasional, kreativiti, dan perancangan masa depan. Sebagai contoh, apabila kita membuat keputusan besar seperti memilih kerjaya, menabung untuk masa depan, atau merancang percutian, kita menggunakan intelligence brain ini untuk berfikir secara logik dan membuat keputusan bijak.
Kesimpulannya, ketiga-tiga jenis otak ini berfungsi bersama untuk membantu kita bertahan, membina hubungan sosial, dan mencapai impian.
Memahami cara otak ini bekerja boleh membantu kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik dan membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan.
Jadi, hargailah setiap bahagian otak kita yang istimewa ni! ๐"
SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA BUAT SEMUA SAHABAT DI MUKA BUKU.
Satu quote yang menarik saya untuk saya kongsikan di sini adalah;
"Mental health is not a destination, but a process. It's about how you drive, not where you're going."
โ Noam Shpancer, mengingatkan kita bahawa menjaga kesihatan mental adalah perjalanan yang berterusan, bukan hanya satu matlamat akhir.
Semoga dapat sesuatu dari perkongsian saya pagi ni.. Banyak kan membaca dan belajar lah mengenali SIAPA DIRI KITA dari kita bercakap tentang isu hot tentang ORANG LAIN di media sosial... It's a choice..but usahakan pilihan bacaan kita yang memberi manfaat pada diri dan generasi kita ๐
Terus follow saya, Like & Share perkongsian saya dan semoga ia jadi pahala jariah yang berpanjangan โฅ๏ธ
Coach Kehidupan Anda,
Zia Bahori ๐๐น
10/10/2024 | Khamis