The Solusi

The Solusi The Solusi - Persoalan tentang kehidupan dan rumahtangga, kita jawab daripada hati ke hati.

Untuk episod seterusnya Ibrah Online. Bersama The Solusi, insyaAllah esok jam 10:00 pagi. Ikuti page Jabatan Hal Ehwal A...
02/12/2025

Untuk episod seterusnya Ibrah Online.

Bersama The Solusi, insyaAllah esok jam 10:00 pagi.

Ikuti page Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan "Official" ya.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Rezeki orang baik beginilah. Dapat ruang dan waktu bertaubat, bercakap-cakap dengan Al...
12/11/2025

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Rezeki orang baik beginilah.

Dapat ruang dan waktu bertaubat, bercakap-cakap dengan Allah, merayu nak kembali dalam keadaan baik.

Sempat berjumpa ramai kawan kawan. Orang baik, ustaz ustazah, tak kira bangsa dan agama datang ziarah.

Sempat titip pesan nasihat untuk kita yang masih hidup. Hari hari ingatkan tentang kebaikan dan kekuatan untuk terus berdiri melawan semua jenis ujian.

Ini akan jadi jariah berpanjangan buat jutaan yang membaca.

Sempat juga minta maaf dengan semua orang. Sempat memaafkan juga.

Selesai. Kosong-kosong.

Dan dia pergi. 😭

Tenang sebab dah selesaikan semua urusan dunia dia.

Rehatlah CE. Rehat selamanya.

Hang pergi dulu. Kami susul kemudian.

Al-Fatihah buat CE Nassry Mardee Ismail IV.

Ikhlas,
Firdaus Mokhtar

Penulis asal: Firdaus Mokhtar

09/11/2025

Ada manusia yang mati, sebelum matinya jasad.

Maksudnya hatinya telah mati. Hidup tanpa ada belas ihsan dan tak ada batas logik akal fikiran yang waras.

Ruhnya telah hancur dimusnahkan nafsu, yang hidup cuma jasad yang asyik salahkan Tuhan.

Bila diuji, marah yang tak ada penyudahnya. Salahkan p**a ramai orang lain. Kesilapan dan kelemahan diri sendiri langsung tak nampak.

Kalau nak bertindak asyik sahaja nak menghukum. Tak dimulakan dengan mendidik. Nak pukul, maki dan kalau boleh dibunuh saja.

Ngeri kan?

Tapi itulah realiti ramainya manusia hari ini. Tuduh menuduh, salah menyalahkan.

Kadang tak perlu kita perhati hal ini dengan orang yang kita tak kenal. Saling menyalahkan ini dalam rumah tangga pun berlaku hari hari.

Tak ada yang nak mengaku salah sendiri, yang dituding semuanya salah pasangan. Suami rasa diri betul, isteri pun sama tak rasa diri salah.

Akhirnya berpisah. Dah berpisah cerita tak berhenti di situ. Dilagangkan p**a pada anak-anak yang ayah atau mak dia dululah punca rumah tangga ini terbelah.

Allahu. Nampak tak, akibat marah yang tak ada kesudahan?

Sekali lagi, ngeri sungguh. Hilang semua kebaikan, yang tinggal cuma benci dan dendam.

Sampai ke hari mati dia yang sebenar nanti, dia takkan pernah sedar;

“Aku juga ada banyak kelemahan. Aku juga ada salah dalam membuat keputusan.”

Moga kita dijauhkan daripada menjadi manusia yang begitu.

Aminnn.

Penulis asal: Firdaus Mokhtar

Jom niat buat kebaikan hari ini. Kebaikan kecil yang tak perlu keluarkan kos yang banyak pun.Kita susun 10 dulu;1. Bagi ...
09/11/2025

Jom niat buat kebaikan hari ini. Kebaikan kecil yang tak perlu keluarkan kos yang banyak pun.

Kita susun 10 dulu;

1. Bagi salam pada sesiapa sahaja yang kita jumpa.
2. Hadiahkan senyuman kepada siapa pun.
3. Asingkan duit kecil, jumpa anak kecil sedekah pada mereka.
4. Ziarah anak yatim.
5. Kutip dan alihkan halangan atas jalanan.
6. Santuni orang tua.
7. Mengadap badan pada orang yang bercakap dengan kita.
8. Tolong isteri buat kerja rumah.
9. Ziarah kawan yang sakit.
10. Memaafkan kesalahan orang lain.

Begitulah.

Selamat pagi ya. 🤲🏻

Penulis asal: Firdaus Mokhtar

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Solusi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to The Solusi:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram