Nursery CGN

Nursery CGN Nursery product

Raya is coming...Let's get promotion...🐔🦆🐐🐇Madre De Agua PremiumFree postage 😉Before 27 April....
24/04/2022

Raya is coming...
Let's get promotion...🐔🦆🐐🐇

Madre De Agua Premium

Free postage 😉
Before 27 April....

07/02/2022
Cendawan Tiram Kelabu _PleurotusSajur-CajuPenghasilan Cendawan Tiram dipengaruhi berapa-berapa faktor:1.Penyediaan Bongk...
10/01/2022

Cendawan Tiram Kelabu _PleurotusSajur-Caju

Penghasilan Cendawan Tiram dipengaruhi berapa-berapa faktor:

1.Penyediaan Bongkah Cendawan

-Sebatian Nisbah Bahan media beserta kelembapan Campuran air mesti mengikut sukatan yang tepat.

2.Proses Penyuntikan Benih

-Faktor kebersihan mempengaruhi pertumbuhan miselium dengan jayanya.
Bagi menggelak pertumbuhan kulat hijau yang boleh merosakkan Bongkah
Cendawan

3.Kawasan Penyimpanan Bongkah Cendawan

-Jauhi peserkitaran Udara yang tidak sesuai
Cth: berdekatan kawasan pembakaran, ternakan dll

-kerana Cendawan mempunyai sifat menyerap akibatnya ia boleh menjejaskan
kualiti pengeluaran cendawan.

4.Suhu & Kelembapan persekitaran

-keperluan cahaya matahari 15%
anggaran suhu yang sesuai 23°c~28°c
-manakala peratus kelembapan Udara 80-90%

Kebiasaan 1 Bongkah Cendawan boleh menghasilkan 50~210gram
Harga pasaran Cendawan RM 12/kg...

Produk berasaskan Cendawan Masa kini :

Cendawan Crispy
Cendawan perkasam
Sos Cendawan
Serbuk Sup Cendawan
Patty burger Cendawan
Sate Cendawan

*Bongkah Cendawan Tiram Kelabu*Modal serendah *RM45* anda berpeluang untuk belajar  menanam *CENDAWAN* dan dapat *15 bon...
09/01/2022

*Bongkah Cendawan Tiram Kelabu*

Modal serendah *RM45* anda berpeluang untuk belajar menanam *CENDAWAN* dan dapat *15 bongkah* cendawan.

*1 Bongkah boleh dituai 6~8kali lebih kurang 3 bulan

*Anggaran pengeluaran hasil untuk 15 Bongkah

Tuaian pertama:

50~120g ×15 Bongkah = 1.8kg
Harga1kg Cendawan = RM 12

Baca detail di bawah 👇👇

👉🏼 HARGA : *RM3.00*/bongkah

👉🏼 Minimum order *15 bongkah*

👉🏼 Penghantaran sampai ke *depan pintu rumah* anda.

👉🏼 Di sediakan *video dari MARDI* cara-cara bagaimana memula projek cendawan di rumah anda.

👉PDF Penjagaan Bongkah Cendawan,

👉🏼 Anda hanya perlu sediakan tempat yang *teduh* dan *tiada pancaran cahaya matahari* secara langsung contohnya di bawah garaj yg. berbumbung, koridor, dalam bilik (pastikan ada tingkap utk pengudaraan) di dapur dan Kawasan yg bersesuai.

🌡️Suhu :23-28°c
❄️Kelembaban Udara: 80-90%

Cod kawasan: Kok Lanas, Ketereh,Pasir Puteh,Machang

Alamat:

TB 2, Tok Bok 18500 Machang, Kelantan

🚛🚛 Penghantaran ke Seluruh Semenanjung Malaysia

👉🏼 Caj Penghantaran mengikut berat Bongkah di order.

Jika berminat sila reply *Nak Order Bongkah Cendawan*

http://www.wasap.my/601170363952/nak+order bongkah+cendawan+tiram

27/12/2021

Dijemput kunjungi Taman mini Arnab & CGN Nursery mini.
Anda berpeluang

👉menyaksikan kelagat comel Si Arnab.
👉Memberi makan🐇🥕
👉Membeli produk berasaskan Arnab🐇
👉 Pameran Ayam Turki🦃
👉 Pameran Keladi Viral💐💐

Lokasi:Bukit Belah, Machang
Hari: Isnin & Sabtu (10pg-6ptg)

Anda takut ketinggalan dengan teknologi serba canggih ?🔩Anda seorang guru yang terlibat dengan pembelajaran RBT?🔩Anda se...
26/12/2021

Anda takut ketinggalan dengan teknologi serba canggih ?
🔩Anda seorang guru yang terlibat dengan pembelajaran RBT?
🔩Anda seorang pengajar tapi terhad untuk bina projek inovasi?
🔩Anda seorang pelajar IPT tapi takut dengan projek tahun akhir FYP?
🔩Anda seorang pelajar sekolah tapi takut nak selesaikan projek RBT?
JANGAN GUSAR, JANGAN RISAU, KAMI SEDIA MEMBANTU!😃
Kami akan menganjurkan Kursus Arduino seperti butiran Berikut:
📅 Tarikh : 15 Jan 2022
⏳ Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang
📝Hari : Sabtu
📽 Tempat : Pusat Latihan CGN, Machang, Kelantan
📰 Anjuran : Koperasi CGN Berhad

Yuran : RM110

📝 Syarat : TERBUKA KEPADA SEMUA- GURU, PENSYARAH, PELAJAR IPT, POLITEKNIK, KOLEJ DAN SEKOLAH

💻Peserta perlu membawa laptop semasa kursus.
⚙Peserta akan diberi pendedahan tentang peranti arduino dan juga akan diajar basic pembelajaran arduino seperti blinking LED, Suis Relay, button with arduino , IR sensor, Automasi kipas, temperature sensor dll. Semasa sesi pembelajaran tersebut, peserta akan cuba membina projek kecil arduino.

⚙APA YANG PERLU ANDA BAWA?
• Laptop dan Alat Tulis Sahaja.
⚙Tempat adalah terhad, Hanya 15 peserta sahaja bagi setiap kursus yang dijalankan.

✒Whatsapp je kami dengan klik link dibawah :-
Zulaikha : http://www.wasap.my/601170363952/nak+join+kursus+arduino
Shahir : http://www.wasap.my/60182164143/nak+join+kursus+arduino
Adabi : http://www.wasap.my/60149137505/nak+join+kursus+arduino


















Bina Web site Sampai PandaiBermula 20hb Dis 2021Lokasi : Pusat Latihan CGN, Machang, KelantanYuran : RM 30/harikursus 'h...
03/12/2021

Bina Web site Sampai Pandai

Bermula 20hb Dis 2021
Lokasi : Pusat Latihan CGN, Machang, Kelantan
Yuran : RM 30/hari

kursus 'hands-on COACHING'

Kandungan :
- Pendaftaran & Pengenalan
- Ujian Tahap
- Installation LAMP / WAMP
- Pengenalan kepada Laravel (RAD)
- Tempalate website
- Database mysql
- Pendaftaran hosting
- Upload ke hosting

Sila whatsapp urusetia dibawah.

Grup petanyaan :
https://chat.whatsapp.com/5InJrEUaSjwLrCDpNxX8Qu

Wasap / Hubungi :
Cik Zulaikha : 011-7036 3952
Http://www.wasap.my/+601170363952/nak+join+kursus+website
En Adabi : 014-913 7505
Http://www.wasap.my/+60149137505/nak+join+kursus+website
Email : koperasicgn@gmail.com

WhatsApp Group Invite

Kursus IoT Pertanian PERCUMA untuk 5 orang pertama yang mendaftarMicrocontroller ESP32 + Soil Moisture SensorTarikh : 18...
28/11/2021

Kursus IoT Pertanian

PERCUMA untuk 5 orang pertama yang mendaftar
Microcontroller ESP32 + Soil Moisture Sensor

Tarikh : 18 Dis 2021
Hari : Sabtu
Masa : 8.30AM - 5PM
Lokasi : Koperasi CGN, Batu 23, Machang, Kelantan
Tempat Terhad :
Penganjur :
Koperasi CGN Berhad
Join group wasap kami :
https://chat.whatsapp.com/EtzCHUikqPcGLNmSLtOUSW

Cepat, Daftar sekarang!

PENDAFTARAN KINI DIBUKA

YURAN: RM 270

Butiran maklumat:
Nama✅
Nombor Telefon✅
Bukti pembayaran✅

MAYBANK
ASF NETWORK
5530 1010 7207

Sila whatsapp urusetia dibawah.

Wasap / Hubungi :
Cik Zulaikha : 011-7036 3952
Http://www.wasap.my/+601170363952/nak+join+kursus+iot
En Adabi : 014-913 7505
Http://www.wasap.my/+60149137505/nak+join+kursus+iot
Email : koperasicgn@gmail.com

Cuka Kayu _Pelbagai kegunaan.Proses kondensasi asap pada pembuatan arang menghasilkan  titisan cecair Organik (Cuka Kayu...
25/11/2021

Cuka Kayu _Pelbagai kegunaan.

Proses kondensasi asap pada pembuatan arang menghasilkan titisan cecair Organik (Cuka Kayu) ia dapat dimanfaatkan pada tanaman.

Antara fungsi cuka Kayu bagi tanaman :

1)Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran
2)Menguatkan akar dan daun
3)Menyuburkan tanah
4)Menambah rasa asli kepada hasil pertanian
5)Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah
6)Menghalang seranggan perosak untuk membaiki keadaan tanah
7)Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah
8) Menghalau serangga perosak
9) Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih
10) Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos. Membantu hewan ternakan lebih sihat Dan melindungi dari penyakit.
Menjadikan daging hewan dan susu lebih berkualiti.

Kursus Asas IoT _Pertanian IR4.0 Tarikh : 18 Dis 2021Hari : SabtuMasa : 8 pagi - 5 petangYuran : RM 270/paxLokasi : Kope...
22/11/2021

Kursus Asas IoT _Pertanian IR4.0
Tarikh : 18 Dis 2021
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi - 5 petang
Yuran : RM 270/pax
Lokasi : Koperasi CGN, Batu 23, Machang, Kelantan
Tempat Terhad : 15 orang peserta shj

Penganjur :
Koperasi CGN Berhad
https://chat.whatsapp.com/EtzCHUikqPcGLNmSLtOUSW

Wasap / Hubungi :
Cik Zulaikha : 011-7036 3952
Http://www.wasap.my/+601170363952/nak+join+kursus+solar
En Adabi : 014-913 7505
Http://www.wasap.my/+60149137505/nak+join+kursus+solar

atau join group wasap kami :
https://chat.whatsapp.com/EtzCHUikqPcGLNmSLtOUSW

RANGKA KURSUS
Bahagian 1 Pengenalan kepada “Internet of Things”.
Bahagian 2 Platform Awan Mudah untuk Pertanian.
Bahagian 3 Program Peranti Pintar untuk Pertanian.

Http://www.wasap.my/+601170363952/nak+join+kursus+iot


Kunyit hitam merupakan sejenis tumbuhan yang jarang didapati namun agak terkenal dalam dunia perubatan tradisional. 2 Sp...
18/11/2021

Kunyit hitam merupakan sejenis tumbuhan yang jarang didapati namun agak terkenal dalam dunia perubatan tradisional.

2 Spesies Kunyit Hitam Di Malaysia
Umumnya, terdapat 2 spesies kunyit hitam yang biasa ditemui di Malaysia iaitu:

Curcuma Caesia (Kunyit Hitam India / Malaysia)
Kaempferia Parviflora (Halia Hitam)
i) Curcuma Caesia
Lazimnya Curcuma caesia mempunyai rhizome (akar) bewarna biru kehijauan.

Pokoknya seakan pokok kunyit, cuma bezanya ialah terdapat garisan ungu pada daunnya.

Spesies ini lebih tepat digelar Kunyit Hitam kerana perkataan Curcuma pada nama saintifiknya adalah merujuk kepada keluarga “Turmeric” (kunyit).

Spesies ini berasal dari Timur tengah, India dan China.

ii) Kaempferia Parviflora
Perkataan Kaempferia ini merujuk kepada keluarga “Ginger” (Halia).

Maka, secara lebih spesifiknya Kaempferia Parviflora adalah dari keluarga halia atau cekur.

Ia juga dikenali dengan nama “Halia Hitam”.

Rupanya seakan pokok cekur, di mana akarnya berwarna ungu.

Spesies ini berasal dari Vietnam, Myanmar dan Thailand.

8 Khasiat Kunyit Hitam
Khasiat kunyit hitam telah dimanfaatkan oleh manusia sebagai ubat tradisional sejak berkurun lamanya, terutama di negara jiran kita Thailand.

Antara khasiat kunyit hitam ini termasuklah:

1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Lelaki
Kegunaan kunyit hitam yang boleh dikatakan paling popular adalah sebagai peningkat libido atau tenaga batin semulajadi lelaki.

Menurut sumber kajian dan jurnal, ia berkesan memulihkan masalah reproduksi dan juga merangsang keinginan seksual

Disebabkan permintaan yang agak tinggi, maka tidak hairanlah kunyit hitam diproses menjadi pil untuk dijual di pasaran.

3. Mengurangkan Gastrik
Menurut laman web Food.NDTV, International Journal Of Research In Pharmacy And Chemistry, serbuk kunyit hitam dicampur dengan air dan digunakan untuk melegakan angin gastrik.

Ia juga dikatakan boleh membantu melegakan sakit perut dan masalah usus.

Sifat anti-keradangan pada kunyit hitam turut menjadikannya terkenal sebagai ubat buasir yang berkesan.

4. Mencegah Kanser & Penyakit
Merujuk sebuah artikel menerusi HealthLine.com, curcumin adalah sumber antioksidan yang sangat baik di mana salah satu fungsi utamanya adalah mencegah radikal bebas.

Sifat ini menjadikan kunyit hitam sebagai health booster yang berupaya meningkatkan kesihatan tubuh serta mencegah jangkitan penyakit termasuklah kanser, seperti kanser kolorektal
5. Mengurangkan Sakit Sendi
Selain dimakan, kunyit hitam juga digunakan secara luaran sejak sekian lama untuk mengubati penyakit seperti sakit tulang dan sendi.

Ini kerana ia dikatakan mengandungi ibuprofen yang boleh meredakan rasa sakit pada bahagian tersebut.

6. Anti-Depresan Semulajadi
Mengamalkan kunyit hitam boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan menyampaikan oksigen keseluruh tubuh kita.

Peredaran yang lancar ini dapat membantu menghilangkan migrain dan mengurangkan stres.

Ini salah satu sebab kunyit hitam dianggap sebagai ubat anti-depresan semulajadi.

7. Mencegah Alahan
Kelebihan yang ada pada kunyit hitam juga sering digunakan sebagai ubat anti alahan (anti alergi), selain mengubati penyakit paru-paru seperti lelah (asthma).

8. Rawatan Alternatif Bagi Penyakit Kronik
Di Thailand, kunyit hitam juga diminum sebagai ginseng dalam rawatan alternatif dan mencegah penyakit kronik seperti angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Address

Machang
18500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nursery CGN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nursery CGN:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category