17/09/2024
TIGA(3) SEBAB ANDA TIDAK BOLEH MENGAMBIL UBAT TRADISIONAL TIDAK BERDAFTAR
🚫Ubat tersebut mungkin dicemari oleh kuman atau logam berat ➡️ ini boleh menyebabkan jangkitan atau merosakkan organ dalam badan
🚫Ubat tersebut mungkin dicampurpalsu dengan ubat terkawal (bahan aktif seperti yang terkandung di dalam ubat di klinik/hospital)➡️ ini boleh memberi kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan pengguna kerana kita tidak tahu adakah dos yang terkandung di dalam ubat tradisional tersebut pada level yang selamat atau tidak.
🚫Ubat tersebut mungkin mengandungi bahan aktif yang boleh menyebabkan interaksi ubat-ubatan ➡️ ubat yang diambil mungkin kurang berkesan/menjadi toksik pada badan akibat interaksi ubat-ubatan.
✅Pilihlah ubat yang berdaftar supaya ubat yang diambil selamat dan berkesan. Pastikan produk yang dibeli/diperoleh mempunyai nombor pendaftarn MAL dan mempunyai stiker hologram KKM