16/02/2026
Alhamdulillah, selesai sudah gotong-royong Kampung Niup semalam ๐ค๐ฟ
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada warga penduduk Kampung Niup Tradisi, Niup Darat serta barisan AJK Surau yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini dalam persiapan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi ๐โจ
Semangat kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan. Kawasan kampung berjaya dibersihkan dan diceriakan demi keselesaan bersama. Inilah bukti bahawa apabila kita bersatu hati, segala urusan menjadi mudah dan penuh keberkatan.
Terima kasih atas komitmen, tenaga dan masa yang dicurahkan.
Semoga semangat muafakat ini terus subur dan Kampung Niup sentiasa harmoni, bersih dan diberkati.