13/03/2022
CARA MENGAWAL KELEGAAN GASTRIK
Semasa serangan gastrik berlaku, anda mungkin mengalami rasa tidak selesa atau rasa sakit yang mendadak dan membuatkan anda panik. Sekiranya hal ini terjadi, terdapat beberapa cara mengawal gastrik yang boleh dibuat sendiri di rumah yang dapat mengurangkan gejala yang anda alami dan membantu anda untuk rasa lebih selesa.
Antara:
SERBUK PENAIK SODA
Sifat kealkalian yang terdapat dalam serbuk penaik soda dapat membantu meneutralkan keasidan yang tinggi dalam perut serta mengembalikan keseimbangan pH dalam perut seterusnya meredakan keradangan yang berlaku pada lapisan perut. Ia bertindak sebagai antasid yang memberi kelegaan yang cepat semasa serangan gastrik berlaku.
AIR SUAM
Minum air suam dapat melegakan saluran pencernaan dan memudahkan proses pencernaan yang berlaku dalam perut anda.
MADU
Ambil madu yang dicampur ke dalam air kosong dan diminum ketika serangan gastrik berlaku. Madu mempunyai sifat anti-bakteria dan anti radang yang boleh membunuh jangkitan bakteria H.pylori yang menyebabkan keradangan pada lapisan perut serta memberi kelegaan kepada lapisan perut yang terengsa dek asid perut.
TEH HIJAU
Teh hijau kaya dengan kandungan anti-oksidan yang berfungsi untuk melindungi lapisan dinding perut daripada mengalami keradangan.
GETAH MASTIK
Kunyah sekeping getah mastik setiap kali anda merasakan gejala gastrik. Ubat ini berfungsi dengan baik dalam kes gastrik yang bukan disebabkan oleh jangkitan bakteria H.pylori. Getah mastik sering digunakan untuk merawat ulser gastrik kerana dapat membantu menstabilkan asid perut dan juga melindungi lapisan perut.
YOGURT
Yogurt kaya dengan probiotik yang terkenal sebagai bakteria baik. Dalam kes gastrik yang disebabkan oleh jangkitan bakteria H.pylori, anda disarankan untuk mengambil yogurt kerana kandungan probiotiknya mampu melawan dan membunuh bakteria H.pylori yang bersarang dalam perut anda seterusnya memberi kelegaan kepada gejala gastrik anda.
ROSEMARY
Masukkan sesudu teh rosemary ke dalam air panas selama beberapa minit, kemudian tapiskan serdaknya dan minum teh herba ini ketika serangan gastrik berlaku. Rosemary mempunyai sifat anti-oksidan dan anti-radang, yang berfungsi untuk mencegah serta merawat ulser perut yang boleh menyebabkan perkembangan gastrik jika tidak dirawat.
CUKA EPAL
Cuka epal bertindak mengurangkan penghasilan asid tambahan dalam perut dan mengembalikan kestabilan pH dalam perut. Ia juga mampu membunuh bakteria H.pylori yang bertanggungjawab menyebabkan lapisan perlindungan pada dinding perut menjadi lemah yang menjadi punca asid perut menghakis dinding perut seterusnya mengelakkan keradangan daripada menjadi lebih teruk.