11/02/2026
TRAMPOLIN: MENYERONOKKAN TAPI ADAKAH IA SELAMAT UNTUK ANAK ASD?
Sebagai seorang Pediatric Occupational Therapist (OT), saya sering ditanya: "Boleh ke saya beli trampolin untuk anak saya yang hiperaktif?
Bagi dia lompat sampai penat."
Nampak macam penyelesaian mudah untuk "burn energy," kan?
Namun, realitinya di bilik terapi, kami sering melihat impak yang sebaliknya.
Mengapa Trampolin Bahaya?
Bagi kanak-kanak dengan Autism (ASD), trampolin bukan sekadar alat mainan, ia adalah sumber input vestibular (pergerakan) yang sangat intensif. Tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan:
1. Terlebih Rangsangan (Over-stimulated): Otak anak menjadi overwhelmed kerana menerima input pergerakan yang terlalu laju.
2. Kesukaran Berhenti: Kerana sistem saraf yang sudah "high," mereka sukar untuk cool down dan berhenti bermain, membawa kepada masalah tingkah laku.
3. Low Impulse Control: Anak cenderung melakukan aksi berbahaya tanpa memikirkan risiko kecederaan.
4. Emosi Tidak Stabil: Pernah perasan anak tiba-tiba tantrum atau meltdown selepas bermain trampolin? Itu tandanya sistem saraf mereka sudah "crash."
Apa Kata Kajian & Pakar?
Evidence-based practice menunjukkan:
1. American Academy of Pediatrics (AAP): Secara tegas tidak menyarankan penggunaan trampolin di rumah. Majoriti kecederaan serius (patah tulang, kecederaan kepala) berlaku walaupun dengan pengawasan.
2. Teori Sensory Integration (Dr. A. Jean Ayres): Input vestibular yang berulang tanpa input Proprioceptive (Heavy Work) yang seimbang boleh menyebabkan sistem saraf anak menjadi hyper-arousal. Hasilnya? Anak jadi lebih agresif dan tidak fokus.
3. Isu Sendi & Hipotonia: Banyak kajian menunjukkan anak ASD cenderung mempunyai low muscle tone atau sendi yang longgar (hypermobility). Hentakan berulang pada trampolin boleh memberi tekanan melampau pada sendi mereka.
Jadi Apa Pilihan Yang Lebih Selamat ?
Tujuan kita adalah untuk memberi input sensori yang teratur (organised), bukannya menambah kekacauan dalam otak anak. Cuba alternatif ini:
1. Heavy Work: Aktiviti menolak dinding, merangkak dalam terowong, atau membawa objek berat. Ini memberi kesan "calming."
2. Lompat Atas Tilam Tebal: Lantunan yang lebih terhad dan stabil.
3. Aktiviti Lantai: Obstacle course yang melatih koordinasi motor dan fokus.
4. Pengawasan Berstruktur: Jika menggunakan trampolin, hadkan masa (contoh: lompat 10 kali sahaja kemudian buat aktiviti lain).
Mesej Untuk Ibu Bapa
Sebagai ibu bapa, kita mahu anak gembira, tetapi ingatlah:
Keselamatan dan regulasi emosi harus didahului. Biarlah mereka aktif dengan cara yang membantu otak mereka menjadi lebih tenang dan fokus.
P/S :Adakah anda perasan anak menjadi lebih "high" atau sukar dikawal selepas bermain trampolin? Jom kongsikan pengalaman anda di Komen.