15/02/2026
🏸 SAHA BC INTERNAL TOURNAMENT 2026 🏸
Alhamdulillah, kejohanan Internal Tournament SAHA Badminton Club berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Platform terbaik untuk pemain-pemain muda menguji keberanian, kemahiran dan mental kompetitif mereka!
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu VIP, Dato’ Suhardi Alias dari MSN (Majlis Sukan Negara) yang memberi sokongan dan inspirasi kepada semua atlet SAHA BC. Kehadiran beliau menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan bakat-bakat berpotensi ke peringkat lebih tinggi.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SAHA BC, ibu bapa serta pemain-pemain yang menunjukkan komitmen luar biasa.
Penghargaan khas buat Coach Freddy Saha atas kepimpinan, dedikasi dan usaha berterusan dalam membangunkan generasi atlet yang bukan sahaja kuat dari segi fizikal, tetapi juga mental dan disiplin.
SAHA BC bukan sekadar kelab, tetapi sebuah keluarga yang membina juara! 💪🔥