Ex Foam Insulation Sdn Bhd

Ex Foam Insulation Sdn Bhd Specialist for Thermal Insulation especially hospital & medical centre Kedua-dua bahan ini dicampurkan dengan nisbah 1:1 untuk menghasilkan PU yang stabil.

Polyurethane foam (PU) adalah kombinasi 2 bahan iaitu Voracor CY3129 Polyol (yang telah dicampurkan dengan gas 114b) dan Voracor CD345 Isocynate. Ketumpatan PU adalah bergantung kepada nisbah campuran. Kekonduksian terma (thermal conductivity, k-value) adalah bergantung kepada ketumpatan bahan. Semakin tumpat bahan, k-value akan menjadi semakin tinggi yang akan menyebabkan bahan ini tidak menjadi penebat haba yang bagus.Nilai k-value seharusnya diantara 0.0200W/m.K- 0.0290W/m.K

PU digunakan sebagai bahan penebat haba untuk mencegah masalah kondensasi daripada berlaku dengan mengawal suhu permukaan (surface temperature) dinding mahupan concrete slab supaya lebih tinggi berbanding takat embun (dew point). Dew point adalah nilai suhu tertentu dimana wap udara bertukar menjadi air. Penggunaan PU akan mengurangkan perpindahan haba dari luar (suhu panas) kepada dalam bangunan (suhu sejuk) yang menggunakan penghawa dingin selama 24jam. Produk ini boleh digunakan di bangunan hospital, klinik kesihatan, lantai computer, bilik kawalan, bumbung, apartmen dan kondominium, atau mana-mana bilik yang menggunakan penghawa dingin selama 24jam. Penggunaan PU juga akan menjimatkan penggunaan elektrik bagi penghawa dingin dengan mengurangkan perpindahan haba panas dari luar dan bilik sentiasa dalam keadaan sejuk. Projek Terkini EX FOAM INSULATION SDN BHD :
1. Hospital Bentong Pakej 2,
2. CRC General Hosp. Sarawak,
3. Tawau Hospital

Settled. 👌👌👌
27/10/2024

Settled. 👌👌👌

Extension Pantai Hospital Penang.1st project Pantai Hospital Seri Manjung, selepas tu Pantai Hospital KL & Pantai Hospit...
11/10/2024

Extension Pantai Hospital Penang.

1st project Pantai Hospital Seri Manjung, selepas tu Pantai Hospital KL & Pantai Hospital Ayer Keroh. 3 project ni Exfoa sebagai subcon.

Exfoam juga merupakan company yang berdaftar sebagai Vendor di Hospital Pantai Seluruh Malaysia.

Ada projek kita buat direct, ada projek kita menjadi subcon kepada kontraktor. Begitu la lumrah bila berada di dalam industri pembinaan.

Tidak perlu menongkah langit. Kita ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk. Buat kawan dengan semua org.

InsyaAllah next move di Bangunan Baru Hospital Pantai Penang, Bayan Lepas.

Klinik Kesihatan Semenyih ; PU Wall Injection  & Soffit Slab Insulation
22/07/2024

Klinik Kesihatan Semenyih ; PU Wall Injection & Soffit Slab Insulation

AHU WALL INSULATION @ KPJ Kuala Selangor.Specification : 26 Gauge GI Sheet with 30% perforated & 50mm thk Rockwool.
04/06/2024

AHU WALL INSULATION @ KPJ Kuala Selangor.
Specification : 26 Gauge GI Sheet with 30% perforated & 50mm thk Rockwool.

Partition Wall : Tadika Majlis Bandaraya Seberang Prai
27/03/2024

Partition Wall : Tadika Majlis Bandaraya Seberang Prai

“Boss saya terlalu cerewet bab kerja. Nasib baik duit tak cerewet “ 🤭🤭Cerewet yang dimaksudkan adalah terlalu details / ...
25/10/2023

“Boss saya terlalu cerewet bab kerja. Nasib baik duit tak cerewet “ 🤭🤭

Cerewet yang dimaksudkan adalah terlalu details / terperinci atau perfectionist. Do 1st time right. Tiada istilah cincai atau kautim bagi siap cepat. Banyak kali pekerja sy diminta utk tidak follow spec bila di tapak. Apa jawapan dia ? TAK BOLEH BOSS SAYA CEREWET NANTI SAYA KENA MARAH. 🤭🤭

Exfoam dilatih memberi kualiti terbaik. Kita mungkin kawan, sepupu, sedara, bau bau bacang. Tapi bab kerja kita tiada kompromi.

Harga kami memang mahal tapi lihat hasil kerja kami. Kepakaran dari segi teknikal, workmanship telah terbukti sejak penubuhan company 2011 sehingga 2023.

Alhamdulillah lebih sedekad masih bertahan. Apa yang kami perjuangkan ialah jadilah kontraktor yang genuine. Speak the truth do the right thing.

Bukan semua projek yang kami tender kami dapat, tetapi apa yang kami dapat , kami berikan 200% komitmen. Tidak kira siang atau malam. InsyaAllah.

Hospital Tunku Azizah @ Women & Children Hospital Kuala Lumpur.Exfoam terlibat dengan Projek ini dari sejak awal. Sebaik...
06/10/2023

Hospital Tunku Azizah @ Women & Children Hospital Kuala Lumpur.

Exfoam terlibat dengan Projek ini dari sejak awal. Sebaik mana pun design, mesti ada kekurangan yang tidak dapat di elakkan.

Dengan alasan penjimatan kos, “engineering value” dan ayat2 sinis mengatakan tidak perlu dibuat insulation. Tidak akan ada masalah.

Sekarang, “kami datang lagi” …. Naik taraf level 10 untuk mencegah masalah kondensasi.

Nak siap 7hari permintaan vendor, MUSTAHIL… Dengan keadaan wad yang penuh dengan equipment, services di atas siling. Sekurang2nya 14hari kata pakar🤭🤭

Do it right FIRST TIME.

Benda yang wajib dibuat tidak perlu compromise.

Ingat, ini duit RAKYAT. We serve Rakyat.

Day 2 : Klinik Kesihatan Kepala Batas, Kedah.Installation thermaline plaster board for TCR Room to prevent condensation ...
06/10/2023

Day 2 : Klinik Kesihatan Kepala Batas, Kedah.

Installation thermaline plaster board for TCR Room to prevent condensation and mould growth.

06/10/2023

Skim coat on thermaline Plasterboard

Thermaline PlasterboardProject : Klinik Kesihatan Kepala Batas
05/10/2023

Thermaline Plasterboard
Project : Klinik Kesihatan Kepala Batas

05/10/2023

Wall & Ceiling Insulation for TCR Room

Address

Kuala Lumpur
SETAPAK,53300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ex Foam Insulation Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ex Foam Insulation Sdn Bhd:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram