Produk Baby & Mum Story

Produk Baby & Mum Story Pengeluar, pemborong dan peruncit barangan penjagaan kesihatan ibu dan bayi. Produk kesihatan herba dan kosmetik. Call / whatsApp 019-2588578 @ 016-7551877

15/02/2023

Mercedes E-Class (E-Executive)

26/09/2022
25/09/2022
25/09/2022
25/09/2022
24/09/2022
24/09/2022

Abang, susu anak kita dah habis"

"Oh yeke? J*p saya tengok ada duit tak"

Saya buka dompet. Allahu. Ada seringgit dua je.

Masa tu, saya dan isteri tinggal di Kedah. Kami baru ada seorang anak. Kakak sulung ifa inilah.
"Macamana ek? Allah.."

Kami berdua diam. Tak tahu nak cakap apa. Anak terus menangis. Tak mahu diam.

Tanpa sedar, tiba-tiba mata kami berdua basah dengan airmata. Hati remuk dengan ujian-ujian hidup yang nak ditempuh. Sudahlah saya dan isteri seharian lapar, belum makan lagi.

Isteri pegang tangan saya.

"Jom kita bawa dia jalan-jalan. Nanti dia penat dia tidurlah"

Saya dukung anak. Kami berjalan-jalan di Pekan Jitra tanpa arah. Anak masih menangis tapi tak kuat dah. Isteri setia disisi.

Sedang jalan, nampak pasaraya besar. Keluar masuk orang beli baju. Beli barang rumah.

Lalu depan kedai makan, nampak sekeluarga gembira menjamah jamuan makan malam mereka.

Allah. Allah. Berat perasaan ni. Berat sangat. Nak berlari balik dan duduk saja dalam bilik.

Bila penat, kami duduk dan rehat.

Isteri menyandarkan kepalanya ke bahu. Dia bagitahu sesuatu. Yang sampai hari ini, kalau saya down, saya selalu ingatkan itu.

"Abang, kita kahwin sebab Allah kan? Sebab Allah kan?"

Tiba-tiba, ada panggilan masuk.

"Amat, kat mana? Ni umi ayah baru sampai Kedah. Tiba teringat kat anak umi ni"

"Oh. Kami di Pekan Jitra"

"Takpa. Umi ayah ke sana ambil amat dan siti"

Mak ayah datang ambil kami. Ayah hulur RM300. Ayah ajak ke pasaraya. Beli barang keperluan. Saya ambil susu dengan penuh syukur.

Kalian,
Asa paling hujung, asa yang dipegang terus pada Tuhan setiap masa.

Dan, itulah hikmah berumahtangga.

Allah yang pertama.

Allah juga yang terakhir.

Jalanilah satu-satu kesakitan dan kepahitan dalam membina bahagia kita.

Percayalah pada rezeki yang sedang ditakdirkan.

Jangan terputus tali dengan Allah lagi.

Kuat dan hidupnya jiwa suami isteri itu, adalah dari rahmat Allah yang memberi.

Hari ini, kami bangun dan berdiri bersaksikan banyaknya nikmat ilahi,
Dari belasan tahun tidur berairmata menahan saktnya hidup ini.

Terima kasih Allah.🤲

Sumber: FB Abu Hurairah Roslan

18/09/2022

Good morninggg

08/09/2022
07/09/2022
04/08/2022
15/07/2022

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang s**a gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Sumber : Baitus Solehah

Good morninggg
23/04/2022

Good morninggg

Twins ❤️

Address

Kota Bharu

Telephone

+60167551877

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Produk Baby & Mum Story posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Produk Baby & Mum Story:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram