08/06/2020
MASAKAN MELAYU 🧐
Apa khabar buat anda semua? Hari ini kamu akan kongsikan tentang masakan melayu yang anda perlu tahu. Apa yang dinikmati kita hingga ke hari ini adalah merupakan turun temurun nenek moyang kita yang sekian lama.
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.
Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekali gus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) Tidak dapat dipastikan bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Kep**auan Melayu
Menarik bukan? Jangan lupa untuk terus ikuti kami. Like, komen dan share maklumat ini kepada orang ramai!
Sentiasa ikuti kami di FB Page:
https://www.facebook.com/chefdanimagicpaste/