Kelulut Brainey

Kelulut Brainey Technology-Driven Honey Brand

22/12/2025

Ramai ibu bapa perasan anak mereka kerap jatuh sakit; batuk dan selsema berulang, cepat demam, mudah letih walaupun makan minum nampak mencukupi.

Dalam sains kesihatan, perkara ini sering dikaitkan dengan kesihatan usus.
Kajian menunjukkan sekitar 70% sistem imun manusia berada di usus, di mana bakteria baik berperanan besar dalam melatih dan mengawal tindak balas imun badan.

Apabila usus tidak sihat, contohnya akibat pengambilan gula berlebihan, makanan proses, atau kurang serat; keseimbangan bakteria baik akan terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan sistem imun menjadi lebih lemah dan kurang cekap melawan jangkitan.

Penyelidikan dalam bidang mikrobiom juga menunjukkan bahawa bakteria baik di usus membantu:
• menghalang pembiakan bakteria berbahaya
• mengurangkan keradangan dalam badan
• menyokong penghasilan sel-sel imun

Sebab itu, pakar kesihatan kini menekankan bahawa penjagaan imun perlu bermula dengan penjagaan usus.

Oleh itu, bila saintis di Brainey kaji, Kelulut Brainey mampu menyokong kesihatan usus secara semula jadi kerana ia mengandungi:
• komponen probiotik semula jadi
• prebiotik yang menjadi makanan kepada bakteria baik
• antioksidan tinggi yang membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan

Apabila usus berada dalam keadaan lebih seimbang, sistem imun anak dapat berfungsi dengan lebih optimum. Ini membantu anak menjadi lebih tahan sakit, lebih cergas dan pulih dengan lebih baik.

Sebagai pengkaji dalam bidang neurosains dan kesihatan, pendekatan ini selari dengan pemahaman sains moden bahawa usus yang sihat adalah asas kepada sistem imun yang kuat.

Jom jaga usus dengan Kelulut Brainey 💪🏻

13/12/2025

Kenapa Madu Kelulut Brainey Lain Dari Yang Lain?

Di Brainey, kami percaya kualiti madu bermula jauh sebelum madu dituai.
Sebab itu setiap produk Madu Kelulut Brainey dijaga melalui 5 piawaian kualiti utama:

1️⃣ Spesies Kelulut Terpilih
Kami hanya gunakan spesies kelulut yang sama dan tidak bercampur dengan spesis lain supaya madu yang dihasilkan konsisten nutrisi dan berkualiti tinggi. Bukan semua jenis kelulut beri kesan kesihatan yang sama.

2️⃣ Persekitaran Ternakan Bersih & Terkawal
Lokasi ternakan bebas pencemaran, jauh dari racun dan bahan kimia supaya lebah menghasilkan madu yang semula jadi dan selamat.

3️⃣ Proses Tuaian Beretika di mana madu yang dituai hanya dari kaset madu bukan dari batang atau log kayu. Kita nak pastikan madu yang dihasilkan tidak berlaku kontaminasi.
4️⃣ Proses Tuaian Berperingkat
Madu hanya dituai apabila cukup matang, tanpa merosakkan koloni atau mencampurkan madu mentah dan air.

5️⃣ Kawalan Kualiti Dari Ladang Ke Botol
Setiap batch ditapis, diuji dan dibotolkan dengan teliti supaya khasiat, enzim dan antioksidan kekal terpelihara.

✨ Kerana matlamat kami satu:
Kami mahu Tuan/Puan yang beramal dengan Madu Kelulut Brainey, inshaaAllah semakin sihat, bertenaga dan ceria, bukan sekadar minum madu… tetapi menikmati manfaat sebenar madu berkualiti.

Brainey memilih yang terbaik kerana anda layak mendapat yang terbaik. 🍯💛

11/12/2025

11.12.2025

Di hari yang bermakna ini, kita meraikan ulang tahun ke 5 Brainey, jenama madu kelulut terbitan USM yang diasaskan oleh Dr Zulkifli Mustafa.
Perjalanan ini bermula dengan satu aspirasi yang jelas iaitu membawa madu kelulut berkualiti tinggi ke tempat yang selayaknya; bukan sekadar sebagai makanan, tetapi sebagai satu bentuk rawatan berasaskan sains dan wahyu, selaras dengan firman Allah dalam Surah An Nahl ayat 69 bahawa madu adalah penawar bagi manusia.

Kita tahu kajian saintifik telah lama menunjukkan bahawa madu mempunyai manfaat luar biasa. Namun persoalan besar masih timbul: mengapa ia belum digunakan sebagai rawatan arus perdana di hospital?

Di sinilah perjuangan Brainey bermula. Kami komited menghasilkan madu kelulut yang benar benar berkualiti dengan usaha konsisten dalam kajian klinikal, pengukuhan rantaian bekalan, pengurusan ladang yang sistematik dan proses lepas tuai dalam ekosistem bertaraf antarabangsa.

Bagi kami, Kelulut Brainey bukan sekadar produk. Ia adalah misi untuk membawa sains, wahyu, integriti dan ketulenan sebenar ke dunia madu. Segala usaha ini dilakukan agar anda dapat menikmati madu kelulut yang terjamin kualiti, nutrisi dan keberkesanannya. ❤️

Ayuh bersama Brainey dalam perjuangan ini. Dapatkan Kelulut Brainey hari ini !

wa.me/601120627736




11/12/2025

Bersempena dengan ulang tahun Brainey yang Ke-5, kami memberi harga istimewa untuk semua pelanggan setia selama seminggu sahaja, bermula 11 hingga 18 Disember 2025.

✨DISKAUN 5% untuk setiap pembelian Kelulut Brainey 270g atau 680g
✨POTONGAN RM50 jika anda beli kedua-dua botol Kelulut Brainey 270g dan 680g
✨Penghantaran adalah PERCUMA

Jangan lepaskan peluang istimewa ini, hubungi kami sekarang!

wa.me/601120627736

Kewujudan Brainey sebagai syarikat terbitan USM dalam misi membantu masyarakat menjaga kesihatan melalui pengambilan mad...
11/12/2025

Kewujudan Brainey sebagai syarikat terbitan USM dalam misi membantu masyarakat menjaga kesihatan melalui pengambilan madu kelulut asli kini genap 5 tahun. Sejak hari pertama, kami berjuang memastikan setiap botol yang anda terima kaya dengan khasiat madu kelulut dan kualiti yang terjamin melalui inovasi yang dihasilkan seperti Sistem HILDA untuk pemurnian madu, Haif MUSTAFA untuk penternakan lebah lestari serta Sistem KEIFh untuk menguji keaslian madu kelulut.

Terima kasih kerana terus mempercayai Brainey dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini ❤️

Bersempena dengan ulang tahun Brainey yang Ke-5, kami memberi harga istimewa untuk semua pelanggan setia selama seminggu sahaja, bermula 11 hingga 18 Disember 2025.

✨DISKAUN 5% untuk setiap pembelian Kelulut Brainey 270g atau 680g
✨POTONGAN RM50 jika anda beli kedua-dua botol Kelulut Brainey 270g dan 680g
✨Penghantaran adalah PERCUMA

Jangan lepaskan peluang istimewa ini, hubungi kami sekarang!

Tekan link ini untuk dapatkan Kelulut Brainey sekarang!

wa.me/601120627736

09/12/2025

Ramai orang ingat anxiety datang dari minda saja, tapi hakikatnya banyak kali ia bermula dari apa yang kita makan.
Bila usus kita terganggu atau inflamed, hormon tenang seperti serotonin dan GABA jadi tidak stabil, dan itu boleh buat emosi kita lebih mudah cemas, cepat panik atau rasa overthinking tanpa sebab. Sebab itu saintis panggil usus sebagai “second brain” kerana bila usus tenang, otak pun ikut tenang.

Ada beberapa makanan yang terbukti membantu menstabilkan hubungan antara usus dan otak. Antaranya ialah:
1. Pisang membantu naikkan serotonin.
2. Dark chocolate menurunkan inflamasi otak.
3. Yogurt probiotic menambah bakteria baik.
4. Kekacang membekalkan magnesium yang stabilkan saraf.
5. Dan yang paling lengkap, madu kelulut, satu functional food yang secara semula jadi kaya dengan probiotik, polifenol, flavonoid, antioksidan dan asid organik. Semua ini bekerjasama mengurangkan keradangan, menstabilkan hormon, menaikkan BDNF dan membantu menenangkan sistem saraf.

Kadang anxiety bukan salah kita. Ia cuma cara badan memberi signal bahawa usus kita perlukan sokongan untuk kembali stabil. Kalau kita rawat usus dari akar, emosi pun akan lebih tenang dan terkawal.

Kalau anda nak belajar makanan yang boleh bantu stabilkan anxiety melalui sains mudah, follow Brainey sekarang!

06/12/2025

Ramai yang tercari-cari apa punca yang menyebabkan jantung berdebar secara tiba-tiba, perasaan risau dan cemas yang tidak terkawal dan pelbagai emosi negatif yang lain.
Ramai juga anggap itu masalah emosi semata-mata.
Tapi sebenarnya, apa yang berlaku dalam usus jauh lebih berpengaruh daripada apa yang kita fikirkan.

Usus bukan sekadar tempat hadam makanan tetap ia juga pusat penghasilan hormon tenang seperti serotonin dan GABA. Bila usus terganggu, otak akan terima “signal bahaya” walaupun hidup kita sebenarnya okay.

Dan paling ramai tak sedar, 2 jenis makanan inilah punca anxiety dalam kebanyakan orang;

1. MAKANAN TINGGI GULA punca utama pencetus ‘sugar crash’ yang menjadi trigger kepada anxiety.

Bila kita makan makanan manis, gula darah naik mendadak… dan jatuh mendadak.
Bahagian jatuh inilah yang paling bahaya kerana badan anggap ia situasi kecemasan.

Apa berlaku waktu itu?

• hormon stress naik
• jantung mula laju
• muncul rasa gelisah / takut tanpa sebab
• dan dalam kes tertentu, boleh cetus panic attack.

2. FAST FOOD DAN MAKANAN PROSES.

Makanan proses yang rendah fiber dan tinggi lemak trans memberi kesan terus kepada microbiome usus.
Bila bakteria baik berkurang, bakteria jahat menguasai, dan tubuh mula hasilkan toksin LPS (lipopolysaccharides).

LPS tinggi menyebabkan:

• inflamasi dalam usus
• ‘barrier’ usus jadi lemah
• signal inflamasi naik ke otak
• mood jadi tak stabil, mudah gelisah
• otak lebih sensitif terhadap stress kecil

Dalam banyak kajian neuroscience, LPS terbukti menjadi salah satu “pencetus diam-diam” kepada anxiety dan depression.

Dan kebanyakan orang tak sedar mereka mengalaminya setiap kali makan makanan proses.

Kesimpulannya…

Kadang-kadang anxiety yang muncul bukan masalah minda semata-mata tapi masalah fisiologi usus yang terganggu oleh gula berlebihan dan makanan proses.

Bila usus inflamed, hormon tenang seperti serotonin & GABA menurun.
Dan pada saat itu, otak mula hantar signal bahaya walaupun hidup kita sebenarnya tak ada ancaman pun.

Inilah sebab mengapa menjaga pemakanan adalah langkah paling penting untuk stabilkan anxiety, sebelum apa-apa intervensi lain.

Jom makan sihat untuk otak lebih tenang.

Kelulut Brainey sekali lagi digunakan untuk kajian klinikal. USM melalui AnNaHL menerima madu kami untuk tujuan clinical...
06/12/2025

Kelulut Brainey sekali lagi digunakan untuk kajian klinikal. USM melalui AnNaHL menerima madu kami untuk tujuan clinical research, dan inilah bukti paling kuat kenapa Kelulut Brainey berbeza daripada madu kelulut biasa di pasaran. Batch madu yang dihantar kepada penyelidik USM adalah batch yang sama dijual kepada pengguna, menjadikan kualiti Brainey setaraf clinical-grade honey tanpa versi “special” untuk kajian sahaja. Setiap batch diuji untuk trehalulose, antioksidan, keaktifan enzyme (melalui sistem KEIFh dan UPLC). Semua ini ialah komponen bioaktif yang menyokong kesihatan otak, imun, anti-radang dan tenaga. Tidak semua madu kelulut di pasaran memenuhi standard konsistensi dan kestabilan yang diperlukan untuk penyelidikan universiti, tetapi Brainey diterima kerana kualitinya yang terjamin, piawaian kebersihan yang ketat, serta proses penternakan dan penuaian yang terkawal. Dengan memilih Kelulut Brainey, anda sebenarnya memilih madu kelulut yang diiktiraf penyelidik, disokong data saintifik, dan benar-benar boleh dipercayai untuk kesihatan jangka panjang anda dan keluarga. PM kami untuk dapatkan madu kelulut yang sama digunakan dalam kajian USM.

05/12/2025

Ada beberapa orang sahabat pernah bercerita kepada saya yang mereka hairan kenapa setiap kali perut mereka bergas, pedih atau tak selesa… anxiety terus “naik” tanpa amaran. Sebenarnya, ini bukan kebetulan. Bila saya mula memahami kaitan usus dan otak, rupa-rupanya bila usus berada dalam keadaan ketidaksatbilan gut microbiome, bakteria gram negatif akan melepaskan LPS, toksin halus yang boleh meresap masuk ke darah dan bergerak ke otak melalui saraf vagus dan lipoprotein. Apabila LPS sampai ke otak, microglia (askar pertahanan otak) menjadi terlalu aktif dan mencetuskan keradangan atau neuroinflammation. Inilah yang buat sambungan neuron lemah, otak rasa cloudy, cepat penat, dan emosi jadi sensitif. Ramai sangka mereka “lemah semangat”, sedangkan tubuh sebenarnya sedang memberi isyarat bahawa usus tidak sihat. Saya nasihatkan untuk mereka mula baiki keradangan di perut supaya amygdala kembali tenang dan simptom seperti overthinking, susah tidur dan rasa tak selamat perlahan-lahan berkurang.
Alhamdulillah sejak mereka ubah corak pemakanan yang lebih sihat, gut microbiome semakin baik dan simptom-simptom anxiety semakin berkurangan.
Jadi satu cara paling mudah untuk kurangkan keradangan adalah mula stabilkan gut microbiome dengan makanan anti-keradangan seperti Madu Kelulut Brainey yang tinggi probiotik dan prebiotik, trehalulose & antioksidan. Nutrisi ni dapat bantu redakan keradangan usus & sokong keseimbangan bakteria baik.

Dapatkannya sekarang di ruangan komen di bawah 😉

𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗦 𝗔 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗜𝗙𝗜𝗖𝗔𝗡𝗧 𝗠𝗜𝗟𝗘𝗦𝗧𝗢𝗡𝗘 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗧𝗛𝗘 𝗛𝗜𝗟𝗗𝗔 𝗦𝗬𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗛𝗔𝗡𝗗𝗢𝗩𝗘𝗥𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘒𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘳, 29 𝘕𝘰𝘷𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2025 - Today, Kamp...
02/12/2025

𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗦 𝗔 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗜𝗙𝗜𝗖𝗔𝗡𝗧 𝗠𝗜𝗟𝗘𝗦𝗧𝗢𝗡𝗘 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗧𝗛𝗘 𝗛𝗜𝗟𝗗𝗔 𝗦𝗬𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗛𝗔𝗡𝗗𝗢𝗩𝗘𝗥

𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘒𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘳, 29 𝘕𝘰𝘷𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2025 - Today, Kampung Beluru celebrated a significant milestone for community socioeconomic development with the handover ceremony of a honey dehydration system, HILDA System by Brainey Sdn. Bhd. for the Kelulut Honey project under the “Santuni Madani (Program Satu Pemimpin Satu Kampung)” programme. Among those present were Datuk Mohd Ariff Abdul Majid, Menteri Besar Perak’s Special Officer; Mr Junady Nawawi, TERAJU’s Chief Executive Officer; Mr Syed Abdullah, the head of Kampung Beluru’s Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); and Dr Mohd Zulkifli Mustafa, the founder of Brainey Sdn. Bhd., which is a spin-off company of Universiti Sains Malaysia (USM).

The ceremony was officiated by Mr Junady Nawawi, TERAJU’s Chief Executive Officer, who highlighted the agency’s instrumental role in providing training and strategic cooperation to strengthen the Kelulut honey industry at Kampung Beluru. This initiative aligns with Malaysia’s national aspiration under the Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA25), aiming to empower Bumiputera households through viable and innovative rural community models by 2035. Under this initiative, every Kampung Beluru household is expected to maintain at least two Kelulut bee hives to generate income, with TERAJU providing ongoing support to ensure the honey meets market standards.

Shedding light on Kampung Beluru’s vision for economic growth, Mr Syed Abdullah, Head of Kampung Beluru’s JPKK, described this programme as a stepping stone towards the village’s socioeconomic development. Through this programme, Kampung Beluru’s vision as a one-stop centre and collection hub for Kelulut honey in the Kuala Kangsar district can be achieved by providing the community with the opportunity of expanding Kelulut farming into a commercial enterprise.

The key highlight of the event was the handover of the patented HILDA System, a state-of-the-art honey dehydration system, sponsored by TERAJU to Kampung Beluru’s JPKK by Mr Junady Nawawi. This handover is significant in the project’s value chain as it plays a vital role in positioning Kelulut honey as an esteemed commodity in both domestic and international markets. A briefing on the HILDA System was presented by Dr Zulkifli, highlighting how honey dehydration ensures product stability, extends shelf life and builds consumer trust, simultaneously paving the way for essential certifications such as MESTI and HACCP, which are prerequisites for entering larger and more competitive markets. It also helps minimise losses from spoiled products while safeguarding Kampung Beluru’s community reputation through consistent quality and professional standards.

In essence, the initiative unveiled today reinforces Brainey’s mission to create a sustainable economic ecosystem rooted in Kelulunomic, a socioeconomic model centred on Economic based on Kelulut. Under Kelulunomic, stingless bee hives are provided to villagers who then harvest and extract honey to generate income. Meanwhile, the stingless bees collect pollen from surrounding trees, supporting environmental sustainability, biodiversity and food security. This integrated chain fosters shared benefits for all – forests are preserved, bees are conserved, villagers gain income as well as consumers and scientists get high-quality honey for consumption and research purposes, respectively. Furthermore, Kelulunomic supports the government’s implementation of important policies like MyGAP and HACCP, thereby intensifying the contribution of Kelulut honey to the local economy.

This event underscored Brainey’s ongoing commitment to advancing the Kelulut honey industry by unlocking its potential to drive a more sustainable community socioeconomic development. 💪

28/11/2025

Pernah tak, bangun pagi dengan hati rasa tak tenang… macam ada beban yang kita sendiri tak tahu dari mana datangnya? Fikir benda kecil pun boleh jadi besar. Mood turun naik, fokus hilang, dan badan rasa letih walaupun tak buat apa-apa.

Ramai tak sedar yang inilah tanda-tanda dopamine rendah, dan ia sangat biasa berlaku bila kita terlalu stres, terlalu banyak risau, atau lama bergelut dengan anxiety.

Kajian meta-analisis terbaru menunjukkan sesuatu yang ramai tak tahu: risau yang berpanjangan, anxiety dan kemurungan boleh mengubah struktur otak kita sendiri.
Bahagian otak yang jaga memori seperti hippocampus, dan kawasan emosi seperti putamen dan pallidum boleh mengecil.
Sebab itu bila kita stres lama, kita lebih mudah lupa, lebih cepat marah, dan lebih susah kawal emosi.

Benda ini bukan salah kita.
Ia perubahan biologi sebenar dalam otak.

Di sinilah pentingnya kita mula menyokong otak kita dari dalam melalui nutrisi, gaya hidup, dan pengurangan inflamasi.

Dan menariknya… madu kelulut memainkan peranan yang sangat unik dalam bab ini.

Madu kelulut tinggi phenylalanine, iaitu bahan asas untuk otak menghasilkan dopamine.
Apabila dopamine naik:
✔️ rasa risau berkurang
✔️ mood stabil
✔️ motivasi kembali
✔️ lebih senang fokus
✔️ emosi lebih terkawal

Bukan itu saja. Antioksidan tinggi dalam madu kelulut juga bantu kurangkan keradangan otak, salah satu punca besar anxiety dan kemurungan.

Kadang-kadang, untuk pulihkan hati dan kepala yang penat, kita bukan perlu benda yang rumit.
Kita cuma perlu mula dari akar iatu sokong otak kita semula.

Kesimpulannya:

Risau yang berpanjangan boleh mengubah otak. Tapi nutrisi semula jadi macam madu kelulut boleh bantu menyokong laluan dopamine, mengurangkan inflamasi, dan memulihkan kembali ketenangan dari dalam.

Boleh dapatkan Kelulut Brainey sekarang untuk lebih tenang dengan WhatsApp kami sekarang.

27/11/2025

Madu yang paling berkhasiat dan berkualiti untuk kesihatan bukan sekadar manis tetapi tinggi khasiat seperti antioksidan, anti-keradangan dan terbukti asli secara saintifik. Cara pengendalian yang bersih, memastikan nutrisi tidak terganggu juga penting.

Itulah sebabnya Madu Kelulut Brainey menjadi pilihan ramai profesional & ibu bapa berkerjaya.

Antara khasiatnya ialah;
- Tinggi antioksidan jadi ia dapat lindungi sel dari radikal bebas.
- Anti-keradangan semula jadi yang bantu redakan keradangan yang menjadi punca penyakit kronik.
- Sumber nutrisi lengkap untuk tenaga, fokus & keseimbangan badan

Amalkan 2-3 sudu sehari untuk sokong kesihatan menyeluruh, terutama musim batuk, selsema & influenza.

Kualiti diuji, hasilnya terbukti.

Dapatkan Kelulut Brainey sekarang!

Address

Bangunan An-NaHL (Rumah Kelulut USM), Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Lot 1183 Seksyen 53
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

https://my.shp.ee/ZHPte78

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelulut Brainey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kelulut Brainey:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram