11/03/2026
✨PROGRAM INFAQ KASIH RAMADHAN BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM AL-IHSAN (PKAYIA) DAERAH LIPIS✨
10 MAC 2026, SELASA — Alhamdulillah, Program Infaq Kasih Ramadhan PKPD Lipis dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Rekreasi Daerah Lipis berjaya di jalankan. Seramai 13 orang anak yatim terlibat dalam program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan:
~ Ceramah Pergigian
~ Pemeriksaan Pergigian
~ Pameran Pergigian & Demo Latihan Memberus Gigi
~ Penyampaian sumbangan kepada pertubuhan anak yatim
Program kali ini juga melibatkan iGG KP Bukit Betong, iGG Wan Fatin Adila binti Wan Abdul Jamil.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak pertubuhan kebajikan anak yatim kerana sudi menjemput kami untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.
Pergigian Pahang