Klinik Pakar Hospital Lahad Datu

Klinik Pakar Hospital Lahad Datu Memberikan info terkini berkaitan dengan perkhidmatan & aktiviti Klinik Pakar Hospital Lahad Datu.

Salam Ramadan
19/02/2026

Salam Ramadan

18/02/2026

Masih ramai yang keliru antara mitos dan fakta tentang penyakit Tibi. Ada yang menyangka ia berpunca daripada sihir, walhal ia adalah jangkitan kuman yang boleh dirawat.

Jom semak fakta ini:

✅ Fakta: Tibi berjangkit melalui udara, BUKAN keturunan atau perkongsian makanan.

✅ Fakta: Batuk berterusan lebih 2 minggu dan susut berat badan adalah gejala Tibi, bukannya buatan orang.

✅ Fakta: Tibi boleh SEMBUH sepenuhnya dengan rawatan yang sempurna.

✅ Fakta: Pesakit Tibi boleh meneruskan pekerjaan atau pengajian selepas tamat tempoh menjalani isolasi yang ditetapkan.

Jangan biarkan stigma menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.

Sebarkan fakta, bukan ketakutan.

16/02/2026

Hospital Lahad Datu mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina 2026", semoga tahun ini membawa kemakmuran, kesihatan, dan kebahagiaan kepada seluruh masyarakat Lahad Datu. Gong Xi Fa Cai.

16/02/2026

Jumpa 19hb

Hadir
16/02/2026

Hadir

Selamat Tahun Baru Cina 2026Ikhlas daripada Klinik Pakar, Hospital Lahad DatuSempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, Tahu...
16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026
Ikhlas daripada Klinik Pakar, Hospital Lahad Datu

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, Tahun Kuda yang melambangkan kekuatan, ketabahan dan kemajuan, kami warga Klinik Pakar Hospital Lahad Datu ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya.

Semoga tahun ini membawa kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga, kejayaan dalam setiap usaha, serta semangat baharu untuk melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang.

Gong Xi Fa Cai!
Xin Nian Kuai Le!

14/02/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK PAKAR

Dimaklumkan bahawa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, operasi Klinik Pakar akan ditutup pada 17 dan 18 Februari 2026.

Sehubungan itu, semua pesakit dan pihak berkaitan dimohon mengambil maklum mengenai penutupan ini. Operasi klinik akan kembali seperti biasa selepas tempoh tersebut.

Sekian, terima kasih

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tadika Siew Ching atas sumbangan serta komitmen dalam memb...
09/02/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tadika Siew Ching atas sumbangan serta komitmen dalam membantu menghias dan memasang dekorasi sempena sambutan Tahun Baru Cina di Klinik Pakar bagi tahun 2026.

Kerjasama dan semangat yang ditunjukkan amat kami hargai. Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan.

30/01/2026
Selamat datang Tn Pengarah.
12/01/2026

Selamat datang Tn Pengarah.

Penat tetapi puas hati.!!!Tidak sempurna tetapi kita tetap berjaya!!! Minta maaf segala kekurangan🙏🏻Setinggi-tinggi peng...
13/12/2025

Penat tetapi puas hati.!!!Tidak sempurna tetapi kita tetap berjaya!!! Minta maaf segala kekurangan🙏🏻

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Penganjur Krismas 2025 atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang amat membanggakan sepanjang perancangan dan pelaksanaan program ini.
Segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan oleh semua AJK, sama ada secara langsung mahupun di sebalik tabir, telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran program ini dengan begitu lancar dan bermakna. Kejayaan ini jelas mencerminkan semangat kerjasama, perpaduan serta komitmen tinggi dalam menjayakan aktiviti kebajikan dan rekreasi serta sosial di peringkat organisasi.

Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK atas sumbangan yang tidak ternilai. Semoga segala usaha murni ini diberkati dan menjadi inspirasi untuk penganjuran program-program yang akan datang.

Terima kasih semua🫡🫡🫡

Ho...ho....
13/12/2025

Ho...ho....

Address

Lahad Datu Town

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089895111

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pakar Hospital Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pakar Hospital Lahad Datu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram