Avicenna Medicare Group Sdn Bhd

Avicenna Medicare Group Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Avicenna Medicare Group Sdn Bhd, Medical and health, Kuala Lumpur.

Rangkaian poliklinik keluarga moden & mesra komuniti dengan 3 cawangan utama :

1.Poliklinik NU Sentral, KL
2.Poliklinik Sentral, Putra Heights
3.Poliklinik Avicenna, TBS

Your wellbeing is our passion
Datang klinik, bawa sihat balik.

Ajarkan Adab Kepada Anak Sebelum Pergi Beraya 🌙Hari Raya bukan sekadar ziarah dan jamuan, tetapi juga masa terbaik untuk...
16/03/2026

Ajarkan Adab Kepada Anak Sebelum Pergi Beraya 🌙

Hari Raya bukan sekadar ziarah dan jamuan, tetapi juga masa terbaik untuk mendidik anak tentang adab dan akhlak yang baik.

Antara adab yang boleh diajar kepada anak sebelum berkunjung ke rumah orang:

• Memberi salam ketika sampai
• Bersalaman dengan orang yang lebih tua
• Menjaga kebersihan rumah orang
• Tidak membuka bilik atau almari tanpa izin
• Tidak mengambil barang tanpa izin
• Mengucapkan terima kasih jika diberi makanan atau duit raya
• Tidak memilih atau mengkritik makanan yang dihidangkan

Didikan kecil seperti ini akan membentuk anak yang berakhlak mulia dan menghormati orang lain.

✨ Didik anak dengan adab, indahkan suasana Hari Raya..
Sebarang pertanyaan boleh terus klik link kami :
Puan Zallili (Head of Marketing)
www.wasap.my/60123812107

Atau hubungi Avicenna Medicare Clinics :

💊Poliklinik NU Sentral
Unit CC29, Concourse Level, NU Sentral Shopping Mall, KL
Tel: +603-28560706 / +6012-9263107

💊Poliklinik Avicenna TBS
Unit L3-23A, Tingkat 3, Terminal Bus, Bandar Tasik Selatan, KL
Tel: +603-90540209 / +6011-65721072

💊Poliklinik Sentral
15, Jalan Putra Indah 9/1, Seksyen 9, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor
Tel: +603-58853806 / +6012-944410

🌿 Your well-being is our passion

Jom follow kami untuk lebih banyak tip kesihatan menarik! 🤩

🚗 5 Tip Hadapi Jem Balik KampungPerjalanan jauh semasa bulan Ramadan boleh menjadi lebih mencabar, terutama ketika berpu...
15/03/2026

🚗 5 Tip Hadapi Jem Balik Kampung

Perjalanan jauh semasa bulan Ramadan boleh menjadi lebih mencabar, terutama ketika berpuasa dan menghadapi kesesakan lalu lintas.

Jaga kesihatan dan keselamatan anda dengan mengamalkan langkah berikut:

✔️ Rancang perjalanan lebih awal dan semak keadaan trafik
✔️ Pastikan badan cukup rehat sebelum memandu
✔️ Bawa bekalan air dan snek untuk berbuka jika masih dalam perjalanan
✔️ Berhenti rehat setiap 2–3 jam untuk regangkan badan
✔️ Kekal tenang dan sabar ketika menghadapi kesesakan
Pemanduan yang selamat membantu memastikan anda dan keluarga tiba di destinasi dengan selamat.

Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat Berpuasa. 🌙

Sebarang pertanyaan boleh terus klik link kami :
Puan Zallili (Head of Marketing)
www.wasap.my/60123812107

Atau hubungi Avicenna Medicare Clinics :

💊Poliklinik NU Sentral
Unit CC29, Concourse Level, NU Sentral Shopping Mall, KL
Tel: +603-28560706 / +6012-9263107

💊Poliklinik Avicenna TBS
Unit L3-23A, Tingkat 3, Terminal Bus, Bandar Tasik Selatan, KL
Tel: +603-90540209 / +6011-65721072

💊Poliklinik Sentral
15, Jalan Putra Indah 9/1, Seksyen 9, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor
Tel: +603-58853806 / +6012-944410

🌿 Your well-being is our passion

Jom follow kami untuk lebih banyak tip kesihatan menarik! 🤩

Brisk walk 30 minit sehari boleh bantu badan lebih sihat, kurangkan stres dan bakar kalori.Tak perlu laju sangat, cukup ...
13/03/2026

Brisk walk 30 minit sehari boleh bantu badan lebih sihat, kurangkan stres dan bakar kalori.
Tak perlu laju sangat, cukup berjalan laju hingga badan terasa aktif.
Jom mula langkah kecil untuk hidup lebih sihat. 🚶‍♀️✨

Sebarang pertanyaan boleh terus klik link kami :
Puan Zallili (Head of Marketing)
www.wasap.my/60123812107

Atau hubungi Avicenna Medicare Clinics :

💊Poliklinik NU Sentral
Unit CC29, Concourse Level, NU Sentral Shopping Mall, KL
Tel: +603-28560706 / +6012-9263107

💊Poliklinik Avicenna TBS
Unit L3-23A, Tingkat 3, Terminal Bus, Bandar Tasik Selatan, KL
Tel: +603-90540209 / +6011-65721072

💊Poliklinik Sentral
15, Jalan Putra Indah 9/1, Seksyen 9, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor
Tel: +603-58853806 / +6012-944410

🌿 Your well-being is our passion

Jom follow kami untuk lebih banyak tip kesihatan menarik! 🤩

⚠️ Bila Ayah Tiba-Tiba Pelat Bercakap — Itu Mungkin STROKSedang bersembang santai, tiba-tiba:Cawan terlepas dari tanganP...
11/03/2026

⚠️ Bila Ayah Tiba-Tiba Pelat Bercakap — Itu Mungkin STROK

Sedang bersembang santai, tiba-tiba:

Cawan terlepas dari tangan

Percakapan jadi pelat

Wajah nampak senget

Jangan anggap sekadar penat atau bergurau.
Itu mungkin tanda strok.

🧠 Apa Itu Strok?

Strok berlaku apabila aliran darah ke otak:

Tersumbat (strok iskemik), atau

Salur darah pecah (strok hemoragik)

Apabila bekalan oksigen terhenti, sel otak mula mati dalam masa beberapa minit.
Sel otak yang telah mati tidak boleh dipulihkan.

🚨 Kenal Pasti Dengan Formula F.A.S.T

F – Face (Muka Senget)

Minta pesakit senyum.
Adakah sebelah muka jatuh atau tidak simetri?

A – Arm (Tangan Lemah)

Minta angkat kedua-dua tangan ke depan.
Adakah satu tangan jatuh atau lemah?

S – Speech (Percakapan Pelat)

Minta sebut ayat mudah.
Adakah sebutan jadi pelat, gagap atau tidak faham arahan?

T – Time (Masa Adalah Nyawa)

Jika ada walaupun satu tanda,
👉 Terus ke Jabatan Kecemasan hospital besar. Jangan tunggu.

⏳ Tempoh Emas 4.5 Jam

Bagi strok akibat salur darah tersumbat, doktor boleh memberikan rawatan pemecah darah beku (thrombolysis/tPA).

Namun rawatan ini hanya boleh diberikan dalam tempoh 4.5 jam pertama dari saat simptom bermula.

Menunggu hingga “esok pagi tengok macam mana” boleh menyebabkan:

✅Lumpuh kekal

✅Masalah pertuturan

✅Hilang ingatan

✅Kematian

❌ Elakkan Mitos Berbahaya

Jangan:

Cucuk hujung jari dengan jarum untuk keluarkan “darah kotor”

Biar pesakit tidur dahulu

Beri makan atau minum sebelum penilaian doktor

Tindakan ini hanya melambatkan rawatan sebenar.

❤️ Pesanan Untuk Keluarga

Strok boleh berlaku tanpa amaran, walaupun pada individu yang kelihatan sihat.

Faktor risiko termasuk:

🔔Tekanan darah tinggi

🔔Kencing manis

🔔Kolesterol tinggi

🔔Merokok

🔔Penyakit jantung

Kenali tanda.
Bertindak pantas.
Masa adalah otak.

📌 Simpan dan kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga.
Ia mungkin menyelamatkan nyawa orang yang kita sayang.

Sebarang pertanyaan boleh terus klik link kami :
Puan Zallili (Head of Marketing)
www.wasap.my/60123812107 atau hubungi
Avicenna Medicare Clinics:

💊 Poliklinik NU Sentral (HQ)
Unit CC29, Concourse Level, NU Sentral Shopping Mall, KL.
Tel: +603-28560706 / +6012-9263107

💊 Poliklinik Sentral (2nd branch)
15, Jalan Putra Indah 9/1, Seksyen 9, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Tel: +603-58853806 / +6012-9444107

💊 Poliklinik Avicenna TBS (3rd branch)
Unit L3-23A, Tingkat 3, Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tel: +603-90540209 / +6011-65721072

🌿 Your well-being is our passion

Jom follow kami untuk lebih banyak tip kesihatan menarik! 🤩

SILENT TREATMENT: Merajuk atau Deraan Emosi?Selepas konflik, ada pasangan yang memilih untuk berdiam diri. Mesej tidak d...
09/03/2026

SILENT TREATMENT: Merajuk atau Deraan Emosi?

Selepas konflik, ada pasangan yang memilih untuk berdiam diri. Mesej tidak dibalas, perbualan diabaikan, dan komunikasi terputus tanpa penjelasan.

Dalam sesetengah keadaan, ini dianggap sebagai merajuk biasa. Namun jika diam digunakan sebagai cara menghukum, mengawal, atau membuat pasangan berasa bersalah tanpa ruang berbincang, ia boleh dikategorikan sebagai bentuk deraan emosi.

Kenapa “dipulaukan” terasa sangat menyakitkan?
Kajian psikologi mendapati pengalaman diabaikan atau disisihkan boleh mengaktifkan bahagian otak yang sama terlibat dalam pemprosesan rasa sakit fizikal. Sebab itu, walaupun tiada sentuhan fizikal berlaku, kesannya tetap terasa mendalam dari sudut emosi.

Kesan yang mungkin berlaku:

💔Overthinking dan rasa bersalah melampau

💔Gangguan tidur

💔Hilang selera makan

💔Sukar fokus bekerja

💔Kebimbangan berpanjangan

💔Harga diri semakin menurun

Setiap individu memberi respons stres yang berbeza, tetapi tekanan emosi akibat pengabaian berulang boleh menjejaskan kesihatan mental dalam jangka panjang.

Bezakan dengan “cooling off” yang sihat.
Mengambil masa untuk bertenang adalah normal dan digalakkan — tetapi perlu dimaklumkan serta disertakan tempoh yang jelas. Contohnya:
“Saya perlukan masa dua jam untuk bertenang. Kita bincang semula malam nanti.”

Diam tanpa penjelasan, tanpa tempoh, dan disengajakan untuk menyeksa emosi bukanlah komunikasi yang sihat.

Hubungan yang sihat dibina atas komunikasi yang jelas dan saling menghormati. Jika anda berdepan corak ini secara berulang dan ia memberi kesan kepada emosi atau fungsi harian, dapatkan nasihat profesional.

Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.

Sebarang pertanyaan boleh terus klik link kami :
Puan Zallili (Head of Marketing)
www.wasap.my/60123812107

🌿 Your well-being is our passion

Jom follow kami untuk lebih banyak tip kesihatan menarik! 🤩

🌸 Happy Women’s Day 🌸To all the incredible women out there,your strength, kindness, and courage make the world a better ...
08/03/2026

🌸 Happy Women’s Day 🌸

To all the incredible women out there,
your strength, kindness, and courage make the world a better place every day.

Thank you for all the love, sacrifices, and efforts you give to your families, communities, and society.

May you always be respected, appreciated, and empowered. 💐❤️

07/03/2026

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Avicenna Medicare Group Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram