28/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ โ Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Daerah Tampin hari ini telah menerima seorang individu yang hadir secara sukarela untuk menjalani Program Rawatan dan Pemulihan di bawah Seksyen 8 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Keberanian untuk tampil ke hadapan secara sukarela adalah langkah pertama yang paling besar ke arah perubahan hidup yang lebih baik. Berdasarkan ujian penilaian yang telah dijalankan, klien tersebut telah ditawarkan ๐๐๐ค๐๐ฃ ๐๐๐ซ๐๐๐ฎ, iaitu satu pelan pemulihan intensif yang merangkumi:
๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง.
๐ ๐๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ค๐ yang terdiri daripada komponen Bimbingan & Kaunseling serta Psikopendidikan.
Program ini dirangka secara sistematik bagi memastikan klien mendapat sokongan emosi dan kemahiran psikologi yang diperlukan untuk mengekalkan kepulihan dalam komuniti. Pihak AADK Daerah Tampin sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang mesra, sulit, dan profesional bagi membantu sesiapa sahaja yang ingin keluar daripada belenggu penyalahgunaan dadah.
Syabas diucapkan kepada klien atas tekad yang tinggi. Pintu kami sentiasa terbuka buat anda yang memerlukan bimbingan. Ingatlah, kepulihan itu bermula daripada tindakan anda hari ini.
Jom like dan follow media sosial kami dan dapatkan info-info terkini berkenaan perkhidmatan AADK.
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 (WhatsApp) untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
Kepulihan Anda, Matlamat Kami.