MelakaKu

MelakaKu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MelakaKu, .

09/01/2023

Kawasan berisiko tanah runtuh 2022.MelakaNo. 13 - Bukit Katil
20/12/2022

Kawasan berisiko tanah runtuh 2022.

Melaka
No. 13 - Bukit Katil

So beautiful ❤️🥰🤩
16/12/2022

So beautiful ❤️🥰🤩

16/12/2022
Mohd. Noor Helmy Senarai penerima Dana Kasih Niaga Fasa 2 dari Dun DuyongTerima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk...
16/12/2022

Mohd. Noor Helmy
Senarai penerima Dana Kasih Niaga Fasa 2 dari Dun Duyong

Terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali atas inisiatif untuk membantu peniaga kecil.



14/12/2022
14/12/2022

(MELAKA)Hina Agong, pekerja kilang didenda
Melaka: Pekerja kilang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta dua pemimpin tertinggi Melaka pada April lalu.
Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Ronney Soo Eng Lee, 44, dan mensabitkannya dengan pertuduhan, meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.
Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika ingkar membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati sengaja menghina Yang di-Pertuan Agong, dan Raja Permaisuri Agong, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dengan mengatakan 'gambar dua ekor ini kau alih mana dan gambar lagi dua ekor mana' hingga mendatangkan marah kepada Kamal Bashah Jantan, 52, (pengadu) serta mungkin boleh memecahkan keamanan awam.
Kesalahan itu dilakukan di pejabat sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh pada 15 April lalu, kira-kira jam 8 pagi.
Mengikut fakta kes, pengadu diarahkan untuk mengalihkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Tun Mohd Ali dan Sulaiman yang digantung di pejabat utama kilang itu oleh pengurus besar.
Ketika melakukan tugasan itu, tertuduh mengeluarkan kenyataan penghinaan terbabit menyebabkan pengadu berasa tidak puas hati kerana ia membabitkan institusi Raja-raja Melayu dan pemimpin tertinggi Melaka.
Kenyataan tertuduh jelas menunjukkan dia sengaja melakukan provokasi yang boleh memecahkan keamanan awam.
Terdahulu, peguam Ishak Mohd Kari merayu hukuman ringan kerana anak guamnya sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan pada masa depan
Katanya, tertuduh juga sudah dikenakan tindakan disiplin oleh majikan susulan kejadian itu dan tidak pernah mengeluarkan perkataan sedemikian lagi selain masih berhubung baik dengan rakan sekerja.
"Tertuduh juga menanggung tiga anak masih bersekolah dan ibu bapa berusia 71 dan 69 tahun,"katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman. setimpal berbentuk pengajaran dikenakan kepada tertuduh.
-Harian Metro.
Repost By MelakaExplorer

Pemberitahuan Penutupan Jalan.Sempena Acara Perlumbaan Basikal Melaka International Tourism Endurance 2022.11 Disember 2...
10/12/2022

Pemberitahuan Penutupan Jalan.
Sempena Acara Perlumbaan Basikal Melaka International Tourism Endurance 2022.
11 Disember 2022
7.30 pagi - 2.30 petang
Laluan di tutup secara berperingkat bermula dari
Stadium Hang J***t-Lebuh SPA-Ayer Keroh-Zoo Melak-Sri Negeri-Gapam-Bemban-Taman Maju-Bandar Jasin-Simpang Kerayong-Chin Chin-Chabau-Bukit langsat-Kemendor-Selandar-Bukit Sedanan-Machap-Hutan Percha-Kemuning-Pulau Sebang-Simpang Empat-Brisu-Ramuan Cina-Lubok Redan-Paya Mengkuang-Tanjung Bidara-Padang Kemunting-Solok Duku-Sungai Udang-Lebuh SPA-Bertam-Cheng-Stadium Hang J***t.
160 km.
HARAP MAKLUM

Assalamualaikum wbt., Mencari peserta dan penyertaan bagi Pertandingan Nasyid yg akan diadakan pd : Tarikh : 17 Disember...
08/12/2022

Assalamualaikum wbt.,
Mencari peserta dan penyertaan bagi Pertandingan Nasyid yg akan diadakan pd :
Tarikh : 17 Disember 2022
Tempat : Pusat Islam Melaka
Masa : 2pm
Hadiah lumayan menanti 🎉🎊
Terbuka kepada semua. Jom daftar segera..
Shahril - 013 500 5927
Zakhwan - 019 714 2411

06/12/2022

(MELAKA) Wanita maut terjun dari tingkat 12 sebuah hotel.
MELAKA: Suasana di Taman Melaka Raya di sini gempar selepas seorang wanita maut dipercayai terjun dari tingkat 12 sebuah hotel, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mayat mangsa yang juga ibu tunggal berusia 55 tahun ditemui orang awam.
Katanya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak hotel mendapati, si mati merupakan orang awam yang datang ke premis itu kira-kira pukul 10.23 pagi.
Si mati kemudian telah naik ke tingkat 12 dan selepas lima minit, wanita itu dipercayai terjun dari koridor laluan ke bilik hotel.
“Hasil soal siasat, si mati merupakan seorang ibu tunggal telah hilang pekerjaan sebagai penjual produk kesihatan selepas negara dilanda Covid-19 dan dipercayai mempunyai masalah kewangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Christopher, laporan diterima Balai Polis Banda Hilir pukul 10.52 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota telah ke lokasi untuk pemeriksaan.
“Pegawai penyiasat bersama jurufoto telah ke lokasi dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.
Mayat si mati ditemui berpakaian lengkap dalam keadaan tertiarap di atas jalan dan berlumuran darah pada bahagian kepalanya,” jelasnya. – UTUSAN
Repost By MelakaExplorer.

06/12/2022

(MELAKA) Ketua Penolong Pengarah SPI Melaka maut langgar pokok
MELAKA – Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka (Sektor Pendidikan Islam) maut selepas kenderaan dipandu merempuh sebatang pokok di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin dekat Paya Dalam di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Md. Razif Shahid, 54, meninggal dunia di lokasi tersebut akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas dipercayai berlaku ketika mangsa yang memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Jasin.
Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabatnya di Bukit Baru di sini. Setiba di lokasi kejadian kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Pemeriksaan di lokasi mendapati ketika kejadian cuaca baik. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mangsa yang meninggalkan seorang balu dan lima anak berusia 25 hingga 36 tahun. Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sebatu, petang ini. – KOSMO! ONLINE
Repost By MelakaExplorer

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MelakaKu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram