05/04/2019
*** Terbukti Secara Klinikal ***
Penyakit gusi berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda amaran, gejala atau kesakitan sehingga ia melarat ke peringkat yang teruk. Apabila penyakit ini bermula, ia tidak akan sembuh sehingga dirawat dengan sewajarnya. Empat daripada lima remaja dan orang dewasa menghadapi masalah ini, namun kebanyakan orang tidak menyedarinya langsung!
Ciri-Ciri Produk
Dengan tindakan yang pantas dan terbukti berkesan menentang mikroorganisme dalam mulut, ubat kumur mulut Chlorhexidine sememangnya merupakan pilihan #1 doktor-doktor gigi. Antiseptik oral berstatus "Emas" ini dilengkapi spektrum yang luas bagi menentang bakteris, yis, kulat, sesetengah protozoa, alga dan virus. Chlorhexidine mempunyai keberkesanan intrinsik yang tinggi dan tindakan "residual" yang mampu bertahan lama.
Oradex Antibacterial Mouthwash mengandungi 0.12% Chlorhexidine Gluconate, tanpa alkohol dan paraben. Ia adalah pilihan utama bagi mencegah dan merawat penyakit periodontal, gusi bengkak dan berdarah, ulser mulut serta pelbagai jangkitan mulut dan tekak.
Penggunaan & Manfaat
Mencegah pembentukan plak gigi
Merawat gingivitis, ulser mulut, sakit tekak
Mempercepatkan penyembuhan selepas pembedahan mulut, implan gigi, pencabutan gigi dan pembedahan periodontal
Mengawal jangkitan dan mengurangkan risiko bahan cemar aerosol (bawaan udara) semasa pembedahan gigi
Sesuai untuk semua peringkat umur dan mereka yang sensitif terhadap alkohol
Mudah digunakan, melegakan dan menyegarkan mulut tanpa sebarang rasa ketidakselesaan akibat kandungan alkohol.