Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM)

Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuh

Penyerahan  Sumbangan Khairat Kematian2 November 2025 - Selesai sudah Penyerahan  Sumbangan Khairat Kematian kepada dua ...
02/11/2025

Penyerahan Sumbangan Khairat Kematian

2 November 2025 - Selesai sudah Penyerahan Sumbangan Khairat Kematian kepada dua orang ahli PPSUSM yang kehilangan ayahanda mereka yang tercinta.

Sumbangan daripada Tabung Kebajikan PPSUSM di samping sumbangan daripada para exco dan ahli PPSUSM yang dermawan telah disampaikan oleh Puan Mazira Mohamad Ghazali selaku Bendahari I PPSUSM bersama Puan Farahana Mohamed, Exco Kebajikan & Kerohanian PPSUSM yang telah bertandang ke bilik setiap para penerima.

Terima kasih kepada semua para penyumbang. Sesungguhnya sumbangan daripada tuan/puan begitu bermakna kepada yang menerima. Semoga tuan/puan dimurahkan rezeki dan semoga para penerima dipermudahkan segala urusan… Aminnn Ya Rabbal Alamin…

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Ha...
18/10/2025

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025

Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua ahli PPSUSM dan semua yang meraikannya.

Semoga cahaya Deepavali membawa kebahagiaan, kedamaian dan kejayaan dalam kehidupan anda.

Marilah kita terus memupuk perpaduan, keharmonian dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat agar negara yang kita cintai ini aman, makmur dan sentiasa maju ke hadapan.

🌸 Happy Deepavali! 🌸

Daulat Tuanku,Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kami barisan exco...
29/09/2025

Daulat Tuanku,

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kami barisan exco dan seluruh ahli PPSUSM merafak sembah dan menjunjung kasih atas kepimpinan Tuanku yang berjiwa rakyat, berwawasan, dan sentiasa menjiwai nilai-nilai Islam serta budaya negeri.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, umur yang diberkati, dan terus memayungi negeri Kelantan dengan keadilan, kebijaksanaan dan kasih sayang. Rakyat sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku dan seluruh kerabat diraja.

Dirgahayu Tuanku!
Daulat Tuanku!

BULETIN PEGAWAI SAINS (PPSUSM) BILANGAN 1 TAHUN 2024Sukacita dimaklumkan Bahagian Multimedia dan Komunikasi PPSUSM telah...
16/09/2025

BULETIN PEGAWAI SAINS (PPSUSM) BILANGAN 1 TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan Bahagian Multimedia dan Komunikasi PPSUSM telah menerbitkan Buletin Pegawai Sains (BPS) PPSUSM Bilangan 1 Tahun 2024. Semua pengunjung Laman FB PPSUSM boleh mengakses BPS Bil. 1/2024 secara percuma melalui pautan berikut: -

https://online.anyflip.com/ndafh/bzhp/

Antara yang menarik dalam penerbitan BPS Bil. 1/2024 adalah seperti berikut: -

1. Berita Semasa: Aktiviti Tahunan PPSUSM 2024
- Sambutan Ramadan
- Sambutan Hari Raya
- FamilyFunDay PPSUSM

2. Fokus: Aktiviti PPSUSM 2024 yang Diketengahkan
-Simposium PPSUSM
-Peluncuran BPS Bil. 1/2023
-AGM PPSUSM

3. Sumbangan Artikel: Sumbangan Artikel daripada Ahli PPSUSM
- Kota Pompeii dan Ashabul Yasin (Bahagian 2)
- Kebenaran Tentang Nabi Muhammad

Selamat Menyambut Hari Malaysia dan selamat membaca.

Selamat Menyambut Hari Malaysia, ikhlas daripada PPSUSM
15/09/2025

Selamat Menyambut Hari Malaysia, ikhlas daripada PPSUSM

Big thanks toMazira Mohamad Ghazalifor all of your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!
08/09/2025

Big thanks to

Mazira Mohamad Ghazali

for all of your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H ikhlas daripada Persatuan Pegawai Sains USM.Semoga kita semua terus meneladani ak...
04/09/2025

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H ikhlas daripada Persatuan Pegawai Sains USM.

Semoga kita semua terus meneladani akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, memperkukuh ukhuwah, dan mempertingkatkan amal serta keimanan.

Mari bersama-sama menyemai kasih sayang, kedamaian, dan perpaduan dalam masyarakat.

Salam Maulidur Rasul – Rasulullah Teladan Sepanjang Zaman.

Kredit: Poster disediakan oleh Pn. Azleen Mat Sharif

Sukacita Exco PPSUSM menjemput tuan/puan untuk mengikuti CSE PPSUSM sepertimana berikut:Tarikh: *1 Oktober 2025 (Rabu)*M...
03/09/2025

Sukacita Exco PPSUSM menjemput tuan/puan untuk mengikuti CSE PPSUSM sepertimana berikut:

Tarikh: *1 Oktober 2025 (Rabu)*
Masa: *10:00 pagi – 12:00 tengah hari*
Tajuk: *Kesiapsiagaan Bencana: Apa Yang Perlu Kita Tahu?*
Penceramah: Pn. Wan Nor Aziemah Binti Wan Zainulddin, Pegawai Sains C10, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

Tuan/Puan boleh mengikuti CSE ini secara online webex, samada dengan menekan link, atau mengimbas kod QR di poster hebahan, seperti di bawah:
Link:
https://bit.ly/mtlcse
QR Code:
(seperti poster hebahan)

Mata MyCPD USM (fungsian) disediakan

Harap maklum, terima kasih atas kehadiran tuan/puan

01/09/2025
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-68 ikhlas daripada PPSUSM...Dalam nafas kemerdekaan yang ke-68 ini, ...
30/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-68 ikhlas daripada PPSUSM...

Dalam nafas kemerdekaan yang ke-68 ini, marilah kita renungi erti kebebasan yang sebenar—kebebasan untuk membina, untuk bersatu, dan untuk terus menyemai harapan demi Malaysia yang lebih bermaruah dan berjiwa Madani

Kredit foto poster: Adobe Express USM KPT

Address

Unit Bank Tisu, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM):

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram