Cleft Lip And Palate Association of Malaysia

Cleft Lip And Palate Association of Malaysia CLAPAM is the only registered/recognized national organisation on clefts in Malaysia. CLAPAM also functions as a link between members and medical professionals.

Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM) is a non-profit, non-government organisation and a support group consisting of volunteers from parents with children born with cleft lip and/ or palate, adults with cleft lip and/ or palate and healthcare professionals who manage such individuals CLAPAM provides various support services including counselling, information on feeding and care of cleft babies, and hospital/house visits.

Peluang Membentuk Pelan Induk Tenaga Kerja Kesihatan BersekutuCLAPAM telah dijemput oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia...
06/12/2025

Peluang Membentuk Pelan Induk Tenaga Kerja Kesihatan Bersekutu

CLAPAM telah dijemput oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyumbang kepada pembentukan “Pelan Induk Tenaga Kerja Kesihatan Bersekutu” bagi tahun 2026-2035. Projek kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini bertujuan membangunkan pelan komprehensif bagi memperkukuh pembangunan sumber manusia dan perkhidmatan Kesihatan Bersekutu (contoh, pertuturan, audiology, terapy kerja). Ahli ahli CLAPAM dijemput bersama sertai melalui pautan di bawah. Sila beri maklumbalas sebelum 12 Disember, 2025.

Terima kepada KKM menjemput CLAPAM sumbang maklum balas perkhidmatan kesihatan bersekutu.

We have been approached by KKM to participate in a survey to help draft the Allied Health Workforce Blueprint 2025-2035. This initiative is in collaboration with the World Health Organisation (WHO). It is thus an opportunity for CLAPAM members to provide an input to the development of such blueprint for the nation, especially so because we are engaged with allied health disciplines such speech, audiology and occupational therapy. Do participate as you see fit through the lick below. Please complete the survey by 12 December, 2025.

Thank you to KKM for inviting us to provide our feedback and inputs.

Survey Link is as follows:
https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=aBXqVshD5kynMN6F7z7YXIxi_sCdtb5KlcaUo4gLeuFUMjUxTkc3NkpZSjUxOE9WQU00RDBQS1ExSS4u&route=shorturl




Program Membaiki Kualiti Suara Kanak-kanak klefKami mempelawa ahli-ahli CLAPAM yang mempunyai anak yang berkeadaan klef ...
21/11/2025

Program Membaiki Kualiti Suara Kanak-kanak klef

Kami mempelawa ahli-ahli CLAPAM yang mempunyai anak yang berkeadaan klef bibir dan lelangit untuk menyertai satu program khas. Program ini terbuka kepada kanak-kanak klef berumur 4-6 tahun yang telah menjalani pembedahan baik pulih lelangit.

Program berbentuk kajian oleh Fakulti Pergigian Universiti Malaya bertujuan menilai kesan latihan vokal berstruktur ke atas kualiti suara. Anak-anak yang dipilih akan menjalani latihan bersama jurulatih vocal bertauliah bagi membantu baiki kualiti suara. Program ini akan memakan masa selama 12 minggu. Penyertaan adalah percuma. (Sila rujuk rajah yang dilampirkan).

Ibu bapa yang berminat boleh menghubungi Dr Fatin di 018 4716854

We would like to invite CLAPAM members who have a child with cleft lip and palate condition to join this special program. The program is opened to children, 4-6 years age group, who have undergone palate repair.

The program is a research by Faculty of Dentistry Universiti Malaya to study impact of structured vocal exercises on quality of voice. A certified vocal instructor will guide selected children in enhancing his/her voice over a 12-week period. Participation is free of charge. Please refer to attached flyer.

Interested parents can contact Dr Fatin at 018 4716854




Kunjungan Hormat – YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah IsmailKami ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Dr Wan Azi...
10/11/2025

Kunjungan Hormat – YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana meluangkan masa menerima kunjungan kami. Perjumpaan mesra penuh bermakna berlangsung di pejabat beliau di Parlimen. Kami mengambil peluang ini untuk berkongsi lanskap klef di Malaysia (termasuk penjagaan menyeluruh ditawarkan oleh pasukan klef negara kita) dan khidmat jasa CLAPAM.

Buku “Klef . . . 1 dalam 700” dan buku foto cenderahati KLEF2024 dihadiahkan kepada beliau. Semoga apa yang disampaikan dan usaha murni memperkasakan klef diberkati.

We would like to express our sincerest gratitude and appreciation to YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail for making time to meet us. The cordial and meaningful session was held at her office in Parliament. It provided an opportunity to share about cleft landscape in Malaysia (including comprehensive cleft care by our healthcare providers), in addition to the services provided by CLAPAM.

Our book “Klef . . . 1 dalam 700” and the souvenir photobook from KLEF2024 were presented to her. May whatever that was conveyed and sincere efforts to dignify cleft be blessed.




Program Amal Colgate-Palmolive, Watson & CLAPAMColgate-Palmolive & Watson terus meraikan masyarakat klef di Malaysia mel...
09/11/2025

Program Amal Colgate-Palmolive, Watson & CLAPAM

Colgate-Palmolive & Watson terus meraikan masyarakat klef di Malaysia melalui program lukisan mural. Ini adalah tahun ke empat kerjasama dengan CLAPAM menghadiahkan lukisan mural dinding untuk hospital/klinik yang kendali klef. Tema tahun ini ialah “Small Acts, Big Smiles”.

Hospital Sultan Idris Shah (HSIS - Serdang) dipilih sebagai penerima. Program dirasmikan Timbalan Pengarah (Pengurusan) HSIS, Puan Mini Panggi, mewakili Pengarah Hospital. Beberapa orang kanak-kanak klef serta keluarga mereka mengambil bahagian. Selain lukisan mural, terdapat juga aktiviti penjagaan kesihatan gigi, menghias “teddy bear” dan melakar lukisan di bekas pemegang berus gigi.

Terima kasih kepada yang mengambil bahagian dan kepada sukarelawan dari CLAPAM dan pelajar pergigian UKM kerana membantu. Terima kasih kepada Colgate-Palmolive & Watson. Tahniah HSIS!

Colgate-Palmolive & Watson continues with their mural wall program gifting it hospitals/clinics offering cleft services. This is the fourth year of collaboration with CLAPAM. This year’s theme is “Small Act, Big Smiles”.

Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang was selected as this year’s recipient. Hospital Deputy Director (Administration), Puan Mini Panggi ,representing the hospital director , officiated the program. Cleft children with their families participated in this program. Apart from painting the mural, they had the opportunity to learn about oral hygiene, decorate a teddy bear and draw on a tooth brushing holder.

Congratulations to HSIS . Thank you to those who took part and to volunteers from CLAPAM and dental students from UKM for helping. Our heartfelt appreciation and gratitude to Colgate-Palmolive & Watson for their meaningful contribution. Congratulation to HSIS!




BKK2025 – Ringkasan, Rumusan & Terima KasihTahun ini adalah kali ke lima kita menyambut Bulan Kesedaran Klef (BKK) khusu...
05/11/2025

BKK2025 – Ringkasan, Rumusan & Terima Kasih

Tahun ini adalah kali ke lima kita menyambut Bulan Kesedaran Klef (BKK) khusus untuk Malaysia.

Kami amat gembira bentuk dan bilangan aktiviti BKK meningkat dari tahun ke tahun. Program tahun ini juga melibatkan Sabah dan Sarawak selain di Semenanjung. 14 aktiviti telah diadakan. 4 pembentangan/perkongsian disampaikan CLAPAM di Malaysia. Di peringkat antarabangsa p**a kita memain peranan berkesan ketika International Cleft Congress bersidang (rujuk muat naik FB bertarikh 28 Oktober).

Antara data (setakat ini) ketika berlangsungnya BKK 2025 sepanjang bulan Oktober:
Pembiayaan pembedahan – 9 kes.
Pembiayaan rawatan sokongan – 4 kes
Kelahiran bayi klef pada 1 Oktober di Kuala Lumpur & Teluk Intan
Kelahiran terakhir (maklumat setakat ini) – 29 Oktober di Sibu & Serdang
Jumlah kelahiran bayi klef sepanjang Oktober (maklumat setakat ini) – 20 kes
Jumlah kunjungan ke FB CLAPAM – 23,729

Terima Kasih kepada semua yang menyambut BKK2025 (bulan khas untuk kita). Semoga kita semua terus mendaulatkan negara dengan meraikan Bulan Kesedaran Klef Malaysia. Bersama kita terus memartabatkan klef di Malaysia.

This year is the fifth occasion we are celebrating the Cleft Awareness Month (CAM) for Malaysia.

We are pleased to note that uptake for CAM has grown year-on-year. This year we also have Sabah and Sarawak celebrating this special month for all of us involved in cleft care. !4 activities were completed throughout October. 4 talks were presented by CLAPAM locally. At the international, we made a strong presence at the International Cleft Congress in Kyoto, details of which were uploaded previously.

Some other interesting trivia on CAM 2025 include:
Sponsored surgeries – 9 cases
Sponsored non-surgical cleft treatment – 4 cases
First cleft baby born – 1 Oct in Kuala Lumpur & Teluk Intan
Last cleft baby born (info at time of this posting) – 29 Oct in Sibu & Serdang
No. of new cleft babies born – 20
No. of FB views - 23,729

Thank You to all who celebrate CAM 2025 (a special month for us). May we all continue to celebrate CAM and honour Malaysia’s effort to dignify cleft in our nation.




BKK2025 - Program Amal Pickle Ball HTPNBulan Oktober telah sampai ke penghujung; begitu juga dengan Bulan Kesedaran Klef...
01/11/2025

BKK2025 - Program Amal Pickle Ball HTPN

Bulan Oktober telah sampai ke penghujung; begitu juga dengan Bulan Kesedaran Klef 2025.

Satu program riadah amal anjuran Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial HTPN Kajang telah diadakan pada 31 Oktober sebagai aktiviti terakhir. Pertandingan “Pickle ball” serta pertandingan poster yang diadakan menyediakan berbagai hadiah menarik. Pertandingan ini telah disertai oleh pasukan dari pelbagai bidang kepakaran yang mengendali klef. Selain memberi peluang berinteraksi, ia dapat memupuk semangat kesukanan antara jabatan. Juga menyerlahkan kreativiti mereka melalui poster yang direka. Tema program “Let’s smash the cleft stigma” bersesuaian dengan aktiviti pickle ball.

Tahniah OMFS HTPN membawa program kreatif meraikan penghujung Bulan Kesedaran Klef 2025. Semoga inisiatif dan kreativiti ini berterusan.

As October come to end, so does the Cleft Awareness Month 2025.

A creative and interactive program was conducted by Oral Maxillofacial (OMFS) HTPN Kajang as a symbolic closure of the Cleft Awareness Month 2025. The activity involved a small tournament of pickle ball and poster exhibition, both offering prizes to winners. The multidisciplinary team involved in cleft care participated. This gives them a chance to interact and foster sportsmanship between the departments. Also, it brings out their creativity in designing posters. The theme was “Let’s smash the Cleft Stigma”” appropriately matched the activities.

Congratulations to OMFS HTPN Kajang for the creativity. May the programs for Cleft Awareness Month in 2026 continue to bring surprises.




BKK2025 - Kesedaran Klef @ Hospital TawauSabah juga menyambut Bulan Kesedaran Klef 2025. Hospital Tawau, melalui Jabatan...
30/10/2025

BKK2025 - Kesedaran Klef @ Hospital Tawau

Sabah juga menyambut Bulan Kesedaran Klef 2025. Hospital Tawau, melalui Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial telah mengadakan pameran statik dan membuka peluang untuk masyarakat setempat dan staf hospital untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang klef. Program sebegini menunjukkan keperhatinan terhadap perawatan klef dan semangat pengamal kesihatan bersama-sama meraikan Bulan Kesedaran Klef.

Bulan Kesedaran Klef adalah untuk kita rakyat Malaysia dan warga klef, maka wajarlah kita raikannya. Tahniah dan terima kasih kepada Hospital Tawau kerana setiap program membawa kesan, setiap usaha mencerminkan keazaman rawatan klef yang komprehensif.

Sabah also celebrated Cleft Awareness Month 2025. Hospital Tawau, through its Oral & Maxillofacial Department conducted a cleft awareness program in the form of static display enabling members of the public and hospital staff to browse through information on cleft. Programs such as this demonstrate the support of healthcare providers on cleft care and management and sense of involvement to be part of the national cleft awareness month.

The Cleft Awareness Month is for us Malaysians and those involved in cleft care. It is thus prudent for us to celebrate and honour the initiative. Congratulations and thank you to Hospital Tawau as each initiative demonstrates togetherness, each effort shows commitment towards comprehensive cleft care.




BKK2025 - Program Umum HTPN KajangSempena Bulan Kesedaran Klef 2025, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) telah ...
29/10/2025

BKK2025 - Program Umum HTPN Kajang

Sempena Bulan Kesedaran Klef 2025, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) telah menjayakan satu program Kesedaran Klef untuk masyarakat setempat dan staff hospital.

Program bertemakan “Babies will still be babies”, anjuran bersama Jabatan Pergigian Pediatrik HTPN dan CLAPAM. Sesi perkongsian memberi penekanan pada penyusuan, pemakanan dan pergigian untuk anak anak berkeadaan klef. Program sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang klef bibir dan lelangit serta meningkatkan kefahaman, empati dan sokongan terhadap individu serta keluarga yang berdepan dengan cabaran klef. Ceramah di adakan di Dewan Akasia HTPN dan juga atas talian. Penceramah jemputan terdiri dari terapis pertuturan, doktor gigi dan wakil CLAPAM.

Tahniah HTPN bersama meraikan Bulan Kesedaran Klef 2025.

In conjunction with the Cleft Awareness Month 2025, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) conducted a special program for the public and hospital staff.

With the theme “Babies will still be babies”, the program was organised by the Paediatric Dentistry of HTPN and CLAPAM. It was designed to enhance awareness on challenges and safe feeding of cleft babies as well as oral hygiene. The talks were held at ‘Dewan Akasia’ HTPN as well as online. Invited speakers were a speech therapist, a dentist and a representative from CLAPAM. It is hoped there’s a greater appreciation of managing babies with cleft through programs like this.

Congratulations to HTPN for celebrating Cleft Awareness Month 2025.




BKK2025 - CLEFT2025@Kyoto Selamat DiselesaikanCLEFT2025@Kyoto (International Cleft Congress - ICC) selamat disempurnakan...
27/10/2025

BKK2025 - CLEFT2025@Kyoto Selamat Diselesaikan

CLEFT2025@Kyoto (International Cleft Congress - ICC) selamat disempurnakan pada 24 Oktober. Acara kemuncak majlis penutup ialah undian memilih Tuan Rumah bagi ICC 2033. Dua negara mengemukakan tawaran/bidaan iaitu Amerika Syarikat dan Taiwan. Undian memihak kepada Taiwan. Tuan rumah ICC ke-16 mengalu-alukan delegasi untuk hadir ke Brisbane, Australia pada 2029.

Seramai 1400 delegasi daripada 97 negara menghadiri CLEFT2025. Malaysia, diwakili gabungan Pengamal Kesihatan Malaysia(KKM & Pengajjan Tinggi) dan CLAPAM, telah memain peranan berkesan dan amat bermakna:
Co-Chair: 1 simposium, 2 Panel, 4 Sesi Oral
Panelist: 3 sesi berasingan
Task Force : 1
Oral Presentation : 3
Poster Presentation: 10

Ilmu yang diperolehi, pengalaman yang boleh dijadikan iktibar dan rangkaian pengenalan kesemuanya menjadi sumber untuk tingkatkan semangat dan perkukuhkan lagi perkhidmatan klef di Malaysia. Semoga penglibatan dan sumbangan Malaysia terus mengharumkan negara di persada antarabangsa.

Tahniah kepada delegasi Malaysia. Semoga Pasukan Klef Malaysia menyumbang dengan lebih lagi di Cleft 2029@ Brisbane.

CLEFT2025 has come to an end. A closing highlight on 24 October was the voting to host for 2033. Two countries, United States of America and Taiwan, presented their bids. Taiwan won and will host ICC 2033. The host for 16th ICC @ Brisbane closed the ceremony by inviting all delegates to Australia in 2029.

1400 delegates representing 97 countries attended CLEFT2025. Malaysia was represented by HealthCare Providers (KKM and teaching hospitals) and CLAPAM. Malaysia played a significant part as summarised in the Malay section above.

Knowledge acquired, experience shared/gained and network established are nuggets for us to further enhance comprehensive cleft care in Malaysia. May the contributions and involvement of the Malaysian cleft team make Malaysia recognizable in global cleft care.

Congratulations to the Malaysian team. May Malaysia’s Cleft Team convene and contribute more in Brisbane 2029.




BKK2025 – CLEFT2025@ Kyoto Riadah Amal & Pengasas PenyusuanCLEFT2025@Kyoto amat menarik . . . ia dapat selitkan aktiviti...
25/10/2025

BKK2025 – CLEFT2025@ Kyoto Riadah Amal & Pengasas Penyusuan

CLEFT2025@Kyoto amat menarik . . . ia dapat selitkan aktiviti riadah amal, program untuk masyarakat setempat dan ceramah menyentuh hal-hal kemanusiaan. Ia memberi satu contoh bagaimana kita boleh jayakan persidangan di Malaysia. Beberapa ahli delegasi Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti amal riadah (“morning walk around Tarakagaike Park”).

CLEFT2025 membolehkan kami berjumpa dan berbincang dengan pengasas “Kumagai” feeding technique. Beliau ialah Puan Yukari Kumagai dari Department of Nursing, Osaka University Dental Hospital. Perbincangan tertumpu pada penyusuan alternatif mengguna sudu lembut. Ia juga bersesuaian dengan penyelidikan Dr Hasherah Ibrahim dari UKM yang menyampaikan hasil kajian beliau melalui poster di CLEFT2025.

CLEFT2025 presented a model for conducting cleft conferences. It inserted activity for recreation walk, program for the public and presentations related to the human side of our work. A number of the Malaysian delegation took part in the morning walk around Tarakagaike Park.

CLEFT2025 also enabled us to meet in person, Ms Kumagai who was the creator of the “Kumagai” feeding technique for infants born with a cleft condition. Our discussion was centered around alternative feeding using soft spoon. It is also in line with the research on feeding conducted by Dr Hasherah Ibrahim of UKM who presented a poster at CLEFT2025.

Attending CLEFT2025 was thus productive for us as it enabled networking.




BKK2025 – CLEFT2025@KyotoSatu perkara yang nyata di CLEFT2025@Kyoto ialah tahap dan bentuk perawatan klef di Malaysia am...
24/10/2025

BKK2025 – CLEFT2025@Kyoto

Satu perkara yang nyata di CLEFT2025@Kyoto ialah tahap dan bentuk perawatan klef di Malaysia amat membanggakan. Ini termasuk saringan bayi baru lahir seperti “Newborn Universal Hearing Test”. Sila rujuk juga muka surat 30 buku “Klef 1 dalam 700” bersabit lanskap klef di Malaysia. Banyak negara tidak mampu memberi perkhidmatan menyeluruh dan tidak berupaya menyempurnakan kes. Bersyukurlah kita dengan adanya perkhidmatan ini di hospital hospital KKM, Pengajian Tinggi dan Angkatan Tentera.

Buku “Klef 1 dalam 700” edisi 2 dibawa ke CLEFT2025@Kyoto. Ia diperkenalkan kepada beberapa delegasi luar negara sepertimana kami bawa edisi pertama ke CLEFT2022@Edinburgh. Buku kecil “Risalah Klef” juga mendapat perhatian para delegasi antarabangsa Kesemua naskah Risalah Klef (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) diberi kepada rakan rakan dari Jepun, Canada, Ethiopia, Indonesia, Taiwan, Perancis, India, Mesir, UK dan Pakistan. Ramai berhajat menterjemah ke bahasa masing-masing. Inilah cara kita berkongsi keupayaan Malaysia selain memberi pembentangan oral dan poster.

Attendance at international congress such as ICC makes us realise (yet again) how well cleft care is covered in Malaysia. The availability of domestic resources and facilities, including newborn screening is perhaps something we have taken from granted. Some of these observations are also captured in page 30 of “Klef . . . 1 dalam 700” book. Many countries could not match the standard of care offered by KKM, teaching and armed forces hospitals of Malaysia. We should thus be thankful for what we have.

The 2nd edition of “Klef . . . 1 dalam 700” was introduced at CLEFT2025@Kyoto, similar to the 1st edition introduced at CLEFT2022@Edinburgh. The booklet “Risalah Klef” also attracted great interest from delegates with copies provided to Japan, Canada, Egypt, Ethiopia, UK, France, India, Indonesia, Taiwan and Pakistan. Permission was granted for translation to their own languages. This is one of the ways we are sharing what Malaysia is capable of, beyond the oral and poster exhibitions.




Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 15:00
Tuesday 10:00 - 15:00
Wednesday 10:00 - 15:00
Thursday 10:00 - 15:00
Friday 10:00 - 15:00

Telephone

+60122283677

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cleft Lip And Palate Association of Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Cleft Lip And Palate Association of Malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram