Anak Muda Parlimen Kubang Kerian

Anak Muda Parlimen Kubang Kerian Memastikan Anak Muda Kubang Kerian Berjaya Dalam Pelajaran, Kerjaya, Keluarga & Dalam Masyarakat sepe

12/03/2020

*KELANTAN BERSEDIH ATAS PEMERGIAN ILMUAN ISLAM, ALMARHUM USTAZ ABDULLAH AL-QARI BIN HJ SALLEH*

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن​

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِعْ مَدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا ينقس الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وفتنته وَمِنْ عَذَابِ النَّار..

اللهم امين..

Takziah kepada keluarga Ust Abdullah Al Qari. Beliau meninggal dalam kemalangan pagi tadi semasa dalam perjalanan menunaikan solat subuh.

Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini dan semoga ditempatkan dikalangan para solihiin.aamiin...
_______________________________
*BIODATA USTAZ ‘ABDULLAH AL-QARI HAJI SALLEH (1937-2020)*

Pengenalan

‘Abdullah Al-Qari ialah Guru Kreatif (1994), Tokoh Agama (Tokoh Hijrah Ar-Rasuul 2004)dan Tokoh Maulid Ar-Rasuul 2005), Pujangga Islam (2005) yang melahirkanbanyak dan berbagai karya berunsur Islam juga Tokoh Sunnah Nusantara (2005) yang melahirkan buku-buku berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, salah seorang penggerak Sunnah Nabi SAW, pemurni (reformis) Islam menerusi buku di mana B u ku Guru Zaman.

Jika Hasaan B. Thaabit Al-Anshaari r. a. dikenal sebagai Penyair Nabi SAW, maka Abdullah Al-Qari tersohor Penulis Tuk Kenali dengan berbagai karya menarik.

Kelahiran

Beliau lahir pada pagi Ahad 23 Dzu Al-Qa’idah 1356 H. bersamaan 26 Disember 1937 M. diberi nama ‘Abdullah Al-Qari (Pembaca terutama Al-Qur’an) oleh anak saudara Tuk Kenali, Tuan Guru Hi.Muhammad Jebeng, empat tahun sesudah perginya Hj. Salleh tepi Jalan Kenali. Kenali, di Lot 1203 Kenali, Jalan Puteh, tidak jauh dari Maqam Tuk Kenali.

Pendidikan

Beliau dibesarkan dalam Pendidikan Islam, di mana bapanya Hj. Salleh B. Puteh (Ab.Latif) seorang Guru Al-Qur’an di Pondok Kenali, murid tua Tuk Kenali; demikian juga ibunya Hjh. Khadijah Bt. Abdullah, keluarga Tuk Kenali, mengajar Al-Qur’an kepada kanak-kanak di sebelah dapur rumahnya. Lokasi rumah di tepi Pondok Lorong Kubur Tuk Kenali menyebabkan beliau banyak dipengaruhi Pendidikan Pondok di samping Pendidikan Sekolah Melayu Kubang Kerian, Kota Bharu (1946-1951).
Bakat

‘Abdullah Al-Qari mula berminat membaca buku-buku serba bidang sejak di Darjah Lima Sekolah Rendah dengan membaca buku-buku Indonesia yang dipinjam daripad Gurunya, Cikgu Muhammad B. Abdullah dan buku-buku di bilik bacaan di sekolah termasuk buku Sains. Bakat beliau terserlah dikesan oleh gurunya, Cikgu Mahmud B. ‘Abbas semasa beliau di Darjah Tujuh (Sekolah Menengah Melayu Tuk Pasir Pertama di Kelantan) di Sekolah Melayu Kota (Jelasin) – 1952 yang memuji dan tertarik kepada hasil karangannya di peringkat sekolah. Beliau memperoleh Sijil Pangkat Satu bagi kedua sekolah tersebut.

Mendalami Islam

Beliau memasuki Pondok MadrasahAl-Ahmadiyyah Bunut Payung (1952) belajar pada Tuan Guru Hj. AbdullahTahir B. Hj. Ahmad akan Tafsir Al-Qur’an dan pada Ustadz Hj. Ab. Rahman Al-Khudhri B. Ibrahim akan Al-Hadith. Gurunya yang berasal dari Pahang ini memberi galakan menulis di bidang Agama. Mula membaca majalah-majalah Agama dengan cara meminjam dan cuba menulis. Pada sebelah pagi beliau belajar di Darjah Tujuh.

Awal 1953 beliau dilantik menjadi guru dalam usia 15 tahun dan bercanggah dengan hasratnya untuk menyambung pelajaran di Jaami’ Merbau, K.Bharu (sempat belajar sehari). Pada suatu malam, beliau bermimpi berhadapan dengan wajah Nabi SAW yang bersabda, “Anta belajarlah Islam!”

Beliau mula membeli kitab-kitab Arab dengan cara belajar sendiri dan berguru kepada murid-murid Tuk Kenali dan murid Tuk Khurasan (Ahli Hadith) dengan mempelajari Hadith,Ilmu Ushuul At-Tafsir, Ushuul Al-Fiqh dan lain-lain. Ya, dalam usia 15 tahun ini beliau mula menjadi guru, pengarang, penerbit (Pustaka ASA) dan pengedar. Kerja seharian beliau ialah mengajar dan mengarang buku sambil belajar Agama. Bila sesuatu tajuk sudah difahami dengan baik, maka dia dijadikan buku dan disebarkan.

Peningkatan llmu

Beliau berjaya memperoleh Sijil Kursus Persekolahan Melayu (T.U.O.S. : Perguruan – 1956) , Sijil Maktab Perguruan Bahasa ‘. Language Institute – 1959),SPM (1962); STP (penuh – 1974);juga Sijil Pra LINAS (Universitas Nasional Jakarta: Kuliah Bahasa dan Sastera- 1974) dan kelayakan masuk ke Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri (Kuliah Usuluddin – 1974; seterusnya memasuki Universiti Malaya (1974-1977) dengan pencapaian Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian dan anugerah Mahasiswa Terbaik.

Demi mematuhi arahan Nabi SAW tadi, maka sejak umur 15 tahun mula mempelajari dan mengkaji Islam serta menulisnya menjadi buku-buku bernilai sehingga masih kini (berusia lebih 70 tahun) berjaya menghasilkan lebih 300 karya sendiri dan terjemahan dalam berbagai bidang pengajian Islam, perubatan, umum, bahasa dan sastera; juga sajak berunsur Islam dalam bentuk buku biasa, kamus dan ensiklopedia.
Kerana kegiatan yang agak luar biasa ini, maka penulis telah dianugerahkan:

1. Tokoh Guru Kreatif (Penulisan) Kelantan, 1990.
2. Tokoh Buku Kelantan,1994.
3. Tokoh Hijrah Ar-Rasuul Kelantan,2004.
4. Tokoh Guru Kelantan (JPN), 2004.
5. Tokoh Maulid Ar-Rasuul, Malaysia, 2005.
6. Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara, 2005.
7. Tokoh Penulis Buku Islam, Malaysia,2007.
8. Tokoh Penulis Islam Terbaik, Serambi Mekah, 2008.
9. Tokoh pengkajian Al-Qur’an dan Al-Hadith (SIQAH),Nusantara, 2008.

Isteri beliau menerima anugerah “Tokoh Ibu Shaalihah Kelantan” (2005): Hjh. ‘Aisyah Bt. Hj.Ibrahim.

‘Abdullah Al-Qari telah berjaya mendirikan Masjid As-Sunnah dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Qari di Taman Al-Qari; juga “Pusat Kajian dan Sebaran Al- Qur’an dan As-Sunnah Nusantara” bertempat di Tingkat Satu Masjid As-Sunnah, Taman Al-Qari Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian berhadapan Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian.

Pengundi PRU14 yang tertipu dengan fitnah, tipu-daya & manifesto Pakatan Harapan DAP, sangat digalakkan baca dan amal Su...
17/08/2018

Pengundi PRU14 yang tertipu dengan fitnah, tipu-daya & manifesto Pakatan Harapan DAP, sangat digalakkan baca dan amal Surah Al-Kahfi.

Surah Al-Kahfi penting bagi mengelak fitnah & tipudaya Dajjal. Ditakuti lagi mudah ditipu fitnah Dajjal.

SEMINAR SURAH AL-KAHFI
TADABBUR & TAZAKKUR
• Jumaat, 17 Ogos 2018
• 9.00 pagi - 5.00 petang
• Institut Latihan FAMA, Jalan Dato' Lundang

Anjuran: Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan - PRNNK dengan kerjasama Akademi Sinergi dan Sinar Harian Kelantan.

Untuk Pendaftaran, Sila Hubungi
Azim Zahari 013-9308113
Aiman Patar 017-9702768
Ahmad Ramadan 014-5059491

03/07/2018
11/06/2018
31/05/2018
16/03/2018

LIVE


LIKE & SHARE TANDA SOKONGAN !

12/02/2018

BANYAK BUKTI KERAJAAN PAS DI KELANTAN MEMTADBIR DENGAN BAIK BERLANDASKAN AL-QUR'AN & SUNNAH RASULULLAH SAW.

Nak harapkan UMNO?
-Pusat Judi, pelacuran & arak berleluasa.
-Rasuah & ketirisan duit negara tinggi
-Hutang negara banyak
-Ada kuasa tapi tak berani tegakkan ISLAM sepenuhnya, hanya buat sebahagian. Ini sifat DAYUS?
-Kesimpulannya UMNO gagal tadbir negara & negeri.
cc: UMNO Malaysia UMNO Online UMNO Bahagian Kota Bharu Mustapa Mohamed

Nak harapkan amanah pan?
-Tak sokong kebaikan & Islam yg dibawa pihak lain.
-Berbaiah/berjanji tidak ditepati.
-Sokong agenda bukan Islam.
-Ada rekod yg tidak baik.
-Pan tidak pernah mentadbir negeri.
-Kesimpulan, tidak layak diberi undi.
cc: Parti Amanah Negara Parti Amanah Negara - Kelantan Pemuda Amanah Kelantan

Jom join konvoi ARC❤Ustaz Azhar Idrus ❤👍Muay Thai 👍👍Konvoi ARC👍👍Mewarna👍👍Ceramah PAS👍👍Konsert Ijam Medicine & Abadi👍👍Sup...
26/12/2016

Jom join konvoi ARC
❤Ustaz Azhar Idrus ❤
👍Muay Thai 👍
👍Konvoi ARC👍
👍Mewarna👍
👍Ceramah PAS👍
👍Konsert Ijam Medicine & Abadi👍
👍Supa Dopa👍

Dan banyak lagi....

Ambo Sokong Usul Nak MEMPERKASA MAHKAMAH SYARIAHAmbo Sokong, Demo Sokong???SOKONG, Komen Ambo Sokong :)TAK SOKONG, Komen...
16/08/2016

Ambo Sokong Usul Nak MEMPERKASA MAHKAMAH SYARIAH

Ambo Sokong, Demo Sokong???

SOKONG, Komen Ambo Sokong :)
TAK SOKONG, Komen Ambo Bangkang :)

Parlimen Belia Malaysia Official
Universiti Sains Malaysia OfficiaI
University of Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Mahasiswa USM (Dewan Perundingan Pelajar) Mahasiswa Darul Naim - NAIM
Mahasiswa Islam Se-Malaysia GAMIS Kelantan Keamanan Malaysia Majlis Belia Malaysia Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua Persatuan Belia & Beliawanis Pandan Kerian Kota Baru Kelantan
BHARU BANDAR RAYA ISLAM .com Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Mahasiswa Kelantan Menyokong Tuntutan Royalti

BUNYIKAN HONBila Nampak Orang Buang Sampah Merata !!!
07/08/2016

BUNYIKAN HON
Bila Nampak Orang Buang Sampah Merata !!!

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Muda Parlimen Kubang Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram