Lesung Kitchen Page

Lesung Kitchen Page 8,752,324 like this

Alhamdulillah.... Menu makan petang... Dah lama x buat   mkn sejuk2 sedap tau...😋😋🥰 Jom intai resepi.. kali nie versi x ...
11/11/2025

Alhamdulillah.... Menu makan petang... Dah lama x buat mkn sejuk2 sedap tau...😋😋🥰 Jom intai resepi.. kali nie versi x perlu kukus...😊

Resepi Kuih Boko Ubi Kayu
*****************************

🌷Lapisan bawah....
4 cawan Ubi kayu yg dh siap disagat/potong nipis2 blend .. lebih kurang 1kg ubi kayu yg belum dibersih kn...yg dah blend tu tapis yea buang air kanji dulu sikit...baru curah dalam kuali...
🌷Masukkan Gula merah 1 cawan ....
🌷Gula putih setengah cawan...
🌷Kelapa parut kulit muda 1 cawan...kalau xnk letak pon ok jer,sy s**a letak kelapa parut..
🌷Air 2cawan...
🌷Daun pandan 2 helai..
Masak bahan diatas...sampai adunan pekat likat..api sederhana je yea...kacau sampai berubah warna merah gelap... Likat ..
Ok siap lapisan pertama...boleh curah dalam bekas....separuh dari bekas...

Untuk lapisan atas ....
**************************
🌷2 kotak Santan ...
🌷4 cawan air...
🌷1 sudu kecil tggi membukit garam..
🌷2sudu besar gula.
🌷2 Helai daun pandan (simpulkan)
🌷7 sudu besar tepung beras..
🌷2 sudu besar tepung gandum..
Kacau semua bahan,supaya tiada ketul2 tepung..baru buka api..n masak api slow sampai pekat likat,berkilat... Sementara masih panas2 boleh lh curah dalam bekas tadi untuk lapisan ke2..
Boleh lah sejukkan dlm peti ais..ok siap.. Selamat mencuba🙂

[RESEPI DISEDIAKAN]OK harini Mameen cabar diri buat Ayam Penyet pulak. Asyik Nasi Ayam je kan..Nasib bahek lah masak dia...
10/11/2025

[RESEPI DISEDIAKAN]

OK harini Mameen cabar diri buat Ayam Penyet pulak. Asyik Nasi Ayam je kan..

Nasib bahek lah masak dia tak renyah. OK boleh buat agi.

Selamat Berhari Minggu ya chuols.
********************
*Ayam Penyet *
1) Blend sebiji bawang besar + 4 ulas bawang putih + Halia sebesar ibu jari + sikit lengkuas. Blend halus pastu masuk lam periuk.

2) Cuci ayam dah bersih masukkan lam periuk yang ada bahan Blender tadi. Masukkan serbuk Kunyit, serbuk perasan dan gula sikit. Gaul sebati dan rebus sampai ayam lembut.

3) Dah lembut ayam tu, toskan ayam dan ketepikan. Air rebusan tu jangan buang tau. Sebab kita nak Buat jadi bahan perapan dan kriuk2.

4) Dalam bekas lain, masukkan 2 sudu tepung gandum + 2 sudu tepung jagung + secubuit soda bikarbonat. Lepas tu masukkan sikit demi sikit air rebusan dalam bekas tepung.

5) Panaskan minyak. Dan masukkan ayam. Kedalam bekas tepung tu. Dah ratakan bahan perapan tu, bolehlah masukkan lam Kuali. Masak sampai golden kaler. Ulang sampai ayam habis.

7) Dah siap masak ayam, jom buat kriuk2. Gunakan balance bahan perapan tadi, tuang sikit lam minyak panas. Dah nampak garin angkat dan tapis minyak. OK ni siap.

*Sambal Penyet*

1) Goreng Cilipadi mix merah dan hijau + sebiji bawang besar + 4 ulas bawang putih + sebiji tomato + belacan besar iu jari.

2) Bila dah layu, angkat dan blend. Bila. Dah blend, masukkan semula dalam Kuali. Guna minyak yang sama jek.

3) Masukkan garam, serbuk perisa, gula dan cuka secukup rasa. Masak dan angkat.

* Tempe Goreng*
1) Potong tempe dan masukkan lam tepung perapan tadi. Pastu masak guna minyak yang sama goreng ayam.

*Kobis dan Timun *
1) Cuci kobis dan potong sederhana besar dan susun kat pinggan.

2) Potong Timun sering dan susun sekali ngan kobis dan tempe.

*Sup Kosong*
1) Panaskan Kuali ngan sikit minyak.
2) Tiitk 3 ulas bawang putih dan masukkan. Lam Kuali.
3) Bila bawang putih dan nampak. Sikit garing, masukkan 1 cawan air.
4) Perasa kan ngan secukup rasa dan angkat. Tabur daun bawang dan bawang goreng kalau ada.

Ok siap.

SAMBAL ASAM KERISIKBAHAN-BAHAN:KerisikGramGulaPerasaLimau kasturi – belah 2BAHAN-BAHAN (HIRIS):Cili api hijauCili api me...
28/10/2025

SAMBAL ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:
Kerisik
Gram
Gula
Perasa
Limau kasturi – belah 2
BAHAN-BAHAN (HIRIS):
Cili api hijau
Cili api merah
Cili masak
Bawang besar
Buah tomato
BAHAN KISAR:
Bawang besar
Cili api

BAHAN LAIN:
Air asam jawa
Belacan
(Lenyek & ramas dua bahan ni dengan air)

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan kerisik dan sesuaikan rasa dengan menambahn gula, garam serta perasa. Gula harus dilebihkan sedikit berbanding bahan lain.
3. Msukkan juga limau ksturi yang dibelah 2. Sedia untuk dinikmati.

Nota: Sukatannya agak-agak Sahaja ikut cita rasa

KUIH SIPUT RANGGUP BAHAN-BAHAN  : 1 kg tepung gandum 1 biji telur  4 sudu besar butter dicampur dgn sedikit minyak masak...
28/10/2025

KUIH SIPUT RANGGUP
BAHAN-BAHAN :
1 kg tepung gandum
1 biji telur
4 sudu besar butter dicampur dgn sedikit minyak masak dan dipanaskan.
1/2 cawan santan @ separuh santan kotak
Garam dan Gula secukup rasa
Serbuk perasa ajinomoto jika s**a
Air yang secukupnya
Minyak utk menggoreng
BAHAN KISAR
1 sudu besar jintan manis
3/4 cawan udang kering @ ikan bilis
3 sudu besar cili blend
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan ketumbar
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
10 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu)
CARA-CARA:
1.Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan.
2.Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk.Gaulkan hingga semuanya sebati.
3.Masukkan telur dan santan uli sebati.
4.Tambahkan air sedikit demi sedikit uli sehingga doh menjadi lembut.
5.Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis. Yg Ni kalau buat ramai2 lbh seronok. Cepatlah siap.
6.Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
7.Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.( Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu)
8.Simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba

Kredit: Nur Masri

RESEPI PUTU MAYAMBAHAN-BAHAN- tepung beras air panas dan air sejuk buat macam suam-suam tapi jangan suam sangat ya. dan ...
27/10/2025

RESEPI PUTU MAYAM

BAHAN-BAHAN

- tepung beras

air panas dan air sejuk buat macam suam-suam tapi jangan suam sangat ya. dan bancuh.. kena pandai bancuh ya supaya dapat putu mayam yang lembut dan gebu. nak wangi bole lapik daun pisang masa kukus.

KUAH PUTU MAYAM

- santan kelapa

- gula merah atau gula nissan

- gula pasir

- garam sikit

- daun pandan

(masukkan semuanya sekaligus dan masukkan daun pandan masak sampai dah pekat dan meggelegak)

Untuk yang biasa

- gula merah

- kelapa putih

KREDIT: Arriana Rose

Seafood Fusion Spaghetti Olio –🍝🦐Resepi olio style Itali tapi saya bagi twist sendiri! Guna seafood pilihan, capsicum, c...
25/10/2025

Seafood Fusion Spaghetti Olio –🍝🦐

Resepi olio style Itali tapi saya bagi twist sendiri!
Guna seafood pilihan, capsicum, cherry tomato & teknik masak supaya spaghetti berjus, tak kering.

Senang, sedap & confirm ramai s**a!

Bahan-bahan (untuk 1 pack spaghetti – 500g)
• 1 pack (500g) spaghetti

• 1 ½ labu bawang putih – kupas

• Cili kering / chili flakes / cili padi – ikut tahap pedas

• 1 biji tomato besar / 2 biji tomato sederhana size

• 150-200ml olive oil (lebih sedap guna extra virgin)

• Seafood pilihan (udang / sotong / salmon)

• 1 biji capsicum – potong dadu

• Cherry tomato – belah dua

• Garam secukup rasa

• Parsley cincang (optional)

• Air rebusan pasta – 1–2 senduk

Cara-cara
1. Rebus spaghetti dalam air garam hingga al dente ikut masa pada paket (8–10 minit). Simpan 1–2 senduk air rebusan pasta.

2. Blend kering bawang putih, cili & tomato.

3. Panaskan olive oil api sederhana-rendah, masukkan bahan blend. Tumis hingga wangi dan nampak kering sikit.

4. Masukkan seafood, masak hingga hampir masak.

5. Masukkan capsicum, air rebusan pasta & garam secukupnya.

6. Masukkan spaghetti (angkat terus dari periuk, jangan tos kering).

7. Masukkan cherry tomato, parsley & drizzle lagi olive oil.

8. Gaul rata & hidang panas-panas.

Tips :
Saya tak tos spaghetti sampai kering.
Saya akan angkat terus dari periuk rebus spaghetti ke dalam pan sauté, supaya spaghetti kekal juicy & starch dari pasta bantu sos melekat pada spaghetti.

Orang Itali ada “rule” tak campur keju dengan hidangan pasta yang base dia seafood atau minyak.
Aglio e olio ni fokus pada rasa garlic + chili + olive oil, jadi cheese dianggap “ganggu” balance tu.

Kredit : Ayu Mashruddin

RESIPI SOSEJ AYAM HOMEMADEBahan-bahan:4-5 ketul dada ayam2 biji telorDaun sup + carrot/ apa-apa je jenis sayurSebiji baw...
25/10/2025

RESIPI SOSEJ AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

4-5 ketul dada ayam
2 biji telor
Daun sup + carrot/ apa-apa je jenis sayur
Sebiji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
4 sudu tepung ubi

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan dan bland.

2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim. Ikat hujung kiri dan kanan.

3. Kemudian, rebus/kukus dalam 10-15 minit. Siap dan boleh keluarkan dari plastik ais.

4. Ini yang dah siap goreng. Sedap tau!

Kredit: Norazlin Abd Rahman

LEMPENG KELAPA LEMBUT, SEDAP.Bahan :1 cawan tepung gandum2 cawan kelapa muda parut1/4 cawan santan1 cawan air kelapa @ a...
12/10/2025

LEMPENG KELAPA LEMBUT, SEDAP.
Bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
Gaulkan sebati.
Panaskan kuali dan selamat melempeng.
Sedap dan konpem lembut.
Cicah ciken curry pun sedap.
Sebab takde, anak2 cicah ngan pure honey.
makan begitu saja pun dah sedap.
Selamat mencuba.

Sesuai kan dgn namanya kuih ni..PUTERI AYU..siapa la gaknya yg mula2 beri nama kuih ni..harini sis follow resepi you tub...
12/10/2025

Sesuai kan dgn namanya kuih ni..PUTERI AYU..siapa la gaknya yg mula2 beri nama kuih ni..harini sis follow resepi you tube che nom..syukur gebu ya amat kejadiannya..
Puteri Ayu
=========
Bahan2
-2 biji telur gred A (akak guna gred B- 3 biji)
-1 cwn gula kastor (akak guna 3/4 cwn )
-1sdt esen vanila
-1sdt ovalete
-3/4 cwn santan (guna KARA)
-1/4 cwn air pandan
-Pewarna hijau secukup nya
-1 sdt baking powder
-1 1/2 cwn tpg gandum
-1/2 cwn tpg jagung
*(nak guna tpg gandum semua pun boleh )
▪Kelapa parut putih anggaran 2 1/2 cwn + 1 sudu B membukit tpg ubi + garam secukup nya...isi dlm acuan putri ayu yg telah disapu dgn sedikit minyak. tekan2 bgi padat dan kukus sekejap..bru msuk kan doh hijau..
Cara2
=====
▪Putar telur, gula, esen vanilla smpai gula larut,
▪Masukkan ovalete putar lagi sampai kembang bertanduk
▪Campurkan santan dgn air daun pandan dan pewarna td kcau sebati
▪Lepas tu tuang ke dlm adunan telur td sikit2 sambil putar berselang seli dgn tepung yg telah diayak bersama baking powder
▪Putar sekjap je 2 3 saat lps tu kaup2 blik guna spatula ok dah siap boleh tuang dlm acuan
▪ kukus selama lebih kurang 10-12 minit..
Airtgn rahmahrosmin

Cekmek.. Kuih ni asalnya bahan simple jer..Hanya ubi keledek dan tepung gandum jer.. Tapi bila selalu buat dlm kuantiti ...
12/10/2025

Cekmek.. Kuih ni asalnya bahan simple jer..Hanya ubi keledek dan tepung gandum jer.. Tapi bila selalu buat dlm kuantiti yg b*k mula la terpikir mcm mna nk olah utk kekalkan rsa dan bentuk.. Mcm2 cara sy r&d akhirnya setakat ni sy guna s**atan yg ni..Esok2 xtau laa kot2 jumpa tips baru bleh olah lagi kan..🤭 Klu sahabat2 ada tips lain bleh la sma2 kita kongsi..ye x 😂
Resepi :
Bahan A
-1kg ubi keledek (rebus dan lenyek bersama 1 sudu marjerin)
Bahan B
-200g tepung gandum
-10g baking powder
Bahan C
-gula
Cara2..
Sebatikan bahan B kemudian campurkan bahan A bersama..uli sehingga menjadi doh..bulat2kan anggaran dlm 30-40g sebiji.. Kemudian letak sikit bahan c dan bentukkan menjadi cekmek.. Goreng dlm myk masak yg panas.. Api jgn terlalu kecik nnt hancusss.. Selamat mencuba ☺️
Kredit: Hasni Azura

Mak aku kata nak makan KARI DAGING PERAP. Favourite husband aku jugak ni ❤️So, siap dah kari daging perap. Kalau yang fo...
04/10/2025

Mak aku kata nak makan KARI DAGING PERAP. Favourite husband aku jugak ni ❤️

So, siap dah kari daging perap. Kalau yang follow aku dah lama, jenuh jemu dah dengan gambar kari daging perap aku ni. Hari ni 3 jam aku perap. Biar meresap elok dalam daging 😆

Mak aku yang request nak makan dengan ketupat segera. Satgi siaplah kita punya ketupat segera.

Resepi? Aku share resepi bertulis dekat sini😆

Resepi kari daging perap.

Ye perap sebab kami perap daging tu dengan serbuk kari at least selama 2 jam. Kami guna sekitar 1 kg daging segar, dipotong melawan urat. First buat yang ni dulu. Perap daging dengan 3 sudu besar serbuk kari daging. Cara ni dari zaman nenek moyang aku lagi, mereka perap daging dengan serbuk kari.

Barulah kick Insyallah.

1. Tumbuk 4 biji bawang merah saiz sederhana. 5 ulas bawang putih, 1 inci halia. Blend pun boleh.

2. Ketuk 2 batang serai, ambil 2 tangkai daun kari, ambil penumis 4 sekawan.

3. Dah siap perap, jom tumis bahan nombor 1 dan nombor 2. Kalau nak masuk serbuk cili atau cili kisar dekat step ni.

4. Dah naik bau, masukkan 1 sudu besar serbuk kunyit
masukkan daging yang diperap tadi. Dan gaul. Tunggu sampai air daging keluar. Masukkan lagi extra serbuk kari daging lagi 2 sudu besar.

5. Masukkan 1 atau 2 biji tomato dipotong 4. Memang nak dia hancur dalam kari. Sangat sedap ye. Biar je dia mereneh sampai keluar air daging dan terbit minyak.

6. Masukkan air masak ke dalam periuk. Aku letak paras daging jangan banyak sangat. Biarkan daging empuk. Kami reneh sehingga 1 jam 15 minit or sehingga lembut dagingnya.

7. Masukkan santan, 1 kotak kecil pun ok, bersama kentang.

8. Didihkan kuah dan biar kentang empuk. Masukkan 2 sudu kerisik.

9. Perasakan dengan garam, sedikit gula, nak tambah serbuk perasa is optional

Siap. Video cara masak aku letak dekat story link ke reels ye. Tekan je video tu.

Selamat mencuba

Daging masak cili api 🤤 feberet kami 1 fmly... 2 ari lps bru je buat,tgk2 hari ni en.suami req lg...haaa bantai....edit ...
04/10/2025

Daging masak cili api 🤤 feberet kami 1 fmly... 2 ari lps bru je buat,tgk2 hari ni en.suami req lg...haaa bantai....

edit post:

resepi..

-gaul dgng dgn knyit n garam (daging tu rebus dlu,pstu hiris) goreng skjp n asing kn.
-dlm mnyk yg sama..tumis serai yg da di titik smpai naik bau.
-tumis bahan kisar(kasar)/tumbuk
:bwng putih,halia,bwng merah,cili padi merah+hijau ngn cili besar.
-bila bahan blend da naik bau,tuangkn sdkit sos tiram..cmpk kn skali asam keping.
-perasakn dgn garam,gula n srbuk perasa (psti sdp,ckup rasa atau aji) sy pkai ckup rasa.
-bila da ckup rasa,msuk kn daging yg da d goreng td...
-gaul sebati,masuk kan kcng pnjng(kalo x suke,abaikn)
-last tabur bwg holland n daun bawang..
-siap..!!

Credit : Ziela Mazlan

Address

Kuala Lumpur
55100

Telephone

+6737275944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lesung Kitchen Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram