01/11/2017
Assalamualaikum YDH Dato' KP KN/Timb. KP KN/Tuan/Puan
*CERAMAH BULANAN SEMPENA MAAL HIJRAH PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN 2017/1439H*
*Tarikh* : 30 Oktober 2017
*Hari* : Isnin
*Masa* : 11.00pg hingga1.00 ptg
*Tempat* : Dewan Latihan tingkat 9
IPK Kelantan
*Penceramah : Ybhg Dr. Mohd Alwee bin
yussof ( Pensyarah kanan UM Nilam
Puri)*
*Tajuk : Hijrah Jiwa Raga*
*Tujuan:*
Bagi menerapkan elemen agama dan penghayatan nilai-nilai murni kepada warga PDRM sempena dengan Maal Hijrah dibawah elemen pembudayaan integriti.
*Objektif*
-Meningkatkan integriti warga PDRM
melalui elemen agama.
-Menyuntik semangat kesedaran hijrah bagi pengislahan dalam kehidupan.
-Membudayakan ilmu dalam kehidupan sebagai kunci kejayaan dan kecemerlangan.
*Kehadiran*:
peserta yang terdiri daripada Pegawai Polis, APR, Peg.Awam yang meliputi warga PDRM Kontinjen Kelantan.
*Intipati/Rumusan*
-Hijrah adalah satu peristiwa yang besar dan mempunyai ibrah yang besar kepada manusia.
-Pengertian hijrah dari segi bahasa dan pengertian hijrah luas dalam konteks semasaiaitu hijrah mendrjatkan diri kepada Allah swt. Dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt.
-Hijrah daripada maksiat menuju kepada ketaatan kepada Allah swt.
-Hijrah juga ialah hijrah daripada akhlak yang mazmumah kepada akhlak yang mahmudah.
-Bagaimana nak berhjirah? Nak berhijrah perlu kepada muhasabah diri iaitu cek hati.
-Payah untuk berubah ialah kerana hati yang keras disebabkan hati seseorang itu mati dan diantara tanda- tanda hati seseorang itu mati ialah :
1)Meninggalkan solat
2)Terus menerus melakukan maksiat
3)Benci kepada kebaikan
4)Tidak takut mati dan hari akhirat
Semoga kita semua dapat membuka minda dan menyuntik kesedaran dalam diri untuk melakukan perubahan sebelum ajal.kerana setiap apa yang kita lakukan akan dikira oleh Allah swt walaupun sebesar zarah.
*Majlis penyapaian cenderahati penceramah*
Oleh : Ydh ASP Zainudin bin Ahmad
Bahagian Integriti dan pematuhan Standard IPD Kota Bharu
Wakil Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Kn.
Majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Untuk makluman YDH Dato' KP KN/Timb. KP KN/Tuan/Puan.
Terima kasih.