03/11/2021
Kajian IK2284-(01) Buprenorphine+Naloxone
Kajian ini akan membandingkan satu ubat berdaftar, yang diambil untuk rawatan yang bergantung kepada opioid (penagihan kepada ubatan).
Anda juga akan diberi 1 x Naltrexone tablet 50mg pada 13 dan 1 jam sebelum pengambilan ubat. Selain itu, anda juga akan disuntik 1 x Metoclopramide 10mg secara intravena sekurang- kurangnya 30 minit sebelum pengambilan ubat untuk mencegah kesan mual yang berpotensi disebabkan oleh Buprenorphine.
Kesan sampingan ubat:
Buprenorphine+Naloxone termasuk asthenia (kelemahan fizikal dan kehilangan kekuatan), seram sejuk, sakit kepala, jangkitan, kesakitan, sakit perut, sakit belakang, sindrom pengeluaran (1 set gejala yang berlaku dalam pemberhentian atau pengurangan dos beberapa jenis ubat), vasolidation (pelebaran saluran darah), sembelit, cirit-birit, loya, muntah, insomnia, rhinitis dan berpeluh.
Naltrexone 50mg termasuk loya, muntah, sakit perut, kegelisahan, insomnia, lethargy (kekurangan tenaga dan semangat), sakit kepala dan pening. Kesan sampingan umum termasuk cirit-birit, sembelit, peningkatan dahaga, kehilangan selera makan, sakit dada, seram sejuk dan ruam. Kesan sampingan yang tidak biasa adalah kesakitan musculoskeletal dan disfungsi seksual.
Metoclopramide 10mg termasuk cirit-birit, mengantuk dan kegelisahan. Kesan sampingan lain yang jarang termasuk ketidakselesaan payudara dan bengkak, perubahan dalam haid, sembelit, penurunan minat dalam hubungan seks, ketidakupayaan untuk mempunyai atau mengekalkan ereksi, peningkatan aliran susu payudara, penambahan keperluan membuang air kecil, kehilangan keupayaan seksual, keinginan, dorongan, atau prestasi, kemurungan mental, membuang air kecil dengan lebih kerap, ruam kulit, masalah tidur, kekeringan mulut yang luar biasa dan rasa terganggu yang luar biasa.
Kajian ini memerlukan anda untuk datang 3 sesi hujung minggu dan lawatan seterusnya. Sesi susulan/safety follow up perlu kembali ke wad.
Period 1: 19 Nov - 21 Nov 2021, admit ward bermula JUMAAT 4PM sehingga ISNIN 8AM, datang kembali untuk lawatan seterusnya (blood taking and vital sign) SELASA seawal 7.30AM.
Period 2: 03 Dec - 05 Dec 2021, admit ward bermula JUMAAT 4PM sehingga ISNIN 8AM, datang kembali untuk lawatan seterusnya (blood taking and vital sign) SELASA seawal 7.30AM.
Period 3: 17 Dec - 19 Dec 2021, admit ward bermula JUMAAT 4PM sehingga ISNIN 8AM, datang kembali untuk lawatan seterusnya (blood taking and vital sign) SELASA seawal 7.30AM.
Anda akan menerima wang pampasan selepas susulan/follow-up.
Susulan/safety follow-up adalah lebih kurang seminggu selepas habis Period 3, anda perlu kembali ke wad.
Kajian ini memerlukan 12 main subjek lelaki dan 4 orang reserve subjek lelaki. Perlu ikut ketiga- tiga period kajian. Anda perlu membuat medical checkup sekurang- kurangnya 28 hari sebelum kajian bermula.
SILA BUAT APPOINTMENT UNTUK MEDICAL SCREENING DAHULU : SCREENING AKAN DIADAKAN PADA SETIAP RABU 8AM - 11.30AM