13/09/2022
Sinusitis symptoms
Sinus atau resdung berpunca dari apa yang kita hidu, pemakanan dan cara mencuci hidung. Pemakanan 90% mempengaruhi kita. Contohnya, kalau ada resdung tak boleh makan benda terlalu panas atau terlalu sejuk. Jadi kena makan makanan biasa-biasa sahaja. Tak boleh makan benda berlada atau pedas, elakkan makanan yang gatal. Itu asasnya.
Selain itu persekitaran, Jangan hidu asap terlalu banyak, Pakai topeng pernafasan semasa menunggang motosikal, Elak berada di tempat berdebu dan yang paling penting untuk lelaki, jangan cabut bulu hidung kecuali bulu itu dah terkeluar dari lubang. Ini bukan lucah, sebab bulu hidung andalah pintu untuk lubang hidung anda.
Bagi mereka yang mengalami masalah resdung, mereka mungkin tidak akan perasan bau busuk di dalam hidung sendiri sebab ia sudah sebati.
Deria rasa juga akan hilang atau berkurangan.
Kerap bersin, itu tanda nak sinus. Tapi tak tentu sama ada sudah teruk atau belum. Kadang-kadang resdung ini tak semua orang sama. ada yang hanya berdarah hidung, ada yang gatal-gatal atau hidung berair sahaja.
TANDA-TANDA SINUS:
Kerap selesema
Bersin
Batuk
Hidung berair
Mata berair
Kerap gatal hidung
Gatal seluruh muka
Kurang penderangan
Kurang deria bau
Kurang deria rasa
Bau busuk di mulut atau hidung sendiri
Hidung berdarah
Cara mencuci hidung dengan betul. Asalkan kita ikut cara yang betul memang resdung akan berkurangan. Tetapi resdung tidak akan hilang sebab kita tak kawal pemakanan.
CARA MEMBERSIHKAN HIDUNG
Bagaimana cara mencuci hidung? Cara cuci hidung menggunakan air garam. Jangan gunakan air paip. Kalau nak guna, boleh tetapi kalau tersedak jangan menangis.
Cuci hidung di waktu pagi sekali, dan di waktu malam sekali.
Agak-agak je masuk, jangan masuk semua. Bila dah masuk, tarik nafas kemudian picit air garam tadi. Dah picit, automatik meleleh dan hembus saja.
jagalah hidung anda. Buat pemeriksaan di hospital dan dapatkan rawatan segera sebelum ia menjadi lebih teruk.