Genius Seorang Anak

Genius Seorang Anak Pakar kecemerlangan minda anak-anak

28/08/2022
25/08/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Kredit: JAKIM Sabah

24/08/2022

Kepala rasa pusing? Pening berputar?Berdenyut sampai hilang keseimbangan?
Orang putih panggil simptom vertigo. Apakata ambil 5 makanan ni?
1. Yogurt
Ambil Greek yogurt. Tinggi magnesium. Campur dengan supernuts atau buah kaya vitamin C.
2. Halia
Tingkatkan aliran darah ke dalam OTAK. Boleh buat teh halia. Campur dengan madu. Atau serai.
3. Lemon
Kaya vitamin C. Bantu detoks toksin. Legakan tekanan saraf. Campur dengan madu.
4. Madu
Tingkatkan tekanan darah darah. Bersifat anti-depressant semulajadi.
5. Badam
Kaya vitamin B dan vitamin E. Relakskan pembuluh darah. 10-12 biji mencukupi.
Mulakan pagi bebas kepala pusing. Boleh amal?
P/S:
Apalagi kebaikan badam?⏩ https://neuroversiti.com/kebaikan-badam/

😋
23/08/2022

😋

Ada yang beritahu. Tak elok makan nasi lemak sebab banyak lemak. Kesitu p**a yer.
Tapi nasi lemak tak bersalah dalam hal ni. Yang salahnya orang yang makan tu. Kenapa macam tu?
Kalau sekali makan tu pekena 2 pinggan mana nak eloknya. Betul tak?
Nasi lemak ni elok. Ada khasiat. Ada santan segar dalam tu. Makan p**a dengan telur. Sumber protein. Ikan bilis. Kaya omega-3. Kacang. Bagus untuk kolesterol.
Lagi padu pekena nasi lemak buatan ibu. Buatan cikpuan isteri.
Nasi lemak juga ada lemak sihat. Unsaturated fats. Yang tak sihat dipanggil saturated fats.
Kenapa sihat?
Sebab unsaturated fats ni lebih banyak badan guna untuk hasilkan tenaga. Berbanding disimpan sebagai lemak.
Kalau makan French fries?
Ada saturated fats. Badan lebih banyak simpan jadi lemak berbanding guna untuk tenaga.
Kalau dalam mee kari nyonya?
Ada lemak sihat. Ada tiga jenis iaitu capric acid. Caprylic acid dan lauric acid. Ejen tingkatkan metabolisma.
Ada MCTs dalan santan. Galakkan weight loss. Turunkan selera ingin berkudap makanan manis berminyak.
Sebab itu makan pun kenyang lama. Berat tak ganggu. Tak sebabkan kembung dan amat sesuai dijadikan sajian utama. Tak ganggu usus.
Ada yang masih belum try? Apakata cuba?🍜
https://bit.ly/buymknococ
https://bit.ly/buymknococ

22/08/2022

Ramai dok tanya. Bagaimana corak pemakanan untuk remaja. Kena bagi makan apa.
Untuk bantu bentuk otot, bantu tidur, bagi kulit cantik, jadi kuat secara dalaman dan jadi lebih tinggi.
Ni apa yang saya bagi dekat anak. Bila lima ni cukup, dia jadi lebih bagus. Main s**an jadi bagus.
Saya beritahu anak lelaki saya, Hafiey untuk remaja kena ambil,
1. Potassium
Penting untuk otot. Baru tak melidi. Nampak muscle sana sini. Dia s**a bila sebut bab ada muscle. Orang lelaki bak kata.
Potassium baik untuk tekanan darah. Baik untuk OTAK apabila tekanan darah stabil. OTAK perlukan aliran darah untuk bawa nutrisi.
Dia akan jadi smart student. Bab ni pun dia senyum sampai ke telinga.
Masa sebut smart student tu saya tepuk bahu dia. Biar jadi muscle memori. OTAK pun berketui ketui. Bab ni ramai orang tak tahu.
Nak dapat potassium kita ambil secara semulajadi dari:
- ubi keledek
- pisang
- ubi bit
- bayam
- brokoli
- avocado
2. Magnesium
Bantu dapat tidur nyenyak. Tidur itu kunci untuk dapat kesihatan OTAK yang baik. Hadang penyakit dari muncul tanpa diundang.
Ambil secara natural dari buah berangan, oats, barli, cacao, kacang pea, almond dan whole grains. Hafiey angguk. Sebab dia s**a almond kot.
Satu isu remaja ialah kurang tidur waktu malam. Sebab tu magnesium ni penting. Remaja s**a tidur lewat dan bangun lewat. Susah nak ke sekolah.
Siapa yang pernah jadi remaja dan anak remaja tahu sangat bab ni.
3. Vitamin D
Penting untuk sistem imun. Tubuh jadi sihat dan kuat. Masa remaja rasa kuat ni penting.
Vitamin D ni diperlukan oleh OTAK. Penting untuk OTAK. Sumber dari bendi, oren, almond, fatty fish, kuning telur dan cendawan.
Paling murah dapatkan dari sumber matahari. Sebab itu pagi buat aktiviti di luar bukan sambung tidur lepas subuh.
Hafiey dengar jer time ni. Angguk pun tidak. Mungkin sebab terkantoi tidur lepas subuh waktu cuti sekolah.
4. Kalsium
Cukup kalsium dapat hindari dari tekanan darah tinggi apabila cukup potassium dan magnesium.
Perlu untuk gigi, tulang dan jantung. Boleh peroleh dari susu lembu, susu kambing, buah tin, sayur berdaun hijau gelap.
Kalsium diserap apabila cukup vitamin D dalam sistem.
5. Vitamin C
Sejenis anti oksida. Bantu bentuk tisu dalam tubuh. Kulit cantik dengan halang sel dari rosak. “Siapa tak nak kulit cantik?” Saya tanya dan lihat Hafiey.
“Mesti semua orang nak kan?” Hafiey angguk lagi.
Bagusnya sumber vitamin C mudah dan banyak di dalam buah dan sayur. Cuma perlu ambil secara konsisten.
Lima ni antara yang utama. Cukuplah dulu. Bila dah besar nanti tahu lah mana yang elok mana yang tak.

Semasa proses penuaan berlaku, bilangan sel saraf di bahagian otak berkurangan. Berat otak berkurangan sebanyak 20% pada...
18/08/2022

Semasa proses penuaan berlaku, bilangan sel saraf di bahagian otak berkurangan. Berat otak berkurangan sebanyak 20% pada umur 90 tahun, kehilangan urat saraf tertentu sebanyak 5 hingga 50% dan sel juga akan mengecut. Warga emas mungkin bertindak dan melakukan kerja dengan lebih perlahan. Walau bagaimanapun, kemerosotan fungsi otak yang keterlaluan bukan sebahagian daripada proses penuaan normal.

Tanda dan gejala

Sebahagian fungsi otak juga mungkin berkurangan termasuklah kebolehan mempelajari perkataan baru, ingatan jangka pendek, kebolehan mempelajari bahan baru, dan kebolehan mengingati kembali perkataan.
Selepas umur 60 tahun, bilangan sel di bahagian saraf tunjang mulai berkurangan. Akibatnya, warga emas akan mengalami pengurangan deria rasa.
Semasa proses penuaan, saraf akan menghantar signal atau isyarat dengan lebih perlahan. Masa bertindak balas biasanya akan merosot tetapi tidak ketara sehingga umur 75 tahun. Biasanya, perubahan ini adalah minimum dan tidak disedari.
Tambahan p**a, tindakbalas sistem saraf terhadap kecederaan juga berkurangan. Urat saraf akan membaik pulih sendiri dengan lebih perlahan dan tidak sempurna di kalangan warga emas. Oleh itu, warga emas lebih cenderung mendapat kecederaan urat saraf.
Penyakit

Kesemua perubahan ini adalah lebih ketara di kalangan pesakit Alzheimer’s (nyanyuk).
Untuk warga emas dengan masalah saraf, deria sentuh mungkin tidak normal atau hilang, kelemahan atau lumpuh anggota badan mungkin terjadi.
Sebahagian masalah saraf boleh menyebabkan kesakitan atau sensasi lain yang tidak diingini.
2 keadaan yang menyebabkan masalah urat saraf dikenali sebagai neuralgia dan neuropathy.
Neuralgia merujuk kepada kesakitan yang tidak semestinya melibatkan kerosakan saraf.
Neuropathy merujuk kepada kerosakan urat saraf yang tidak semestinya menyebabkan kesakitan. Neuropathy boleh menyebabkan kesakitan, sensasi luar biasa, kehilangan sensasi, kelemahan, atau mana-mana kombinasi. Sekali-sekala, neuropathy akan menjejaskan fungsi badan seperti tekanan darah atau perpeluhan.

Nanas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.Ini berdasarkan kajian di Univers...
16/08/2022

Nanas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.
Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit. Buatkan kulit terhidrasi dengan baik sebab nanas ni 87% air.
Power tak power. Kalau ada masalah mulut berbau tu senang je citer dia.
Makan nanas. Sebab nanas ada xylitol. Bahan bantu hapuskan bakteria penyebab mulut berbau. Nanas juga pemutih gigi semulajadi.
Nanas bersifat healing terutama bagi masalah gusi bengkak atau berdarah. Atau disebabkan jangkitan.
Mungkin berlawanan sebab sifat nanas masam. Tapi sebenarnya ia elok untuk gusi.

Syukur.. Alhamdulillah😊
15/08/2022

Syukur.. Alhamdulillah😊

Alhamdulillah..
14/08/2022

Alhamdulillah..

Orang dok minta sangat tips Otak Cantik Otak Cerdik. Ni saya bagi tips. Senang sikit untuk ikut. Perlu buat saja:1. Berh...
10/08/2022

Orang dok minta sangat tips Otak Cantik Otak Cerdik. Ni saya bagi tips. Senang sikit untuk ikut. Perlu buat saja:
1. Berhenti ambil processed food.
2. Jauhi fast food.
3. Hindari gula putih.
4. Banyakkan makanan berserat.
5. Ambil smart fat (avocado,MCT oil, yogurt, minyak zaitun).
6. Katakan tidak pada makan bergoreng - deep fried.
7. Minum air putih. Boleh campur potongan lemon, timun atau halia.
8. Elak jajan. Bawa bekal kacang kacang atau buah buah kering.
9. Masak dengan cara sihat di rumah seperti stim, bakar dan rebus.
10. Awalkan sarapan pagi.
11. Jauhi tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal.
12. Elak nasi putih. Ambil beras perang/bario.
Kalau tak mampu nak tinggal terus. Kurangkan.
Tips di atas untuk yang mahu sihat hingga ke liang lahad.
Mahu cantik di saat orang lain lembik dan mahu badan lentik di saat orang lain gelebeh.
Boleh boleh?

Address

Kampung Limbongan
Kuala Besut
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Genius Seorang Anak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Genius Seorang Anak:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram