29/11/2021
Alhamdullilah kembali lagi untuk posting yang seterusnya.
Harini saya nak bagitahu tips simple sahaja mengenai senaman.
Saya percaya kebanyakkan antara kita sangat liat untuk bersenam kan termasuklah diri saya sendiri jadi saya nak bagitahu cara simple untuk bersenam.
Pertama sekali korang semua boleh buat senaman berjalan ringan selama paling kurang sejam dalam sehari ni pun dah kira bagus tau tak perlu yang terlalu extreme.
Seterusnya aktiviti harian macam berkebun, basuh kereta dan gotong royong kawasan rumah pun dikira bersenam jugak jadi jgn risau kalau tak sempat nak lakukan aktiviti senaman yang spesifik korang hanya perlu bersihkan rumah je.
Akhir sekali aktiviti regangan ringkas boleh buat pagi-pagi atau waktu petang ni boleh kuatkan lagi otot korang dan hilangkan lenguh-lenguh badan.
Jadi selamat mencuba semua!