Combat-Ready Nutrition

Combat-Ready Nutrition Nutrition | Health | Fitness | Martial Arts

By Amir Shahimi
Registered Nutritionist cm Coach

Dah²la cari shortcut, ikutla jalan yang betul.
11/11/2025

Dah²la cari shortcut, ikutla jalan yang betul.

“Tetiba semua orang nak kurus. Tapi kali ini bukan dengan diet, bukan dengan senaman… tapi dengan jarum.”

Beberapa tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan satu fenomena baru : ubat diabetes seperti Ozempic dan Mounjaro yang asalnya dicipta untuk bantu kawalan gula, kini menjadi simbol gaya hidup cara paling cepat untuk dapat tubuh ramping tanpa perlu berlapar.

Fenomena global yang bermula dari satu ‘side effect’

Semuanya bermula bila pesakit diabetes yang guna Ozempic (mengandungi Semaglutide) melaporkan berat mereka turun mendadak. Dari situ, ubat ini mula dikongsi dalam komuniti, kemudian viral di TikTok, Instagram dan forum R
Hashtag mencatat lebih 3 bilion tontonan.

Tidak lama selepas itu, muncul p**a Mounjaro ubat diabetes yang mengandungi bahan aktif Tirzepatide. Ubat ini memberi kesan lebih ketara kerana bertindak pada dua hormon sekaligus.

Di luar negara, versi Mounjaro untuk penurunan berat badan dikenali sebagai Zepbound, dan sudah pun diluluskan oleh FDA untuk rawatan obesiti. Namun di Malaysia, ubat-ubat ini masih hanya diluluskan untuk pesakit diabetes.

Apa yang berlaku selepas anda ambil ubat seperti Ozempic atau Mounjaro?

Ubat seperti Ozempic dan Mounjaro membantu menurunkan berat badan dengan meniru hormon semula jadi dalam badan yang memberi isyarat kenyang kepada otak.

Ia juga memperlahankan proses pengosongan perut, menjadikan seseorang rasa kenyang lebih lama dan secara tidak langsung mengurangkan pengambilan makanan. Pada masa yang sama, ubat ini membantu menstabilkan paras gula darah, sekali gus mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.

Apabila jumlah kalori yang diambil berkurangan, berat badan pun menurun secara beransur-ansur.

Bila selebriti mula bersuara

Fenomena ini meledak apabila selebriti seperti Elon Musk mengaku menggunakan ubat ini.
Ramai artis Hollywood lain tampil dengan tubuh baharu hingga muncul istilah “Ozempic face”, kerana wajah menjadi terlalu cengkung akibat kehilangan lemak mendadak.

Di media sosial, influencer p**a mula menjual “pen ajaib” ini sebagai shortcut kurus. Masalahnya: ramai beli tanpa preskripsi doktor, tanpa saringan kesihatan, dan tanpa tahu risiko sebenar.

⚠️ Implikasi kepada kesihatan awam

Kesan sampingan ubat ini bukan kecil.
Mual, muntah, sembelit, dan rasa tidak selesa di perut antara aduan paling biasa. Ada juga laporan kes pankreatitis, gangguan buah pinggang, dan hipoglisemia bagi mereka yang bukan pesakit diabetes.

Lebih menakutkan, apabila berat turun terlalu cepat otot turut menyusut, bukan lemak semata-mata.

Dan bila ubat dihentikan, berat biasanya naik semula dengan cepat fenomena ini dipanggil Ozempic rebound.

Di sisi lain, ubat-ubat ini menjadikan imej tubuh kurus sebagai standard baharu kecantikan. Ia menguatkan tekanan sosial: “kalau boleh kurus cepat, kenapa tak buat?”

Budaya ini berisiko mencetus gangguan makan dan masalah mental yang lebih besar dalam masyarakat.

Kesan terhadap pesakit diabetes sebenar

Apabila “ubat kurus” ini jadi rebutan, pesakit diabetes p**a yang terkesan.
Farmasi di banyak negara termasuk Malaysia melaporkan kekurangan bekalan Ozempic akibat pembelian tanpa indikasi perubatan.

Ada pesakit yang terpaksa menukar ubat, menyebabkan kawalan gula mereka terganggu.

Refleksi kesihatan awam

Fenomena “Ozempic Epidemic” membuka mata dunia bahawa masalah obesiti bukan sekadar isu fizikal, tapi juga sosial dan psikologi.

Kurus bukan salah. Tapi bila “kurus cepat” jadi budaya, kita sedang mengubah ubat penyelamat nyawa menjadi alat kosmetik. Dan akhirnya, yang rugi bukan saja pesakit diabetes, tapi juga masyarakat yang kehilangan makna sebenar kesihatan.

Kesimp**an

Kurus bukan sekadar cucuk.

Ramai fikir ubat seperti Ozempic dan Mounjaro boleh selesaikan segalanya satu cucuk seminggu, berat turun, masalah selesai. Tapi hakikatnya, ubat ini hanya bantu mengawal selera, bukan ubah cara hidup.

Tanpa kawalan pemakanan, tanpa senaman, tanpa tidur cukup dan pengurusan stres, berat yang turun akan naik semula bila ubat dihentikan.

Lebih buruk, kehilangan otot dan kekurangan nutrisi boleh menjadikan tubuh lemah metabolisme perlahan, dan wajah kelihatan tua sebelum waktunya.

Ubat hanya alat bantu, bukan jalan pintas.
Yang menyembuhkan adalah disiplin dan perubahan gaya hidup makan lebih sihat, bergerak lebih banyak, dan sayang tubuh sendiri bukan kerana rupa, tapi kerana ia satu-satunya rumah yang kita ada.

01/11/2025

Macam mana organ 🧠🫀🫁 dalam badan kita guna kalori 🍽⚡️⛽️ versi kartun 🤓 Kredit video oleh Channel YT CasiCreativo English 👍🏻🤝🏻

Share sebab kartun dia best 😆

🤨 Apa tu keseimbangan tenaga? ⚖️
Iaitu bila tenaga masuk = tenaga keluar. Kalori adalah unit bagi tenaga. Bila sama jumlah tenaga atau kalori yang masuk & keluar, hasilnya berat badan akan kekal sama.

🧐 Apa tu kalori masuk? 🍽
Kalori yang kita dapat daripada makanan yang ada Karbohidrat, Protein, Lemak, & Alkohol. Paling tinggi kalori adalah lemak, 2nd alkohol.

🤔 Apa tu kalori keluar? 🫀🫁🧠
Kalori yang diperlukan oleh badan, termasuklah tenaga yang diperlukan oleh organ untuk berfungsi & badan kekal hidup, iaitu yang paling dikenali sebagai metabolisma atau lagi tepat Basal Metabolic Rate (BMR). BMR ni merangkumi peratus keperluan kalori paling tinggi. Selain BMR, ada juga tenaga untuk hadamkan makanan atau Thermic Effect of Food (TEF). Kemudian tenaga yang diperlukan untuk aktiviti fizikal, sama ada untuk senaman dan juga selainnya.

So, untuk yang nak turun berat, kuncinya adalah defisit kalori 🔑 Iaitu bila kalori masuk rendah & kalori keluar tinggi. Atau bahasa mudahnya kalori yang diambil kurang daripada keperluan kalori harian. Bila kurang, barulah badan akan guna simpanan lemak dalam bank macam dalam video tadi.

Fun fact‼️
Ruang bank yang simpan lemak (atau sel lemak) takkan hilang walaupun bila simpanan lemak dah habis digunakan. Ia cuma akan mengecut sahaja 😶

So dah faham serba sikit pasal kalori?? ✍️🏻

P.S. Nilai kalori dalam video ini hanyalah sebagai contoh & gambaran sahaja.

Sekian perkongsian daripada seorang Nutritionist & Coach 🤗😎

Nak tanya lebih lanjut? 😵‍💫 Sila komen di bawah 👇🏻

Jangan lupa like, follow, & share jika bermanfaat 🤙🏻🤜🏻🤛🏻

‼️MMA OPEN CLASS  MMA MELAKA‼️Kelas MMA secara berkump**an 🥋🥊🤼🏻‍♂️Maklumat seperti di gambar 👆🏻👆🏻Nak join? Sila mesej un...
28/09/2025

‼️MMA OPEN CLASS MMA MELAKA‼️

Kelas MMA secara berkump**an 🥋🥊🤼🏻‍♂️
Maklumat seperti di gambar 👆🏻👆🏻

Nak join? Sila mesej untuk di add ke dalam group WhatsApp rasmi. Availability kelas akan dimaklumkan melalui group rasmi.

28/09/2025

Brather I can sumbit Friza easy 🤼😂

Berat akan turut bila dalam kalori defisit. Telur antara makanan sumber protein yang baik. Protein dan serat yang mencuk...
18/09/2025

Berat akan turut bila dalam kalori defisit. Telur antara makanan sumber protein yang baik. Protein dan serat yang mencukupi boleh bantu kawal craving, dan bantu kawal insulin resistance bagi yang ada PCOS. Sometimes you need to know the "WHY" part, not only the "HOW" part. Especially bila nak share atau bagi nasihat/ tips tapi tiada ilmu yang mencukupi, because it can mislead others. Get your advice regarding nutrition ONLY from Registered Nutritionists & Dietitians 💁🏻‍♂️

Telur is SUPERFOOD❤️




Address

Bitara MMA, Durian Tunggal
Melaka
76100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Combat-Ready Nutrition posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Combat-Ready Nutrition:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram