Department of Nephrology Hospital Kuala Lumpur

Department of Nephrology Hospital Kuala Lumpur Department of Nephrology
Hospital Kuala Lumpur
nefrologi.hkl@moh.gov.my

26/09/2025

๐ŸŒ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“!

Tema โ€œUdara Bersih, Rakyat Sihatโ€ membawa mesej bahawa kesejahteraan rakyat bermula dengan udara yang kita hirup setiap hari.

Kualiti udara yang baik bukan sahaja mengurangkan beban penyakit, malah meningkatkan tahap kesejahteraan komuniti dan menyokong pembangunan negara secara menyeluruh.

๐ŸŒฑ Amalan mudah seperti mengurangkan pembakaran terbuka, menggunakan pengangkutan awam, serta mengitar semula sisa mampu memberi impak besar kepada kualiti udara.
โ€จ๐Ÿ’จ Setiap langkah kecil ke arah kelestarian akan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat dan lestari untuk generasi akan datang.

๐Ÿค Mari bersama menjadikan udara bersih sebagai warisan berharga demi kesihatan rakyat dan kesejahteraan bumi tercinta.

12/09/2025

Tahniah, selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Dr. Nor Hayati binti Ibrahim atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Perubatan) I, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ucapan ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi & warga kerja HKL.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat HKL

20/08/2025

Ramai yang dah lama pasang niatโ€ฆ nak mula bersenam, nak rasa badan lebih ringan, nak hidup lebih sihat. Tapi bila tiba masa, hati jadi berat, tak tahu nak mula dari mana.

Percayalah, anda tak keseorangan. Ramai yang pernah rasa perkara sama. Dan sebenarnya, untuk mula, anda tak perlu apa-apa yang besar.

Cukuplah langkah kecil berjalan 10 minit, regang badan sekejap, atau naik tangga sekali sehari.

Setiap langkah kecil itu adalah kemenangan. Jangan banding dengan orang lain, jangan paksa diri jadi sempurna. Yang penting, anda bergerakโ€ฆ anda mula.

Kerana dalam setiap langkah kecil itu, ada harapan baru untuk tubuh yang lebih sihat, hati yang lebih tenang, dan hidup yang lebih panjang.

20/08/2025

Tanda-tanda tak disangka anda mungkin ketagih gula (terutama pada waktu malam)

Ramai tak sedar, ketagihan gula paling kuat datang bila malam menjelma. Lepas makan malam, ada yang rasa mesti kena minum teh tarik, kopi manis atau kudap coklat sebelum tidur.

Kajian menunjukkan otak manusia cenderung mencari makanan manis pada waktu malam kerana paras hormon ghrelin (hormon lapar) meningkat, manakala kawalan diri menurun. Akibatnya, craving gula jadi lebih sukar ditahan.

Tanda-tanda tak disangka anda mungkin ketagih gula:

โ€ข Tak boleh tidur tanpa minuman manis atau dessert
โ€ข Cepat marah atau gelisah bila โ€œmissโ€ air manis malam
โ€ข Rasa letih luar biasa bila tak ambil gula
โ€ข Buah-buahan rasa tawar, sebab lidah sudah terbiasa manis berlebihan
โ€ข Sakit kepala atau mood swing bila cuba kurangkan minuman manis

Masalahnya, ketagihan gula waktu malam lebih merbahaya tubuh tak sempat bakar kalori, gula bertukar jadi lemak dan risiko diabetes meningkat.

Cuba semak diri sendiriโ€ฆ adakah tanda-tanda ini ada pada anda?

20/08/2025

Pagi 10 Ogos itu, Darna Tajudin keluar berjoging seperti biasa. Seorang ibu berusia 41 tahun yang ceria, aktif, dan dikenali ramai kerana sifat pemurahnya. Di sebalik senyumannya, arwah pernah berkata bahawa beliau mahu meninggalkan sesuatu untuk orang lain walaupun setelah tiada.

Namun takdirnya terlalu pilu. Sebuah kenderaan dipandu pemandu mabuk merempuh dari arah belakang. Tubuhnya rebah di jalanan. Dunia seakan terhenti. Darna segera dibawa ke hospital dan ditempatkan di ICU. Doktor-doktor berjuang, namun selepas seminggu, beliau disahkan mengalami brain death. Pada 17 Ogos, arwah pergi menghadap Ilahi.

Tangisan anak-anaknya lima orang kesemuanya, masih muda, berusia 9 hingga 18 tahun bergema di sekeliling katil hospital. Kehilangan itu terlalu berat. Tetapi dalam hiba itu, keluarga membuat keputusan yang penuh keberanian: menunaikan amanah terakhir arwah.

Kerana sebelum ini, Darna pernah menyuarakan keinginannya. โ€œKalau aku tiada nanti, biarlah organ aku membantu orang lainโ€ฆโ€ Kata-kata itu menjadi ikrar. Dan keluarganya memilih untuk menghormati ikrar itu.

Maka di bilik pembedahan Hospital Tawau, sebuah momen yang menyayat hati terjadi. Seluruh kakitangan berdiri tegak, tangan di dada, dalam sunyi yang menekan jiwa. Mereka memberi penghormatan terakhir sebelum operasi pendermaan kornea dilaksanakan.

Tubuh arwah terbujur kaku di atas katil, tetapi jasanya sedang hidup. Kornea matanya kini bakal menjadi cahaya untuk insan lain melihat semula dunia. Arwah yang dahulunya penderma darah tegar, kini menjadi penyelamat dalam bentuk yang lebih abadi.

Kematian tidak menutup cerita hidup Darna. Ia hanya membuka bab baru bab tentang kebaikan yang kekal mengalir.

๐Ÿ“Œ Kita juga boleh menulis bab itu untuk diri kita.

Ikrar pendermaan organ kini boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

Namun jangan berhenti di situ. Maklumkan kepada keluarga, kerana di saat terakhir nanti, merekalah yang akan menunaikan ikrar itu bagi pihak kita.

Hari ini, dunia mungkin menangisi kehilangan Darna. Tetapi esok, ada insan yang akan tersenyum kerana melihat kembali dengan cahaya matanya.

Kerana cinta tidak pernah mati. Ia hidup dalam setiap nyawa yang diselamatkan. Warisku, Hormati Ikrar Ku.

20/08/2025

Selesai sudah Webicara MKPO pagi ini!
Terima kasih atas sokongan anda semua ๐Ÿ’š
๐Ÿ“Œ Esok kita sambung lagi dengan sesi TikTok Live pada sebelah petang.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami secara langsung!

14/08/2025

๐Ÿ’š ๐–๐„๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐Ž๐‘๐†๐€๐ ๐Ÿ’š

Sertai kami secara langsung untuk menyelami dedikasi
wira barisan hadapan dalam pengurusan pendermaan
organ serta kisah kekuatan keluarga penderma yang
menginspirasikan.

๐Ÿ—“ 21 Ogos 2025 (Khamis)
๐Ÿ•™ 10.00 โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Live di Facebook Derma Organ

14/08/2025
14/08/2025

SELAMAT BERSARA & JASAMU DIKENANG,
Buat Dr Hjh Shahrum Binti Ismail, Timbalan Pengarah (Perubatan) I, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terima kasih kami ucapkan di atas segala pengorbanan, sumbangan dan jasa bakti beliau kepada HKL sepanjang tempoh berkhidmat di sini. Ucapan Ikhlas daripada Pengarah & seluruh warga kerja HKL

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat HKL

06/08/2025
06/08/2025

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Reruai Utama Kementerian Kesihatan Malaysia di Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan.

Antaranya:
๐Ÿฉบ Pembuatan Gigi Palsu โ€” 3D Technology For Denture
โ ๐Ÿฉบ Saringan Kesihatan Awam
๐Ÿฉบ My Ubat Checker, Kenali Ubat Anda & Farmachecker
๐Ÿฉบ Program Latihan di ILKKM

Pelbagai perkhidmatan kesihatan ๐Ÿฉบ yang ditawarkan secara percuma dan program yang menarik menanti anda semua. Bawalah bersama seisi keluarga. โ™ฅ๏ธ

Jom sama-sama hadir memeriahkan program ini di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantanโ€ผ๏ธ

โ€˜๐’๐š๐ข๐ง๐ฌ, ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข (๐’๐“๐ฅ) ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญโ€˜

06/08/2025

KES PENDERMAAN ORGAN/TISU BAGI BULAN JULAI 2025

Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) sukacita memaklumkan bahawa terdapat 8 kes pendermaan organ/tisu yang berjaya dilakukan pada bulan Julai 2025.

NTRC dengan tulus murni ingin merakamkan ucapan takziah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas keikhlasan serta kesediaan membenarkan urusan pendermaan organ dan tisu tersebut berlaku.

Perolehan organ/tisu pada kali ini melibatkan :

Pusat Perubatan Universiti Malaya
Hospital Tuanku Ampuan Rahimah
Hospital Tuanku Ja'afar
Hospital Pulau Pinang
Hospital Kuala Lumpur
Hospital Melaka

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Jabatan Forensik dan Dewan Bedah, Pasukan Koordinator NTRC serta pihak lain yang terlibat dalam menguruskan kes pendermaan di atas dengan teratur dan jayanya.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

08:00 - 17:00

Telephone

+60326155555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Department of Nephrology Hospital Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Department of Nephrology Hospital Kuala Lumpur:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category