23/04/2017
KISAH TOMBONG TERKELUAR akibat tidak menjaga pantang selepas bersalin.
Kisah keluar tombong (rahim). Semoga menjadi pengajaran kepada semua.
Pertama kali saya mendengarnya dari mak yang selalu cerita di zaman kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh pakaian di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar. Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong itu berayun ke sana sini seperti buai.
Balik ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mertua bahawa itu adalah tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang main-main dalam pantang, itulah hasilnya.
Sehingga sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang keluar tombong ini. Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang tamatlah fungsi sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital, potong saja.
Pernah dengar atau baca tentang tombong? Pastinya ada yg tidak pernah. Al-maklumlah perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah bersalin. Walau bagaimanapun, ada pentingnya juga golongan suami mengambil tahu tentang tombong ini.
Jika si isteri tidak menjaga pantangnya, si suami wajiblah membantunya. Sama-sama menjaga dan bantu membantu agar perkara ini tidak berlaku pada isteri tercinta. Jika tidak dijaga dan tombong terpaksa dipotong, mungkin itulah kali terakhir si isteri mengandungkan zuriat keturunan suaminya. Makanlah jamu CLV terbaik semasa berpantang utk mengelakkan terjadinya tombong pada diri anda.
Berminat untuk order , boleh klik link ini:
http://www.wasap.my/60179467411