10/02/2021
[ PEMBENTANGAN PROJEK ELEKTIF ]
Pada 09 Februari 2021, pembentangan subjek Projek Elektif bagi pelajar EMED tahun 2 telah berlangsung dengan jayanya ๐.
Pembentangan ini merupakan salah satu komponen utama dalam memenuhi keperluan subjek Projek Elektif FFEP 2132 ๐.
Projek Elektif merupakan sebuah subjek yang unik dan berbeza berbanding subjek yang lain๐ง. Hal ini kerana, subjek ini telah memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pembelajaran luar kampus ๐. Pelajar dikehendaki memilih dan mengikuti sebarang posting elektif mengikut minat dan kecenderungan masing masing ๐ค.
Dengan ini, pelajar secara tidak langsung dapat mengorganisasikan kemahiran mengurus pembelajaran luar kampus disamping menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran kerja berpasukan dan berkomunikasi dengan individu dan organisasi luar ๐ฃ๏ธ๐๐ป.
Antara bidang menarik yang telah dipilih termasuklah:
- Perakaunan ๐ฐ
- Keusahawanan ๐ต
- Fotografi ๐ธ
- Perkhidmatan pelanggan ๐ฅ
- Fisioterapi๐ง๐ปโ๐ฆผ
Walaupun posting elektif ini dijalankan dalam keadaan norma baharu, namun, kesemua pelajar tahun 2 telah berjaya menyelesaikan dan membentangkan projek mereka dengan begitu baik ๐๐ป๐๐ป๐ค.
Panelist utama yang terlibat dalam pemarkahan pelajar termasuklah Pakar Perubatan Kecemasan, HCTM Prof Johar Jaafar, Ketua Program EMed, Dr Alias Mahmud dan juga En Salim selaku ketua modul Projek Elektif ๐๐ .
Pelbagai perkara dan intipati menarik telah dikongsikan oleh setiap pelajar sepanjang pembentangan ini berlangsung. Diharap agar dengan segala ilmu yang ditimba sepanjang kursus Projek Elektif ini memberi pengalaman yang luar biasa kepada semua. Tahniah diucapkanโจ๐๐๐ป !