Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim Menyampaikan maklumat serta menjalinkan kolabrasi erat bersama agensi lain dalam memberikan perkhidmatan

Persediaan sebelum banjir bagi pesakit kronik.Sediakan perkara berikut semasa berpindahπŸ“™ Buku rekod kesihatanπŸŽ’ Keperluan...
02/12/2025

Persediaan sebelum banjir bagi pesakit kronik.

Sediakan perkara berikut semasa berpindah

πŸ“™ Buku rekod kesihatan
πŸŽ’ Keperluan Peribadi
πŸ’Š Bekalan ubat

Dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan bantuan khas (pesakit terlantar)

Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ ...
02/12/2025

Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin bertambah dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar penderma selepas kematian masih sedikit.

Organ yang boleh didermakan selepas kematian adalah jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang. Manakala tisu yang boleh didermakan selepas kematian p**a adalah kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit.

✨ Kini orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ.



01/12/2025
πŸ”ŠPERHATIAN BUAT PENGUSAHA MAKANAN‼️Nak bisnes makanan anda lebih diyakini dan dipercayai pelanggan? 🍽️Ayuh dapatkan pens...
30/11/2025

πŸ”ŠPERHATIAN BUAT PENGUSAHA MAKANAN‼️

Nak bisnes makanan anda lebih diyakini dan dipercayai pelanggan? 🍽️

Ayuh dapatkan pensijilan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)! πŸ’ͺ

βœ… BeSS
πŸ”ΉUntuk restoran, kedai makan & food truck

βœ… Trust My Catering
πŸ”Έ Untuk katering kecil, sederhana & besar

βœ… Home-Based Food
πŸ”ΉUntuk pengusaha makanan dari rumah

🎯 Kelebihan pensijilan KKM:
βœ”οΈ Layak sertai tender kerajaan
βœ”οΈ Tingkatkan reputasi & keyakinan pelanggan
βœ”οΈ PERCUMA SAHAJA! 😍

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di https://hq.moh.gov.my/fsq




ππ€ππ‰πˆπ‘: 𝐁𝐄𝐆 πŠπ„π‚π„πŒπ€π’π€πMusim hujan yang semakin aktif meningkatkan risiko banjir di banyak kawasan. Apabila paras air naik...
27/11/2025

ππ€ππ‰πˆπ‘: 𝐁𝐄𝐆 πŠπ„π‚π„πŒπ€π’π€π

Musim hujan yang semakin aktif meningkatkan risiko banjir di banyak kawasan. Apabila paras air naik dengan cepat, persediaan awal menjadi langkah paling penting untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga.

Beg kecemasan yang lengkap membantu anda bertindak pantas sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sediakan keperluan asas seperti kit kebersihan diri, pakaian, makanan dan minuman berbungkus, lampin pakai buang, bekalan ubat serta buku rekod kesihatan bagi memudahkan rawatan di PPS.

Pastikan juga lampu suluh dan β€˜power bank’ sentiasa ada untuk menghadapi gangguan elektrik. Di PPS, keperluan asas akan disediakan, namun persiapan peribadi dan keluarga memudahkan proses bantuan serta menjaga keselesaan sepanjang tempoh penempatan.


26/11/2025

π–π„ππˆππ€π‘ π‡π„ππˆπ‹πˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡
Jom sertai Webinar Health Promotion In Learning Institutions (HePiLI) Negeri Kedah Siri 2 dan 3/ 2025 seperti ketetapan berikut:

οΏ½Tarikh: 26 November 2025 (Rabu)
οΏ½Masa: 2.30 petang hingga 3.10 petang
οΏ½Platform: Facebook Live Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Topik menarik berkaitan tingkah laku risiko remaja menanti anda:
οΏ½Faedah V**e Kepada Remaja?
οΏ½Penyakit Kelamin: Keseronokan Hanya Seketika

οΏ½Sijil digital disediakan (hanya kepada peserta menyertai semasa siaran langsung sahaja)





𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 π‘πˆπ’πˆπŠπŽ ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 π€πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π π’π„πŒπ€π’π€ ππ€ππ‰πˆπ‘Penyakit bawaan air dan makanan adalah penyakit yang mudah b...
26/11/2025

𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 π‘πˆπ’πˆπŠπŽ ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 π€πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π π’π„πŒπ€π’π€ ππ€ππ‰πˆπ‘

Penyakit bawaan air dan makanan adalah penyakit yang mudah berjangkit sehingga boleh mendorong kepada masalah yang lebih teruk kepada kesihatan.

Bagi melindungi diri dan keluarga, orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, termasuk mencuci tangan dengan betul, memastikan air minuman yang selamat dan elak daripada mengambil makanan yang tercemar.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala seperti demam, cirit-birit atau muntah, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.


JANGAN PANDANG ENTENG PADA BAHAYA AIR BANJIRAir banjir datang dari pelbagai punca air termasukAir longkangAir kumbahan r...
25/11/2025

JANGAN PANDANG ENTENG PADA BAHAYA AIR BANJIR

Air banjir datang dari pelbagai punca air termasuk

Air longkang
Air kumbahan rumah
Air loji
Air kolam bertakung

Tuhan sahaja yang tahu betapa banyak kuman (virus dan bakteria) yang berpotensi menyebabkan penyakit bawaan air seperti:

Hepatitis A
Demam kepialu
Leptospirosis
Kolera
Denggi
Malaria

Penyakit - penyakit berjangkit ini tidak mengira orang sihat atau tidak, sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan boleh menyebabkan kematian.

Mohon jaga diri dan anak-anak dari bahaya air banjir ini. Jangan biarkan anak-anak bermain air hujan. Siapa tahu dalam bermain air banjir ada yang tertelan air tersebut?

Ditambah p**a dengan keselamatan terhadap binatang berbisa, kaca atau paku yang boleh terpijak dan sebagainya.

Ingat! Gembira sekejap, menyesal selamanya.

Jaga diri dan keselamatan kita semua di musim banjir

Sumber: Kedah Public Health Physician Association




πŸŽ‰ TAHNIAH  premis Tehyeish Cawangan Padang Serai πŸŽ‰Atas pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) daripada Kementerian Kesi...
25/11/2025

πŸŽ‰ TAHNIAH premis Tehyeish Cawangan Padang Serai πŸŽ‰
Atas pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Komitmen anda dalam menyediakan minuman dan makanan yang bersih dan selamat amat dihargai. Semoga menjadi contoh kepada premis makanan lain dalam mengekalkan premis yang bersih dan menyediakan makanan yang selamat untuk dimakan.

BKKM, JKN Kedah

WEBINAR HEPILI NEGERI KEDAHJabatan Kesihatan Negeri Kedah akan mengadakan Webinar Health Promotion In Learning Instituti...
25/11/2025

WEBINAR HEPILI NEGERI KEDAH

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan mengadakan Webinar Health Promotion In Learning Institutions (HePiLI) Negeri Kedah Siri 2 dan 3/ 2025 seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ26 November 2025 (Rabu)
⏰2.30 petang hingga 3.10 petang
πŸ’»Facebook Live Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (https://www.facebook.com/share/1ZVnNnThfU/)

Topik menarik berkaitan tingkah laku risiko remaja menanti anda:
🟣Faedah V**e Kepada Remaja?
🟣Penyakit Kelamin: Keseronokan Hanya Seketika

Semua dijemput menyertai sesi ilmiah ini secara atas talian.

🧾Sijil digital disediakan (hanya kepada peserta menyertai semasa siaran langsung sahaja)

Sekian, terima kasih.

Pemberian Imunisasi Measles Rubella (MR) Percuma Kepada Semua Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun.Ibu bapa jangan ketingggalan unt...
25/11/2025

Pemberian Imunisasi Measles Rubella (MR) Percuma Kepada Semua Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun.

Ibu bapa jangan ketingggalan untuk dapatkan imunisasi tambahan Measles Rubella (MR) bagi perlindungan demam campak untuk anak-anak anda . Tinggal berbaki 10 hari saja lagi sebelum perkhidmatan ini berakhir.

Ayuh kunjungi klinik kesihatan terdekat atau dapatkan slot janji temu melalui MySejahtera.

Waspada Banjir.Air banjir bukan tempat untuk bersuka ria!Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit ...
24/11/2025

Waspada Banjir.

Air banjir bukan tempat untuk bersuka ria!

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, Kompleks Kesihatan Daerah Kulim, Jalan Hospital
Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram