08/12/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jemputan ke Webinar Tips & Track : Final Exam
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Psikologi dan Kaunseling Pelajar akan mengadakan Webinar Tips & Track: Final Exam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi persediaan awal darisegi emosi, mental dan fizikal serta motivasi kepada pelajar-pelajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka untuk menduduki peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.
Oleh itu, Webinar Tips & Track : Final Exam akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
📆 Tarikh : 13 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.00 Malam
📌 Platform: Microsoft Teams
🔗 Link: https://tinyurl.com/TIPSNTRACKFINALEXAM
‼️ Terbuka kepada semua pelajar UTeM
‼️ TUAH Index SMP disediakan .
‼️ Imbas kod QR tersebut untuk menyertai webinar ini.
Kami menjemput semua mahasiswa/i UTeM yang bakal menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi untuk menyertai program ini.
Sekian, terima kasih! ✨