01/04/2026
1 April 2026- Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) telah mengadakan pameran sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026. Pameran ini diadakan di laluan Farmasi, Hospital Pakar USM.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi & Onkologi, Hospital Pakar USM.
Pihak kami mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat yang datang ke hospital. Hasilnya, kita dapat berkongsi dan menyebarkan info yang berkaitan dengan kanser payudara.
Pempamer juga telah menerima kunjungan Pengarah Hospital Pakar beserta pengiring untuk melawat gerai pameran serta menyampaikan Sijil penyertaan sebagai penghargaan kerana menyertai program tersebut.