14/07/2022
Anak saya Speech Delay dan dirujuk doktor untuk buat Terapi Pertutuan dan Terapi Carakerja (Occupational Therapy – OT). Terapi Pertuturan tu saya fahamlah untuk galakkan anak bercakap, tapi kenapa kena juga pergi Terapi Carakerja??
Haa, meh sini OT Linda kongsi kenapa kena buat Terapi Carakerja juga untuk anak yang lambat bercakap. Pertama sekali, untuk ke Terapi Pertuturan, anak kena fokus dan sekurang-kurangnya boleh faham dan ikut arahan. Jika anak itu ada isu behavior seperti tantrum tanpa sebab, manip**ative, impulsive, OT juga boleh membantu untuk ubah sikap mereka supaya mereka lebih bersedia dengan Terapi Pertuturan nanti.
Untuk bercakap juga, anak perlu menguasai sensori mereka. Contoh perbuatan yang mengelakkan anak bercakap disebabkan masalah sensori adalah tabiat s**a memasukkan barang dalam mulut walaupun sudah setahun ke atas, memilih makanan, atau boleh jadi jika anak tidak dapat menapis suara kita dengan bunyi sekeliling. Tidak boleh duduk diam pun boleh jadi masalah sensori tau. Untuk anak yang selalu zone out, selalunya memang akan lambat bercakap. OT akan membantu anak-anak ini untuk lebih alert dan aware seterusnya boleh fokus untuk aktiviti bercakap melalui terapi sensori.
Motor skill juga penting untuk anak bercakap. Bayangkan, anak nak tiup lilin pun tak mahir, bagaimana mahu mengawal otot2 mulut untuk bercakap? Dan bayangkan, sepanjang Terapi Pertuturan nanti (yang selalunya play based setting juga) anak masih tak pandai menggunakan jari-jari halus mereka untuk bermain, tak ke nanti anak tu akan mudah kecewa dan stress seterusnya tak nak teruskan bermain dengan terapis perututran kita?
Secara konklusi, OT membantu anak untuk lebih fokus dengan cara membantu integrasi sensori mereka, self-regulation, attention, dan juga motor skills dimana semua ini berkait rapat dengan perkembangan percakapan dan bahasa anak-anak. Sekarang anda faham kenapa Terapi Carakerja juga penting untuk anak lambat bercakap?
Okay, sekiranya anda perlukan khidmat Terapis carakerja dirumah sekitar Ampang, Hulu Langat dan Cheras. Boleh hubungi OT Linda di link ni ya. https://wa.link/75pjb0
Untuk warga Batu Caves, kita ada juga OT di Al-Ghazali Special Needs School. Boleh hubungi OT Linda di link ni untuk tempah sesi OT anak anda. https://wa.link/qjbmey