Kak D INSPIRASI ROHANI
MENTAL HEALTH AWARENESS

Kami memberikan perkhidmatan kelas khat untuk terus menyebarkan ilmu jawi dan seni Islam serta mengeluarkan produk yang berkualiti hasil tangan Penulis Khat Malaysia

Assalamualaikum. InsyaAllah kita akan adakan sesi LIVE di group ini https://www.facebook.com/groups/499032462200930/?ref...
23/11/2022

Assalamualaikum. InsyaAllah kita akan adakan sesi LIVE di group ini
https://www.facebook.com/groups/499032462200930/?ref=share_group_link

Tajuk PENGENALAN : P.E.N.A.T

Jemput kepada sahabat wanita lain untuk masuk di group. Terbuka untuk wanita yang mengizinkan diri. InsyaAllah.

Bagi yang tidak dapat menonton boleh mendengar secara rekod.

31/10/2020

Nota pagi bangkit lagi.

1. Setiap perjalanan kita tidaklah akan pernah semulus dengan apa yang kita bayangkan. Fikiran merancang 'begitu'. Namun, kuasa Tuhan apa sahaja boleh jadi 'begini'.

2. Kadang juga apa yang kita kerjakan tidak sesuai dengan apa yang kita ekspektasikan. Apakah kita banyak melakukan kerja dari bayangan harap yang akhirnya mengundang kekecewaan.

3. Masa lalu penuh harapan yang tergantung kepada ketidakberhasilan. Yang gugurnya bukanlah buah-buah manis usaha. Namun, kecewa dari tidak menjadi.

4. Apakah kita pantas mundur berpatah arah. Takut mahu memandang kebelakang lagi. Kerana kejatuhan terasa menyakitkan. Mahu kehadapan diselubungi beban masa lalu yang menekan bahu.

5. Usah takut dengan kegagalan lalu kerana sesungguhnya kegagalan itu menjadi kunci keberhasilan sesuatu. Lepaskan selimut beban. Leraikan ikatan masa lalu. Yang selama ini menjadi punca kita tidak bergerak ke depan lagi.

6. Teruskan melangkah. Teruskan berjuang. Sedarilah, setiap sukses dimulai dengan kejatuhan. Dari jatuh engkau faham makna bangkit. Dari bangkit engkau faham erti usaha. Dari usaha engkau faham menjalani tidak berhenti.

7. Usah menyerah! Kerana saat menyerah itulah tanda gagal yang sebenar-benarnya. Hari ini terberhenti, biar untuk berhenti rehat mengambil nafas baru memulakan kembali.

8. Dengan semangat yang kuat dan tekad yang bulat, suatu saat segala perjuangan akan terjawab. Usah pernah mahu menyerah disaat masih merasa mampu melangkah. Tidak akan ada kata 'akhir' sampai kita berhenti mencuba.

9. Saat menjalani semula, jangan ditanya lagi apa yang diperlukan dunia. Yakinilah, 'dunia' yang sebenarnya memerlukan kita. Apa yang Tuhan beri didalam kita, itulah keistimewaan yang patut disebarkan. Sebarkan manfaat selagi nyawa ada.

©Dhuha Rashidi,2020.
Ahhh, memang degil, jatuh sakit tapi tidak pernah serik.

14/09/2020

Nota di pagi Dhuha.
Isnin, 14 September.

1. Hari ini, kita bangun lagi. Renungi, masih terhampar nikmat Allah buat makhluk-Nya. Nadi diizinkan berdenyut lagi. Nafas masih dapat disedut dan dihembus. Mata masih jelas dapat melihat. Telinga masih mampu mendengar suara alam dan penghuni bumi. Antaranya.

2. Seluruh penghuni bumi bergerak kesana kemari. Ada yang menuju 'kehidupan' abadi. Yang ada masih gemencak dalam hiruk pikuk urusan. Hingar bingar itu ada kala kita gembira, s**a, berhibur didalamnya. Ada kala juga benci datang menyapa. Rasa mahu sembunyi bertapa.

3. Kita tidak dapat mengelak. Segala kesakitan boleh datang tanpa dijemput. Segala keseronokan jua boleh datang tanpa diduga. Inilah lumrah kehidupan didunia.

4. Namun, mengimani qada' dan qadar-Nya buat kita jelas aturan kehidupan kita. Ada doa tanda pengabdian boleh kita panjatkan. Ada tempat bergantungnya segala harap yang menguatkan.

5. Sahabat, andai kita berani mengharungi rintangan hidup, kita bernafas dengan diselimuti pengalaman yang luas. Ada masa seperti termati jiwa. Ada kala kelihatan menumbuh bahagia. Namun yang jelas adalah, itu jalan menemui diri dan makna hidup.

6. Untuk apa kita dilahirkan ? Persoalan ini permulaan kembara menemui Pencipta. Masa itu kita boleh jatuh terjelepuk. Orang lihat, orang ketawa. Ada orang yang mahu bantu, diketawa juga kerana mahu tolong kita, terus mereka lari tidak muncul diri.

7. Masa itu tinggal apa saja kita. Sendiri. Membawa sekeping hati merangkak mencari redho dan ampunan Tuhan. Bersedih lama itu rugi yang tidak terlihat, kerana hasil tuaian serah, sabar dan syukur itu pun tidak nampak butirnya sekarang.

8. Untunglah bagi yang sudah biasa mengharungi hidup dengan 'sendiri' begini. Kerana masa mati, juga sendiri menjawab soalan depan malaikat. Esok di Mahsyar tidak tertuding pada sesiapa, semua anggota bantu men'jawab'nya.

9. Allah masih beri kita peluang saat ini. Untuk mengutip amal baik dimasuk dalam bekalan akhirat.

10. Boleh jadi juga, dalam mahu kelihatan lurus ikuti Quran Sunnah itu, dikaburi jua dengan samaran amal. Senyap-senyap kesucian boleh menjadi kesyirikan. Maka, sedarilah kita hidup di penghujung zaman. Kepada siapa mahu mendapat petunjuk jika tidak lain tidak bukan itulah ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.

Dhuha Rashidi©
Kita bangun ini untuk memohon ampun lagi dan berkali-kali.

13/09/2020

Bertafakur melibatkan dimensi dalaman manusia.

Manakala bercakap banyak menggunakan kekuatan akal.

Tafakur dan bercakap sifatnya tidak selari.

Terlalu banyak bercakap membantutkan proses bertafakur. Begitu jugalah sebaliknya.

Terlalu banyak berfikir, buat seseorang itu lebih banyak mendiamkan diri.

Saya mengambil ini sebagai refleksi seorang penyakit mental.

Apa hikmah Allah beri aku ujian perubahan mood ini. Tidak lain, hikmahnya untuk seimbangkan titik sederhana diantara keduanya.

Banyak bercakap dan banyak berdiam.

Satu masa berada pada mood muhasabah. Satu masa berada pada mood for ummah. InshaAllah.

Allahuakbar.

Dhuha Rashidi.

13/09/2020
13/09/2020

Menyampah.

Semua mahu ditulis. Kisah kesakitan lalu pun mahu ditulis. Entah apa-apa manusia macam ini.

Kalau sudah lepas itu, sudahlah.

Memanglah berpenyakit mental. Tapi, perlukah nak mengenang lagi sesuatu yang lepas.

Saya membaca beberapa komen di page yang bercakap tentang sikap setengah pesakit mental.

Terhiris.

Bagi saya yang mengalami situasi perubahan mood serta psikosis, adakala ayat begitu melukakan hati.

Namun, saya akur, siapa kita mahu menahan pendapat orang lain.

Sahabat,

Begini untuk kita memahami. Penyakit mental ini bukan sekadar pergolakan atau perubahan emosi semata.

Ia lebih dari itu sehingga menganggu rutin harian, makan minum, tidur, perhubungan dengan individu lain dan sebagainya.

Ia berpunca juga dari beberapa situasi, faktor genetik, atau aspek neurobiologi.

Apabila dikatakan penyakit (clinical depression), tentu sekali ia berbeza dengan jenis situational depression.

Antara yang sering menjadi bualan pesakit adalah perkataan 'triggers' .

Psychological triggers yang mampu menurunkan mood pesakit atau merubahi emosi dan tindakan pesakit.

Kadangkala, ada pesakit menggunakan media sosial untuk menulis sesuatu sebagai coping dari trigger yang dialami.

Namun,

Apakah ayat-ayat kesakitan pesakit itu terus memberi maksud seorang pesakit telah berputus asa dari rahmat Allah?

Saya gemar mendapatkan jawapan dari beberapa asatizah.
Orang kata, inilah peluang untuk kita belajar mendalami sesuatu ilmu yang berkaitan.

Contoh kata macam ini. Ada seorang wanita berusaha nak dapatkan impiannya. Tapi tidak berhasil.

Kemudian, dia berbisik. Agaknya dah takdir aku macam ini.

Kalam seperti ini sebenarnya diukur berdasarkan pada niat.

Jika niat itu dalam nada kecewa dan tiada redho serta merasa putus asa, maka itu satu tegahan.

Kerana sebagai hamba Allah kita ditegah untuk berputus asa dari rahmatNya.

Ayat-ayat berputus asa itupun dikira sebagai buruk sangka dengan Allah.

Namun, jika niat penulisan itu dalam nada REDHA dan SABAR terhadap segala yang diberikan Allah kepadanya setelah berusaha, maka ini tidak dikira sebagai berburuk sangka kepada Allah.

Sangat bagus juga jika, setiap akhir penulisan menanamkan keyakinan kepada pembaca bahawa pasti ada sesuatu yang lain yang lebih baik yang bakal Allah berikan kepadanya.

Begitulah.

Dhuha Rashidi.

12/09/2020

Seorang guru tauhid pernah berpesan, bersangka buruk kepada Allah adalah kayu ukur bahawa seseorang itu masih tidak mencapai makrifatullah.

Sedangkan inilah perkara wjaib dikecapi oleh setiap muslim yang mukalaf.

Bila kita sedar bahawa kita s**ar untuk bersangka baik kepada Allah, terhadap ujian yang diberi, maka hendaklah kita cari para guru yng dapat membimbing kita supaya mencapai jiwa bertauhid.

Hanya dengan jiwa bertauhid sahaja kita mampu untuk bersangka baik dengan Allah.

SubhanAllah.

Salam JUMAAT buat sahabat.

12/09/2020

KEBAIKAN DISEBALIK MUSIBAH

Sahabat,

Mari kita renungkan kebaikan disebalik musibah yang kita terima selama ini.

Dicatatkan dalam kitab nasihat agama dan wasiat iman, Imam Habib Abdullah Haddad, menyatakan,

Seorang hamba Allah yang diuji dengan kesusahan atau bala, jika dia meyakini dalam hatinya bahawa yang mentakdirkan bala itu ialah Tuhan Yang Maha Pengasih, dan bahawa bala itu telah ditentukan baginya dalam Kitab-Nya sejak azali, yakinlah ia bahawa dalam ujian itu terselit kebaikan yang banyak.

Maka, ketika itu, dia akan menanggung segala musibah itu dengan penuh redha dan berlapang dada serta menyerahkan segalanya bulat-bulat kepada Allah yang bersifat Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

SubhanAllah.

Bagaimana hati kita disaat menerima setiap ujian dan dugaan Allah ?

12/09/2020

Bila guru bertanya tentang hasil dari kelas penulisan yang disertai Ramadan lalu, tiada apalagi yang lebih utama patut diucapkan dahulu selain SYUKUR.
Semasa berpantang pada bulan Januari hingga Mac berbagai gangguan emosi hadir dalam senyap. Masa itu relapse. Saya semakin aneh dengan keadaan diri. Doktor menjelaskan saya alami satu jenis lagi gangguan iaitu Bipolar Disorder.
Alhamdulillah. Saya bersyukur makin mencari , makin menemui jawapannya.
Hingga membawa kepada hampir Ramadan , terus saya daftar masuk ke kelas penulisan. Dunia penulisan yang saya 'tolak' dari naluri hati. Orang kata itu passion , saya tidak rasa ia passion terkuat yang Allah kurniakan.
Walaupun , saya telah membaca dan menulis setiap hari , sudah bertahun-tahun itu rutin yang diulang tanpa sedar. Tetap ada penolakan. Maka , kekecewaan dalam bisnes itu menemukan saya pada passion menulis ini.
Syukur lagi. Tidak Allah aturkan sekian kisah hidup buat kita itu sia-sia.
Masa mengikuti kuliah , saya alami insomnia teruk. Masa itu saya berada pada fasa mood manic. Idea begitu berselirat. Perlu diluah. Maka saya melukis doodle yang ada tulisan khat. Baik saya bukukan untuk jadi ianya buku mewarna yang bermanfaat.
Hingga saya melalui kes**aran menyiapkan akibat mood berubah tiba tiba. Menyantuni perasaan yang hadir.
Saya ambil pre order. Hingga terbit rasa bersalah akibat terasa lama menyiapkan dalam fasa up and down.
Alhamdulillah.
Bersyukur dapat juga disiapkan sebuah buku hasil PKP. Hasil barokah guru yang memberi tunjuk ajar.

Itulah dia buku pertama saya buku art as a therapy bertajuk Jom Relaks With Doodle Khart.

Allah mengatur sesuatu untuk saya juga berusaha bangkit.

Buku ini mengandungi 10 lukisan zikir dan 10 lukisan kata motivasi serta beberapa quotes pilihan yang saya tulis di facebook selama bertahun disini.

Ada juga ruang ekspresi jiwa untuk yang mahu mencuba menulis dan meluah rasa.

Saya kira itu pun tidak cukup. Maka , saya create satu channel buat pembeli buku. Memasukkan segala perkongsian kisah bangkit , inspirasi , panduan , dan sharing dari insan berautoriti. Subhanallah.

Saya tidak ada kepandaian lain. Saya anak kampung yang hobinya melukis dan menulis dari kecil. Maka disitulah saluran sebaran manfaat yang terdaya hamba.

Mahu tengok contoh lukisan dan cara dapatkannya. Boleh lihat komen komen nanti ya.

😍
Pelukis buku Mewarna JOM RELAKS !

Nak tanya , wasap disini http://wasap.my/60135346852

Address

Jalan Ipoh
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192095522

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak D posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kak D:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram