02/10/2025
Kesan Minum Air Manis Selepas 8 Malam yang Tak Disangka
1. Tidur jadi mimpi kelam
Bukan sebab seram, tapi gula dan kafein dalam teh ais atau kopi ais boleh kacau hormon tidur. Kita rasa letih esok pagi walaupun dah tidur 7 jam.
2. Perut senyap tapi bekerja keras
Gula tinggi waktu malam buat pankreas keluarkan insulin lebih banyak. Kalori berlebihan waktu malam lebih mudah disimpan sebagai lemak kerana aktiviti badan menurun ketika tidur.
3. Gigi rosak lebih laju
Air liur kurang waktu tidur. Gula yang melekat pada gigi jadi jamuan bakteria sepanjang malam. Esok pagi bau mulut pun lain macam.
4. Bangun dengan dahaga pelik
Paras gula naik sebelum tidur boleh buat kita kerap terjaga tengah malam nak minum air. Akhirnya tidur jadi tak lena.
5. Mood esok terganggu
Lonjakan gula malam tadi boleh jatuh mendadak esok paginya hasilnya kita rasa cranky, cepat marah, dan sukar fokus
Ringkasnya: minum air manis lepas 8 malam sekali-sekala mungkin tidak memberi kesan besar, tapi jika menjadi kebiasaan, ia meningkatkan risiko gangguan tidur, berat badan naik, dan masalah kesihatan metabolik. Pilihan lebih baik ialah air kosong