Hospital Seri Manjung

Hospital Seri Manjung Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Seri Manjung, Medical and health, 32040 Seri Manjung, Manjung.

Selamat Datang ke Hospital Seri Manjung, Kementerian Kesihatan Malaysia

"Tempat di mana Keprihatinan Bertemu Profesionalisme"

Dapatkan maklumat, tip kesihatan dan aktiviti menarik di sini

World Glaucoma WeekJabatan Oftalmologi Hospital Seri Manjung telah menyertai pertandingan video kreatif sempena “World G...
24/04/2026

World Glaucoma Week

Jabatan Oftalmologi Hospital Seri Manjung telah menyertai pertandingan video kreatif sempena “World Glaucoma Week” yang bertemakan “Kesedaran Penyakit Glaukoma” yang dianjurkan oleh Jabatan Oftalmologi Hospital Keningau.

Pertandingan yang berlangsung dari 13 April hingga 22 April 2026 itu telah disertai lebih daripada 20 pasukan dari pelbagai institusi kesihatan. Jabatan Oftalmologi Hospital Seri Manjung telah menghantar sebuah video kesedaran bertajuk “HASRAT” dan berjaya meraih Naib Juara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Oftalmologi Hospital Seri Manjung atas pencapaian tersebut. Diharapkan inisiatif serta penghasilan video ini dapat memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit glaukoma.

TAHNIAH PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2026 🎉

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba!

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya mempamerkan kreativiti dan mesej yang sangat bermakna dalam penyampaian kesedaran kesihatan mata.

🏆 Juara
Majlina Ting (Medsense Crew)
Klinik Kesihatan Lahad Datu
Zon 3 Klinik Kesihatan Lahad Datu

🥈 Naib Juara
Syed Abu Zulfadhli b Syed Abu Bakar Sidik
Jabatan Oftalmologi, Hospital Seri Manjung
Hospital Seri Manjung

🥉 Tempat Ketiga
Sarah
“Check…Detect…Protect…Stop Glaucoma!”
Sarah Abdul Rahman

Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan dan sokongan anda.

Pihak penganjur akan menghubungi para pemenang untuk urusan selanjutnya.


𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐄𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔Unit Kawalan Infeksi, Hospital Seri Manjung te...
22/04/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐄𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

Unit Kawalan Infeksi, Hospital Seri Manjung telah menganjurkan Kursus Paramedik Kawalan Infeksi Peringkat Hospital Seri Manjung Bil. 2/2026 bertempat di Dewan Mutiara. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif berterusan hospital dalam memperkukuh amalan pencegahan dan kawalan infeksi dalam kalangan anggota paramedik.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih menyeluruh kepada peserta mengenai peranan penting mereka dalam membantu mencegah penularan jangkitan di fasiliti kesihatan. Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap kepatuhan kepada garis panduan kawalan infeksi yang telah ditetapkan, selaras dengan usaha memastikan keselamatan pesakit dan warga kerja sentiasa terpelihara.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta turut didedahkan dengan aspek pemantauan dan pengurusan kes Multidrug Resistant Organism (MDRO) di wad dan unit masing-masing. Perkongsian ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta kecekapan anggota dalam mengendalikan kes-kes berisiko tinggi secara lebih sistematik dan berkesan.

Di samping itu, kursus ini juga menjadi platform untuk membincangkan isu-isu semasa, cabaran serta kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan kawalan infeksi di peringkat hospital. Perbincangan yang diadakan membolehkan cadangan penambahbaikan dikenal pasti bagi memastikan amalan kawalan infeksi dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Penganjuran kursus ini selaras dengan slogan “𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘪 𝘐𝘯𝘧𝘦𝘬𝘴𝘪, 𝘔𝘦𝘯𝘫𝘢𝘮𝘪𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢”, yang mencerminkan komitmen Hospital Seri Manjung dalam memastikan persekitaran penjagaan kesihatan yang selamat, berkualiti dan bebas daripada risiko jangkitan.

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐀𝐏𝐏𝐋𝐈𝐄𝐃 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐈𝐒𝐓𝐈𝐂𝐒 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) telah ...
22/04/2026

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐀𝐏𝐏𝐋𝐈𝐄𝐃 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐈𝐒𝐓𝐈𝐂𝐒 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) telah menganjurkan Applied Statistics Workshop: Practical Data Analysis using Jamovi pada 15 hingga 16 April 2026 bertempat di Open University Malaysia (OUM) Manjung. Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Shahrul Aiman bin Soelar, dari CRC Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, yang berkongsi ilmu serta pengalaman dalam analisis data secara praktikal menggunakan perisian Jamovi.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan fasiliti kesihatan dan program ini turut dihadiri oleh Dr. Farah binti Alwi, Penolong Timbalan Ketua Unit Pusat Penyelidikan Klinikal merangkap Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, HSM.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran analisis data dalam kalangan peserta, di samping memperkukuh budaya penyelidikan klinikal ke arah penambahbaikan kualiti perkhidmatan kesihatan secara berterusan.

𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎...
20/04/2026

𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐌𝐏𝐈𝐒)

Hospital Seri Manjung berbesar hati mengalu-alukan kehadiran lawatan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia, bersama Bahagian Perubatan serta Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Kesihatan Negeri Perak ke Hospital Seri Manjung.

Kehadiran delegasi Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diketuai oleh 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗔𝗻𝗮𝘀 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗻, 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹, 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗞𝗠. Manakala Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak p**a diwakili oleh 𝗗𝗿. 𝗡𝗼𝗿 𝗦𝗮𝗵𝗹𝗶𝘇𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗻 (𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻), 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗝𝗞𝗡 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸.

Lawatan ini bertujuan menilai ketersediaan Hospital Seri Manjung dalam pelaksanaan Medical Programme Information System (MPIS) Modul Klinikal melalui penilaian kesiapsiagaan infrastruktur ICT serta pengguna dalam kalangan warga kerja hospital.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Hospital Seri Manjung, yang merakamkan penghargaan atas sokongan KKM dan JKN Perak terhadap pelaksanaan MPIS.

Sesi diteruskan dengan taklimat pelaksanaan MPIS Modul Klinikal oleh Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Hospital Seri Manjung. Pembentangan menjelaskan pelaksanaan sistem yang bermula pada 29 Disember 2025 melibatkan modul pendaftaran dan discaj pesakit dalam, serta diperluaskan kepada modul rawatan harian, kecemasan dan trauma, serta klinik pakar dan klinik pesakit luar. Pelaksanaan dokumentasi discharge diagnosis turut telah dimulakan di Wad Pembedahan Am dan Wad Ortopedik.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Wad 6 (Pembedahan), Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Kaunter Pendaftaran Berpusat Klinik Pakar. Sesi lawatan berjalan lancar dengan sesi temu bual bersama kakitangan bertugas yang memberikan maklum balas positif terhadap pelaksanaan MPIS.

Sesi penutupan diadakan dengan perbincangan keperluan serta agihan perkakasan ICT bagi memperkukuh pelaksanaan MPIS di Hospital Seri Manjung. Pihak hospital merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh KKM dan JKN Perak.

Hospital Seri Manjung kekal komited dalam menyokong aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah pendigitalan perkhidmatan kesihatan melalui pelaksanaan Medical Programme Information System (MPIS).



PEMBEDAHAN TAPAK DIALISIS LEFT RADIOCEPHALIC FISTULA CREATION DI HOSPITAL SERI ISKANDAR (HOSPITAL BUKAN PENERAJU BAGI HO...
18/04/2026

PEMBEDAHAN TAPAK DIALISIS LEFT RADIOCEPHALIC FISTULA CREATION DI HOSPITAL SERI ISKANDAR (HOSPITAL BUKAN PENERAJU BAGI HOSPITAL KLUSTER MANJUNG

17 April 2026- Pihak Hospital Seri Manjung mengucapkan tahniah kepada Perkhidmatan Klinikal Kluster Pembedahan Am Hospital Kluster Manjung kerana telah berjaya mencipta lakaran sejarah pertama pembedahan fistula creation untuk pesakit di Daerah Perak Tengah. Perkara ini adalah satu kejayaan yang dibanggakan semua warga Hospital Kluster Manjung kerana telah menjalankan perkhidmatan kepada rakyat melalui konsep hospital kluster.

Pembedahan fistula creation ini adalah salah satu pembedahan penting bagi pesakit buah pinggang kronik untuk menjalani rawatan hemodialisis. Dengan mengadakan pembedahan ini di Hospital Seri Iskandar, masa menunggu pembedahan dapat dikurangkan dan pesakit dapat menerima rawatan hemodialisis dengan lebih awal, seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Tahniah diucapkan kepada Ketua Perkhidmatan Klinikal Kluster Pembedahan Am, Dr (Mr) Tan Wing Nung atas usaha menjalankan inisiatif kluster ini.


𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗕𝗲𝗦𝗦 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗔𝗡𝗧𝗜𝗡 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚Tahniah kepada Kantin Hospital Seri Manjung atas 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳...
16/04/2026

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗕𝗲𝗦𝗦 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗔𝗡𝗧𝗜𝗡 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚

Tahniah kepada Kantin Hospital Seri Manjung atas 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗦𝗦 (𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁) bagi tempoh 𝟭𝟲 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟱 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟵.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan pihak pengurusan kantin dalam memastikan penyediaan makanan yang bersih, selamat dan sihat kepada warga hospital serta pelanggan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan standard kebersihan dan kualiti perkhidmatan makanan pada tahap terbaik.

15/04/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸:
𝗪𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗕𝗮𝗸𝘁𝗶

15 April 2026 | 8.15 Pagi
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Pagi ini saya menerima kunjungan hormat daripada dua orang Pakar Perubatan Klinikal yang baru melapor diri untuk bertugas di negeri Perak.

Mereka adalah Dr. Nor A’isyah Adny binti Mohd Adnan, Pakar Perubatan Kecemasan yang berpindah dari Hospital Besut ke Hospital Seri Manjung.

Dr. Jaspreet Singh Cheema a/l Jalar Singh, Pakar Perubatan Bedah Urologi yang berpindah dari Hospital Queen Elizabeth ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak.

Dr. A’isyah berasal dari Terengganu manakala Dr. Jaspreet p**a dari Selangor. Terima kasih saya ucapkan kerana bersedia untuk menabur bakti di negeri Perak.

Saya sentiasa percaya bahawa kehadiran seorang pakar bukan sekadar menambah kepakaran klinikal dalam sistem, tetapi juga membawa bersama pengalaman, kepimpinan, dan nilai yang akan membentuk budaya kerja di sekelilingnya.

Pesanan saya seperti biasa, jadilah sumber inspirasi kepada pegawai-pegawai perubatan muda untuk melangkah sebagai generasi pakar klinikal yang seterusnya. Jadilah teladan yang terbaik bukan sahaja dari segi ilmu dan kemahiran, tetapi juga dari segi sikap, integriti dan cara memimpin pasukan.

Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk menjaga kebajikan ahli pasukan masing-masing. Dalam dunia perkhidmatan kesihatan yang sentiasa sibuk dan mencabar, kepimpinan yang berasaskan empati, hormat dan rasa tanggungjawab amatlah penting.

Pintu pejabat saya sentiasa terbuka untuk kita berbincang, berkongsi pandangan, ataupun sekadar untuk saya mendengar.

Selamat datang ke Perak, dan selamat menjalankan amanah.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐄𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔14 April 2026, Unit Kawalan Infeksi Hospital ...
15/04/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐄𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔

14 April 2026, Unit Kawalan Infeksi Hospital Seri Manjung telah menganjurkan Kursus Paramedik Kawalan Infeksi Peringkat Hospital Seri Manjung Bil. 1/2026 bertempat di Dewan Mutiara.

Kursus ini memberi penekanan kepada peranan anggota paramedik dalam pencegahan dan kawalan infeksi, pengukuhan pematuhan kepada garis panduan kawalan infeksi, serta pemantapan pemantauan pengurusan kes MDRO di wad dan unit. Ia turut menjadi platform penting dalam mengenal pasti isu serta menambah baik pelaksanaan kawalan infeksi secara lebih berkesan.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen warga kerja dalam memastikan persekitaran hospital yang lebih selamat untuk semua.

15/04/2026
13 April 2026, Unit Terapi Cara Kerja Hospital Seri Manjung telah menganjurkan satu latihan dalaman bertajuk 𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗞𝗲𝗿...
14/04/2026

13 April 2026, Unit Terapi Cara Kerja Hospital Seri Manjung telah menganjurkan satu latihan dalaman bertajuk 𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗞𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗥𝗼𝗱𝗮 dengan menjemput 𝗘𝗻. 𝗦𝗶𝗮 𝗝𝘂𝗻 𝗕𝗶𝗻, 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, sebagai penceramah jemputan bagi berkongsi kepakaran dalam pengendalian dan pengurusan kerusi roda.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Unit Terapi Cara Kerja ini telah disertai oleh seluruh Jurupulih Perubatan Cara Kerja Hospital Seri Manjung.

Bengkel ini dianjurkan bagi memperkukuh kompetensi dan meningkatkan tahap profesionalisme anggota dalam aspek pengurusan kerusi roda, khususnya melibatkan:

🩵 Penilaian serta pemilihan kerusi roda yang bersesuaian mengikut keperluan klinikal pesakit;
🩵 Pengendalian dan penggunaan kerusi roda secara selamat serta efektif bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pesakit; dan
🩵 Pemeriksaan serta pengubahsuaian asas kerusi roda bagi memastikan penggunaan yang optimum, selesa dan memenuhi keperluan fungsi pesakit.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Hospital Seri Manjung dalam memperkasa kompetensi warga kerja melalui latihan berterusan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit.

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙑𝙖𝙞𝙨𝙖𝙠𝙝𝙞, 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙑𝙞𝙨𝙝𝙪 & 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝘽𝙖𝙧𝙪 𝙏𝙖𝙢𝙞𝙡Hospital Seri Manjung merakamkan ucapan Selamat Menyambut ...
14/04/2026

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙑𝙖𝙞𝙨𝙖𝙠𝙝𝙞, 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙑𝙞𝙨𝙝𝙪 & 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝘽𝙖𝙧𝙪 𝙏𝙖𝙢𝙞𝙡

Hospital Seri Manjung merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Vaisakhi, Hari Vishu dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh warga kerja serta komuniti yang meraikannya di Malaysia.

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan perpaduan, hormat-menghormati dan semangat muhibah dalam kalangan kita semua, khususnya di persekitaran hospital yang sentiasa mengutamakan nilai kemanusiaan dan kasih sayang.

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐓𝐋𝐔𝐂𝐊 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐒𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔Perhimpunan Bulanan dan Potluck Raya Muhib...
11/04/2026

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐓𝐋𝐔𝐂𝐊 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐒𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔

Perhimpunan Bulanan dan Potluck Raya Muhibah HSM 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan pada 9 April 2026. Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Gridhari Nath Gingaiah, Pengarah Hospital Seri Manjung bersama barisan pengurusan tertinggi hospital, yang turut sama memeriahkan suasana sambutan.

Program Potluck Raya Muhibah ini berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja HSM. Ini bukan sekadar program, malah menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan dan perpaduan sesama kakitangan, selaras dengan semangat muhibah dan kebersamaan yang menjadi teras organisasi. Dalam menghadapi cabaran isu semasa seperti beban tugas yang semakin meningkat, keperluan keseimbangan kerja dan kehidupan, serta tuntutan perkhidmatan kesihatan, program seumpama ini amat penting bagi memupuk sokongan emosi, semangat berpasukan dan kesejahteraan dalam kalangan kakitangan HSM.

Dalam ucapan beliau, Pengarah Hospital turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Haji Zulkhairi bin Mohamed Daud atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi). Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen serta kecemerlangan beliau dalam bidang farmasi dan perkhidmatan kesihatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi menceriakan majlis, termasuk pertandingan dan permainan interaktif. Antara pemenang yang berjaya mencuri perhatian ialah En. Mohd Abu Bakar bin Abdullah Sani yang menjuarai pertandingan mengikat samping, manakala Encik Mukhlis bin Saharudin berjaya dalam acara teka jumlah kacang. Pertandingan Kahoot Raya p**a dimenangi oleh Dr. Nur Amalina binti Asmad. Bagi kategori gerai terbaik, Unit Kejururawatan telah dinobatkan sebagai pemenang, sementara Unit Dewan Bedah memenangi anugerah dekorasi Raya terbaik.

Tidak ketinggalan, pertandingan pakaian terbaik turut menyerlahkan kreativiti dan keanggunan para peserta, dengan Encik Mohd Zamri bin Mohati dipilih sebagai pemenang kategori lelaki, dan Puan Raimah binti Awang Teh bagi kategori wanita.

Secara keseluruhannya, majlis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, malah memperkukuhkan semangat kerjasama, hubungan erat dan perpaduan dalam kalangan staf HSM, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif, harmoni dan berdaya tahan.

Address

32040 Seri Manjung
Manjung

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Seri Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share