MALAYSIAN ARMED FORCES HEALTH SERVICES DIVISION

MALAYSIAN ARMED FORCES HEALTH SERVICES DIVISION Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MALAYSIAN ARMED FORCES HEALTH SERVICES DIVISION, Kuala Lumpur.

14/10/2022

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
15 tangkai lada kering - perlu dikisar
5 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara-cara memasaknya:
Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
Kemudian untuk membuat sambal, kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)
Selepas itu masukkan sos tiram dan air asam jawa.
Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal
Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Selamat mencuba

14/10/2022

Resepi Rendang Ayam Hijau tersedap!

Mudah sgt2. Fav raya family di kg saya kt ng9.

Jom try. Power habis!

Bahan

10 biji cili besar hijau blh +

10 biji cili api hijau blh +

2 biji bwg besar

2 ulas bwg putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

2 btg serai

Sedikit serbuk kunyit

Semua bhan diatas dkisar

1 cup santan

1 cup air

2 keping asam keping

2 sdm kerisik

Daun limau purut

Daun kunyit

Garam n perasa

Cara2

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak..

Masukkn ayam.. Kacau sebati...

Masukkn santan air asam keping daun limau..

Masak hingga pecah minyak..

Masukkn garam n perasa..

Siappp

Taburkan daun kunyit

Kredit Resepi : nor zaqiyah

14/10/2022

Ayam goreng berempah...hasil menggoreng 9 ekor ayam tadi..
Resipi
1 ekor ayam
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 batang serai
1in halia
Kunyit hidup @ kunyit serbuk
1 sdm ketumbar
1/2 sdt jintan manis
1/2 sdt jintam putih
* bahan2 di atas di blend
Bahan perasa
Garam
Secukup rasa (pilihan)
Sedikit gula
1 sdm rempah kari
1sdm serbuk cili
2 sdm tepung jagung saya campur dengan tepung beras juga
*campur semua bahan 2 di atas dan bajan blend jadikan paste...gaul dengan ayam yg dibersih dan toskan...goreng dalam minyak cukup panas... masa menggoreng slowkan api...saya s**a goreng dengan daun pandan berbanding dgn daun kari...

Kredit Resepi : norsilah abdullah

14/10/2022

Resepi asam pedas pari

Cili kering segenggam
Bawang besar 3 ke 4 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2 inci
Kunyit hidup 1 inci
Lengkuas 1 inci
Blend semua

Tumis dulu sesudu halba baru masukkan bahan blend. Masuk kan sekali serai 3 batang, daum limau purut 3 4 helai. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ikan gaul sekejap. Masukkan air asam jawa. Cair kan atau pekat kan air asam jawa ikut nak pekat ke nak cair asam pedas tu. masukkan daun kesom banyak2, bunga kantan sekuntum belah dua. Perasakan siapπŸ˜‰

Asam pedas ni kalau nak bagi pekat. Bahan blend tu kena sama banyak dengan ikan. Contoh kalau ikan tu dalam semangkuk. Bahan blend pun semangkuk. Lepas tu air asam jawa tu pun pekat kan.

Jangan ikan sekilo bahan blend secoet je. Mana nak sedap. Selamat mencoba😚

14/10/2022

RESEPI KARIPAP PUSING YANG RANGUP

Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit

Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit

cara-cara
1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun blh)
2. Bulat Bulatkan doh seperti dalam gambar
3. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut
4. bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
5. Boleh Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi
6. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
7. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian
8. Ambil 1 keping adunan dan leperkan masuk inti dan kelim tepi

KREDIT: abang hijau

14/10/2022

AYAM RENDANG TOMYAM CILI PADI

Bahan:
Ayam
*15@20 tangkai cilipadi(nk pedas lbhkn lg)
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*2 hiris lengkuas
*1 biji tomato
4 btng serai-ketuk
5@6 helai daun limau purut
1 sudu mkn kerisik
1 kotak kecik santan
2 pkt pes tomyam adabi
1 kpng asam keping
2 sudu mkn kicap
Garam,gula n perasa

Cara:
Mesin bhn bertanda *
Didihkn ayam n bhn mesin dlm kuali
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan kerisik dan pes tomyam
Masukkan santan,garam,gula n perasa
Masukkan asam keping
Bila dah agak kering..masukkan kicap

Kredit : Mazliza Ahmadβ€Ž

13/10/2022

Resepi ayam panggang ala2 Kenny Rogers

*Bahan2 yg diperlukan:=
1 Ekor Ayam
2 Ulas Bawang Besar
5 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
1 Senduk Sos Lada Hitam
2 SdB Serbuk Lada Hitam
2 SdB Madu
1 Ketul Kiub Ayam
2 SdB Gula Pasir/Perang
2 SdB Serbuk Oregano/herba campuran
Garam secukup rasa
100ml Air
2 SdB Minyak Zaitun/minyak masak biasa pon xpa☺

Cara2:=

Kisar kesemua bahan2 di atas kecuali ayam😁 Lumurkan bahan2 yg dikisar pada keseluruhan ayam yang telah dibersihkan di bahagian luar dan dalam.
Perap ayam selama 1 hingga 2jam di dalam chiller.
Seterusnya boleh la panggang ayam di dalam oven selama 1 jam dgn suhu 220℃.
Bagi pengguna Breadmaker Noxxa suhu cuma tetapkan pada 170℃ dan masanya 1 jam 45 minit..
tambahan,disebabkan sy hantu sayur,sy letak ubi kentang,carrot,brokoli dan capsicum.

Kredit Resepi : muhammad azhari

13/10/2022

Resepi Ayam Pandan Goreng

Bahan-bahan:

βœ… 500 gram fillet ayam (dipotong kiub)
βœ… 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
βœ… 1 inci halia (dihiris nipis)
βœ… 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
βœ… 2 sudu kecil akar daun ketumbar (dihiris nipis)
βœ… 2 sudu kecil serbuk biji ketumbar
βœ… 2 sudu kecil gula perang
βœ… 2 sudu kecil lada putih
βœ… 2 sudu kecil sos tiram
βœ… 2 sudu kecil kicap cair
βœ… 1 sudu kecil minyak bijan
βœ… Daun Pandan secukupnya
βœ… Lidi kayu

Cara:

1. Dalam mangkuk, gabungkan ayam bersama bawang merah, halia, bawang putih, akar daun ketumbar, serbuk biji ketumbar, gula perang, lada putih, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan. Perap selama 30 minit.

2. Gulungkan ayam menggunakan daun pandan, dan cucuk gulungan dengan lidi kayu.

3. Stim ayam selama 10 minit ataupun sehingga separuh masak.

4. Goreng ayam sehingga bewarna keperangan.

13/10/2022

Masak cuka.. Sedapp sangat πŸ‘πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜…

Resepi

3 potong ikn apa pun boleh..

Lumur grm kunyit
Goreng sekejap
5 biji bawang putih(x perlu dihiri)
5 bijikl bawang merah(x perlu dihiris)
Halia hiris nipis
Biji sawi 1sdb

Cabai besar muda belah 2
Bawang besar belah 4
Gula
Garam

Guna minyak goreng ikn tadi ye

Masukkn biji sawi
Tumis sekejap
Msuk bawang putih bawang merah, halia

Bila dah kekuningn masuk kan setengah cawan cuka
Dan setengah cawan air
Reneh sekejap
Masuk ikan yang digoreng tadi
Dah sikit didih..perasakn dengan gula dan grm
Bila dah nak msk.. Masuk bawang besar dan cabai muda

Masak sekejap.. Tutup api.

13/10/2022

RESEPI AYAM SERAI THAI

Bahan Bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
1 tsp serbuk kunyit
Garam
Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing
Bahan Sambal ;
2 batang serai di ketuk
5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi, ambil.jusnya
Kisar :
5 cili besar
6 cili padi
3 bawang putih
4 bawang merah
CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

2. Masukkan serai dan daun limau purut

3. Kacau rata masukkan kiub ayam

4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi

5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.

6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.

7. Tutup api dan hidangkan.πŸ˜‹

Kredit : Suriati Silad

13/10/2022

RESEPI SIAKAP BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap sederhana besar
4 biji limau kasturi diambil airnya
3 helai daun kunyit dihirs halus
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
daun pisang atau aluminum foil

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
4 biji lada merah
2 biji buah keras (optional)
4 batang serai
segenggam udang kering
1/2 inci persegi belacan
3 helai daun limau purut

Cara:
Ikan siakap dibesihkan, dibuang sisiknya dan direndam dalam air asam. Pastikan semua darah yang melekat dikawasan ingsangnya dibuang sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam berlumpur ikannya.
Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan
Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing.
Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya
Masukkan rempah gareng tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas ikan.
Sekiranya tidak mempunyai ketuhar, bolehlah dibakarkan di atas kuali. Tapi kena balikkan lah bungkusan ikan itu, atau dibakar diatas kuali yang bertutup.

Selamat mencuba!

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MALAYSIAN ARMED FORCES HEALTH SERVICES DIVISION posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram