Syifa' Dental Health

Syifa' Dental Health Klinik Pergigian Syifa', Konsultasi & Rawatan Pergigian, Info kesihatan Pergigian.😁

Keadaan cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan terkini. Eh, saya bukan nak beritahu ramalan cuaca. Cuma ambil tahu seba...
23/12/2025

Keadaan cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan terkini.
Eh, saya bukan nak beritahu ramalan cuaca. Cuma ambil tahu sebarang kemungkinan yang ada.
Cakna dan bersedia.

Nak kabo nye, 2-3 hari ni, cuaca panas molek, boleh gi mari dengan mudoh.

Amik lah kesempatan ni untuk datang klinik gigi kalau ade doh berasa gigi tu dok berapa 'sedak' nok makang itu ini, ke ade berasa sakit sket ke atau ade doh perancangan nok gi 'servis' gigi, atau nok guna elaun untuk rawatan gigi yang majikan sediakan.

Nanti hari mari hujan, jadi berasa payoh pulak nak tubik, ye dok?
Sedor dok sedor abih doh Disember, tak sempat nk guna elaun tersebut.

Doh, mari ah klinik slalu neh! 😁

Membaca amalan mulia🙂
19/12/2025

Membaca amalan mulia🙂

“Diam Aiman! Jangan mengamuk, jangan menjerit. Siapa suruh tak dengar cakap ibu supaya gosok gigi setiap malam. Kan sekarang dah sakit gigi.”

“Doktor… tengoklah gigi dia ni.
Hitam. Berlubang. Rosak teruk.
Saya pun tak tahu kenapa dia sorang jadi macam ni.
Doktor cabut jelah semua yang rosak.”

Nada suara Puan Aina meninggi.
Tangannya melipat tubuh, seolah-olah menahan marah yang sudah lama terpendam.

Aiman, kanak-kanak berusia lima tahun itu mulai kaku tidak bergerak di atas kerusi rawatan.
Matanya masih berkaca.
Kedua-dua tangannya menutup mulut.

“Tak mau cabut gigi…”

Suara itu kecil.
Namun cukup membuat suasana di bilik rawatan terasa berat.

Saya, doktor gigi, berhenti memeriksa.

Saya pandang gigi itu.
Kerosakan begini tidak berlaku dalam satu malam.
Ini hasil masa yang panjang.
Bertahun-tahun.

Saya buka sarung tangan dan meletakkannya perlahan.

“Puan… boleh saya cakap terus terang?”

Puan Aina mengangguk.
“Cakaplah doktor. Saya pun dah penat.
Saya tak tahu nak buat macam mana lagi.”

“Puan…
gigi anak puan tidak rosak dengan sendirinya.”

Ayat itu jatuh perlahan.
Namun bilik itu tiba-tiba sunyi.

Puan Aina terpaku.
“Maksud doktor?”

Saya duduk menghadapnya.

“Lubang gigi ni tak muncul sebab anak puan tak dengar cakap semalam.
Ia terbentuk perlahan-lahan.
Hari demi hari.
Malam demi malam.”

Saya bertanya, satu demi satu.
Nada saya rendah, tidak mendesak.

“Siapa sediakan susu sebelum tidur?”

Puan Aina menjawab perlahan.
“Saya…”

“Siapa beli jajan, coklat, air manis?”
“Saya…”

Saya diam seketika sebelum bertanya soalan terakhir.

“Dan siapa yang sepatutnya pastikan gigi digosok betul sebelum tidur?”

Puan Aina tidak menjawab.
Matanya tunduk ke lantai.

“Puan…
anak bawah tujuh tahun belum mampu menjaga kebersihan gigi sendiri.
Walaupun nampak pandai memegang berus,
dia belum tahu membersihkan belakang gigi, celah-celah, dan gusi.”

Saya pandang Aiman.

“Dia buat setakat yang dia mampu.
Yang selebihnya… sepatutnya kita bantu.”

Nada suara Puan Aina mula goyah.
“Saya dah cuba doktor…
tapi dia menangis, tak nak buka mulut.
Susah betul.”

Saya mengangguk perlahan.
“Memang susah.”

“Sebab itu penjagaan gigi perlu bermula seawal gigi pertama tumbuh.
Supaya anak terbiasa.
Supaya ia jadi rutin harian,
bukan sesuatu yang dipaksa.”

Saya menyambung, sedikit lebih tegas.

“Puan, gigi ni rosak bukan sebab degil.
Ia rosak sebab rutin yang kita biarkan.”

Saya berhenti seketika.

“Dan bila kita salahkan anak…
anak belajar satu perkara,
dia percaya semua ini salah dia.”

Mata Puan Aina berkaca.

Saya merendahkan suara.

“Ini bukan untuk menyalahkan puan.
Ini untuk menyedarkan.”

“Kalau kita rawat awal, gigi ni masih ada peluang diselamatkan.
Kalau kita tangguh, sakit akan bertambah…
dan kadang-kadang, cabutan jadi satu-satunya jalan.”

Saya senyum kepada Aiman.

“Adik bukan degil.
Adik cuma perlukan bantuan.”

Aiman perlahan-lahan menurunkan tangannya.

Puan Aina menggenggam tangan anaknya erat.
Suaranya pecah.

“Maafkan ibu…
ibu ingat semua ni salah kamu.”

Aiman tidak berkata apa-apa.
Namun genggamannya tidak dilepaskan.

Pengajaran daripada kisah ini:

1. Karies gigi tidak berlaku secara tiba-tiba,
ia terbentuk sedikit demi sedikit akibat pendedahan gula dan kebersihan mulut yang tidak konsisten.

2. Kanak-kanak belum mampu menjaga gigi sendiri sepenuhnya.
Ibu bapa perlu memantau dan membantu anak-anak untuk memberus gigi sekurang-kurangnya sehingga umur 6–8 tahun.

3. Minum susu pada waktu malam, jajan dan minuman manis tanpa membersihkan gigi adalah antara punca utama gigi berlubang pada kanak-kanak.

4. Pencegahan lebih baik daripada rawatan
Pemeriksaan awal dan rutin kebersihan yang betul boleh mengelakkan kesakitan, jangkitan dan cabutan gigi.

5. Rawatan lewat sering berakhir dengan cabutan
Gigi yang dirawat awal masih boleh diselamatkan, tetapi penangguhan menjadikan kerosakan lebih teruk.

Ingatlah,
gigi anak tidak rosak dalam sehari.
Dan anak kecil tidak pernah gagal menjaga gigi.

Yang sering terlepas pandang…
ialah rutin yang kita tangguhkan.

Ada seorang wanita bertanya, "Doktor, saya tak mahu pakai gigi palsu lagi. Saya nak buat FRC. Apa tu FRC? Mesti ada yang...
14/12/2025

Ada seorang wanita bertanya, "Doktor, saya tak mahu pakai gigi palsu lagi. Saya nak buat FRC.

Apa tu FRC? Mesti ada yang tanya.
FRC - Fibre Retained Crown. Iaitu penggantian gigi yang dibuat terus dalam mulut menggunakan fibre yang dilekat kepada kedua-dua gigi bersebelahan.

Biasanya penggantian sesuai untuk satu gigi sahaja, dan melibatkan gigi di kawasan yang kurang daya gigitan dan biasanya mungkin saiz gigi asal yang lebih kecil.

Macam mana nak tahu boleh dan sesuai tak untuk buat FRC? Datang lah klinik untuk periksa ya. Doktor memang tak boleh menilai sebelum periksa terlebih dahulu.

Gambar di bawah adalah gigi orang yang bertanya.

Sebelum dan selepas..

Di sebalik gigi yang kelihatan 'menari' ini..Ada doktor yang berpeluh untuk mencabutnya.Gaun klinikal yang dipakainya te...
03/11/2025

Di sebalik gigi yang kelihatan 'menari' ini..

Ada doktor yang berpeluh untuk mencabutnya.
Gaun klinikal yang dipakainya terasa seperti berada dalam kotak sauna.
Waktu terasa panjang.
Tangan sudah mulai kelenguhan.
Tapi dalam diri cuba sabar dan terus berharap.
Yakin, gigi akan dapat dicabut keluar jua.

Gigi dengan akar seperti gambar ini adalah antara variasi gigi yang wujud ya.
Bukan mudah untuk mencabutnya.
Hatta gigi telah bergoyang pun, masih sukar dikeluarkan lagi.

Tak mengapa.
Ini adalah ujian Allah untuk doktor gigi anda😅

Doakan beliau semoga dapat mengeluarkannya dengan baik dan sejahtera. (Bila terpaksa mencabutnya)
Terima kasih. 😁

26/09/2025
Semoga beroleh yang terbaik sepanjang tahun baru ini🙂Salam Maal Hijrah.
27/06/2025

Semoga beroleh yang terbaik sepanjang tahun baru ini🙂
Salam Maal Hijrah.


Assalamu'alaikum.Saya cuba untuk tidak beremosi ketika menulis di sini.Lazim pesakit datang klinik gigi kerana sakit gig...
12/06/2025

Assalamu'alaikum.
Saya cuba untuk tidak beremosi ketika menulis di sini.

Lazim pesakit datang klinik gigi kerana sakit gigi. Ketika dikemuncak kesakitan yang amat sehingga tak mampu mengawal emosi.
Amarah memuncak.
Akibatnya staf di kaunter dimarahi.

Terdahulu pesakit tersebut telah datang ke klinik membuat rawatan. Setelah diperiksa, penerangan tentang gigi tersebut diberi, hanya punya dua pilihan, dicabut, atau dibuat rawatan kanal akar (RCT).

Rawatan kanal akar menjadi pilihan, lalu dibuat tampalan sementara, diberi ubatan yang sepatutnya, bersama temujanji susulan.

Hari temujanji, peringatan telah diberi, pesakit tidak muncul.
Beberapa hari kemudian, pesakit datang ke klinik, dalam keadaan kesakitan di gigi yang sepatutnya dibuat rawatan pada hari temujanji.

Setelah disoal, ternyata, pada lawatan terdahulu, pesakit tidak faham pun tentang penerangan yang diberi berkenaan rawatan kanal akar. Mungkin sebab ini pesakit tidak muncul pada hari temujanji.😔

Begini lah situasi yang sering berlaku di klinik gigi.

Nasihat saya ;
1) Gigi anda tanggungjawab anda.
Cegahlah dari mendapat sakit gigi dengan menjaga kebersihan gigi setiap hari, mendapatkan pemeriksaan berkala setiap 6 bulan, buat scaling gigi berkala.

2) Sila la dengar penerangan dari perawat (doktor gigi) yang anda jumpa. Andai tak faham atau tak pasti, bertanyalah semula. Ia semudah anda telefon atau wasap sahaja (kami punya wasap untuk dihubungi).
Atau, andai anda punya masa, singgahlah sebentar di klinik untuk bertanya.

3)Sila la datang temujanji. Sekiranya anda tidak berhajat meneruskan rawatan yang telah dipersetujui dahulu pun tak mengapa. Boleh sahaja ditukar kepada rawatan lain yang sesuai.
Atau sekiranya anda tak berhajat untuk datang temujanji, beritahulah lebih awal agar pihak klinik boleh memberikan waktu tersebut untuk temujanji pesakit lain.
Bak kata pepatah, 'masa itu emas'

4) Marah pun tak guna. Yang tetap sakit gigi adalah anda juga. Walaupun ada hati yang tersakiti, namun ketahuilah ianya berpunca dari gigi yang berada dalam mulut anda.✌️



Salam Aidiladha..Semoga selamat sudah berpuasa semalam dan melaksanakan ibadah Qurban hari ini..Terlambat post!🤭Apa pun ...
07/06/2025

Salam Aidiladha..
Semoga selamat sudah berpuasa semalam dan melaksanakan ibadah Qurban hari ini..

Terlambat post!🤭

Apa pun semoga amalan kita diterima
تقبل الله منا و منكم

Ada berbaki 3 hari lebih lagi untuk terus kan ibadah Hari Aidiladha ini. Semoga istiqamah..

Tak tahu nak buat apa cuti sekolah?Meh datang .gigi.syifa.  ,  .Boleh saja nak buat   up, nak buat   gigi, nak  ,   gigi...
29/05/2025

Tak tahu nak buat apa cuti sekolah?
Meh datang .gigi.syifa. , .
Boleh saja nak buat up, nak buat gigi, nak , gigi.

Bila lagi kan? Masa cuti ni la.
Jom la 'servis' gigi atau 'baiki' keadaan mulut dan gigi. Biar sihat sokmo.
Raya Korban dah nak dekat kan? Nanti nak 'kekoh' daging, aman aje la.. dok la jadi sakit ke gigi..😁.

Saja la nak kongsi, antara amalan yang boleh diamalkan pada 10 hari tetawal bulan Zulhijjah ni, adalah bersedekah setiap hari, bertakbir, bertahmid, bertahlil dan bertakbir sebanyaknya..

Selamat beramal di 10 awal Zulhijjah. Semoga diterima segala amalan.

Assalamu'alaikum.Dah lama tak bersiaran. Masih mood bercuti agaknya semua, maka klinik pun agak lengang.Alhamdulillah a'...
03/05/2025

Assalamu'alaikum.
Dah lama tak bersiaran. Masih mood bercuti agaknya semua, maka klinik pun agak lengang.

Alhamdulillah a'la kulli hal. Asbab itu, dapatlah memikir sejenak masalah-masalah yang perlu diselesaikan. Sampai sekarang dah balik rumah pun masih tak settle lagi🙄.
Tak mengapalah, mudah-mudahan jumpa jalan keluar🤲(mode positive ☺️).

Ape pun jangan lupa tengok gigi anak-anak masing-masing ye. Kadang gigi kuning tak bergosok elok tu mak pak tak sedor, al maklumlah, bizi🤭. Sedor-sedor, anak dah sakit gigi.
Sila la pergi tengok sekarang juga ye. 😁

Semoga diterima amalan kita semua. تقبل الله منا ومنكمSelamat Berhari Raya. Makanlah seadanya, sederhana. Jaga gigi, jag...
31/03/2025

Semoga diterima amalan kita semua.

تقبل الله منا ومنكم

Selamat Berhari Raya.
Makanlah seadanya, sederhana. Jaga gigi, jaga kesihatan. Semoga sentiasa sihat sejahtera.





Address

Klinik Pergigian Syifa', PT 112(A) Bangunan Kedai 2 Tingkat MDM
Marang
21400

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 14:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+601129330700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syifa' Dental Health posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Syifa' Dental Health:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram